Salam...
Rasanya ramai yang tau mengenai kes bunuh seorang pelajar perempuan yang bernama Juliana Md Fuzi.Baru2 ni pembunuh berkenaan telah pun dijatuhi hukuman gantung sampai mati.Alhamdulillah perbuatan yang jahat telah pun dibalas dengan seadil2nya...
Untuk pengetahuan..Arwah Juliana adalah student mama kat kolej.Mama mengajar MIS ( Management Information System) pada semester tu.Kejadian itu berlaku dua tahun lepas semasa sem 2 sudah berada di penghujung..final exam sudah bermula sewaktu kejadian berlaku.
Pada hari isnin ( semasa paper MIS berlangsung) mama dapat tahu pasal kejadian ni.Kecoh di kolej.mama pada mulanya x perasan yang mangsa adalah student mama sendiri.Tapi bila di amati nama mangsa tiba2 mama teringat yg mama ada student nama Juliana.Cepat2 mama check attendance list students n terus mama ternampak nama arwah.Terkejut bukan kepalang.Terus mama cuba utk ingat wajah arwah.Tapi malangnya mama x dapat bayangan langsung.Cuba mengingat kembali presentation kumpulan arwah.Mama terbayang semua ahli kumpulan tapi tidak wajah arwah.Entah kenapa....Untuk pengetahuan students mama pada semester itu sangat ramai.Terutama kelas MIS arwah.kelas full house dengan 45 orang students dan students perempuan yg paling ramai.
Ralat sungguh mama rasa sebab x dapat nk ingat muka arwah yg mana satu.Kebetulan exam paper MIS mama dh start so mama pun pergi ke hall utk cuba recall muka arwah.Mama cuba mencari wajah2 yg biasa mama tgk tp x de kat dlm hall.Dengan harapan mama akan teringatkan wajah arwah.
Sampai kat hall students mama semua dh mula jawab exam.Dalam banyak2 seat,ada satu seat kosong.Mama terus rasa sebak.Mama pergi dekat invigilator exam dan mintak tgk list students yg amik exam.MAma tgk seat yg kosong tu mmg tempat untuk arwah.Pelan2 mama cakap dekat kawan mama tu dengan keadaan separuh terkejut n mengigil.." Hilmi,this student is not coming to take the exam"..Kenapa tanya Hilmi pada mama.." She just passed away 2 days ago.She has been murdered"..terus kawan mama terkejut sbb dia x dgr pun berita tu sbb dia baru balik dr kampung.
Bila habis exam mama pergi jumpa students perempuan kelas mama kat luar hall.mama tanya dorang pasal Juliana dan semua pelajar perempuan tau n berasa sangat sedih.Mama bgtau dorang yg mama x igt arwah yg mana satu.Mama mintak nk tgk gambar.Salah sorang student mama tunjuk gambar terakhir yg dorang amik dgn arwah.Kata student mama tu.."Madam..ni la gambar last yg kitorang amik dalam kelas MIS madam"..Ya Allah..luluh hati bila tgk pic tu.Arwah bergambar tersenyum dengan kawan dia dalam kelas mama n tepi dinding.Baru mama teringat wajah arwah yg selalu senyum, x banyak cakap n baik orangnya..
Tiba2 teringat hari terakhir dalam kelas mama,arwah ada datang jumpe salam dan cium tangan mama mintak restu n maafkan segala salah silap sepanjang belajar dengan mama.Pelajar2 perempuan yg lain pun membuat perkara yg sama.So mama x amik berat sgt.Tapi bila jadi macam ni mama sangat terasa sebab berlaku kepada student mama sendiri.
Semoga rohnya tenang dan aman disana.Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman....Ameen.
Pada sesiapa yang nk tau kisah arwah dengan lebih details boleh baca blog kawan baik arwah yg juga student mama kat link ni.
http://dextrike.blogspot.com/2008_10_01_archive.html