Pantang ohhh pantang


Sepanjang dalam pantang ni kalo ikutkan mesti banyak ubat-ubatan yang sepatutnya org dalam pantang makan.Tapi bagi saya cuma makan beberapa jenis ubat jer.Buat masa ni jamu2 dan adik-beradiknya saya x makan lagi.Tapi nanti lepas pantang nk kene makan juga jamu2 ni sebenarnya..

Untuk pengetahuan terutama ibu2 mengandung yang bakal bersalin x lama lagi,saya nk share ubat2 yg saya makan.Terutamanya utk ibu2 yang bakal di c-sect nanti..
Ini adalah benda2  dan ubat2 yang saya guna sepanjang pantang yg x berapa nk pantang ni.Alhamdulillah walaupun saya x kuat berpantang tapi saya kuat makan ubat.Cakap la ubat apa yg bagus ,esok tu mesti saya beli n makan.hehe..bukan beli n simpan okeh.
Jom tengok satu persatu…( saya x kempen yer..Cuma nk share dgn kawan2 sahaja..kalo berminat boleh tanya.Tapi saya x jual sbb saya pun beli kat org lain)

1.Fruity Aloe Gamat Gel.

Saya mula makan ni selepas melahirkan Harraz 2 tahun lepas.Tapi masa tu makan x consistent.Makan separuh botol lepas tu bila rasa sihat terus stop.Last2  gamat gel ni expired mcm tu je..what a waste...huhu…
FYI,gamat gel ni tidak berbau n wangi okeh.Sbbnya gamat gel ni adalah campuran gamat,aloe vera n buah-buahan ( rasberi etc).Saya di galakkan utk minum dgn air.Saya pilih minum gamat gel ni dgn campuran air sirap.Mmg teramat la sedapnya  sbb air sirap tu tetiba rasa mcm air strawberi.hehe..
Alhamdulillah utk pengalaman pantang kali ni saya bersungguh2  consume gamat gel ni dan skrg dh nak habis pun.Mana tidaknya minum hari2 ( sehari 2-3 kali).Minum gamat gel ni pun x de la aturan mcm makan ubt.Sukatan pun x de.So ikut rasa pengguna la nk satu sudu atau lebih.
Dari segi keberkesanannya mmg sgt berkesan sbb dlm masa sepuluh hari tempat jahitan dh nampak comey ( bak kata nurse desa yg dtg check kat rumah) dan saya pun mmg rasa sihat sbb perut dh x sakit.Hari ni nurse dtg lagi dan check tempat jahitan.Katanya mmg dh baik betul sbb perut bahagian jahitan dh lembut n x de merah2 bengkak etc.Suprisingly,nurse tu kata biasa dia check ibu yg c-sect sebelum ni kebanyakkan dr mereka dlm tempoh 20 hari masih x sihat dan tempat jahitan belum lagi baik betul.Ada yang perut masih keras n bengkak.Alhamdulillah saya sihat mungkin sbb makan gamat gel ni…

2.Set mengandung n bersalin Salindah.
 ** Gambar kotak set Salindah ni x amik sbb malas.Sesiapa nk tau lebih pasal Salindah buleh search di Google yer..**
Ini adalah salah satu daripada ubat2 yg terdapat dlm Set Salindah ni.FYI,set Salindah ni adalah ubat homeopati.Makan Salindah ni ada aturannya dan mmg kene disiplin sbb ubt2 dia ikut minggu kandungan.Mmg kene ikut sbb kalo x ikut mmg rugi sbb set ni mahal ye..bagi saya lah..Utk yang ni ubt minum.Bau dia mmg kuat sbb bau herb.Tapi sbb saya suka makan ubat so saya telankan jugak.Ubt ni utk kebaikkan rahim ibu etc..






3. Cotet Emas.
 Yang ni pulak sebenarnya salah satu komponen yg terdapat dlm set bersalin Leesa Formula.Masa bersalin Hayyan dulu beli satu set tp mcm biasa akibat tidak konsisten Cotet Emas ni saya x minum bersungguh2 dan akhirnya terbuang mcm tu je.Tp skrg dh insafffff….saya mahu jaga badan saya sebaik-baiknya…
Tapi kali ni saya x beli satu set sbb dh ada set Salindah.Saya cuma beli Cotet Emas ni je sbb dr apa yg saya baca bahan2 yg terdapat dlm uncang Cotet Emas ni mmg bagus utk  org dlm pantang.Isi kandungan uncang ni ialah Daun Cotet Emas,Tutup Bumi,Teja Lawang dan Limau Purut.Bau air ni yg seakan2  teh  juga wangi sbb ada bau semulajadi  menyerupai rasa kulit kayu manis.
Selalunya satu uncang saya akan guna sampai 3 kali.Tapi kalo nk jimat guna la sampai berapa kali pun.Tapi x payah la nk kedekut..bukan utk org lain pun tp utk diri sendiri jugak. ;P

4.Losyen Pati Halia 

Losyen ni guna selepas mandi.Tujuan utama adalah utk mengempiskan perut.hehe..maklum aje saya tidak bertungku sepanjang pantang so losyen ni mmg membantulah..utk mengecutkan apa yg patut,membuang angin etc.Alhamdulillah terasa badan okay n kalo nk kata kurus tu belum lagi kot.Tapi adalah kurangnya sikit2..



5.Bengkung moden ( utk ibu2 c-sect)



** website yg jual bengkung ni ialah..www.bengkungmoden.com **
Ini  adalah harta yang paling saya sayang dan sangat2 membantu masa dlm pantang ni terutama utk menguruskan badan.Bengkung ni pun dibeli 2 tahun lepas.Lepas bersalinkan Harraz dlm 7-8 bulan camtu saya terjumpa website pasal bengkung ni kat Internet.Terus beli sbb masa pantang langsung x berbengkung.Cuba utk guna bengkung yg panjang berjela tu tp x tahan sakit sbb bengkung jenis panjang kene ikat kuat2.Alhamdulillah bila saya pakai bengkung ni sakit x de dan senang utk dilipat ke atas bila nk buang air etc.Since saya dh insaf masa pantang kali ni,saya pakai bengkung ni siang malam utk memastikan keberkesanannya.hehe..tgk le nanti cemana.Kurus ke x kurus…FYI,bengkung ni buleh pakai masa pergi kerja sbb senang nk pakai n org x kan perasan yg kita tgh pakai bengkung ni.Insyaallah lepas pantang nanti saya masih nk berbengkung…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 comments:

iEtaFAkyR@ said...

wah! i like this type of story. bersemangat waja dan insyaAllah aku tau hang cukup pengalaman utk menilai apa yg hang nak capai. all the best nadd. rest well n tcare. *huggsss*

d u r a said...

nad, thanks for the info.
aku berkenan kat bengkung tu sebab kelmarin ada orang tegur aku mcm pregnant..huwaaa..
nway, semoga berjaya mendapat bentuk badan yg diidamkan.caiyokk!

AZALINA ABDU RAHAMAN said...

shepah,
sumpah aku x penah guna menatang2 ni semua time pantang or even sampai ke hari ni. ramai org suggest tp aku ni kan penakut. ramai juga org tua2 marah sbb aku x makan benda2 ni... losyen pati halia pun baru guna seminggu dua ni. tu pun guna hat member opis bila2 aku nampak dia boh atas meja..kira mcm x pakai gak la kan. eh...losen pati halia boleh pakai lam pantang ka..x effect jahitan ka?

Naddiea said...

ieta,itu la..semangat berkobar2 nih..harap2 dpt la feedback baik punye dr hubby ku yg nk balik sini ahad ni..kalo ditegur kurus alangkah bahagianyaaaa....hihi

dura,la ya ka..buleh la hang beli bengkung tu.mmg best pun bengkung ni.marilah kita bersama2 menguruskan badan yerh..

eza,walaupun hang x guna menatang tu suma tp hang maintain kuruih laaa..tp hat dlm x tau cemana la pulak kan.hang kena la mkn ubt2 masa pantang.satgi bdn sakit2 sebelum umuq 40 jenuh la wehhhh...pasal losyen tu hang buleh pakai masa pantang tp jgn la pi bubuh kat tempat jahit tu.satgi menangih hang sorang2.hehe..

MariaFaizal said...

Mak aii!!
Byk nyer ubat darling!!!
he he he..but most important thing akak dah terlambat nak ucap heartiest/biggest congratulations on d arrival of the sweetest baby girl in your life..

I, so envy you dearest...
if only i'm still young, i'll produce more girls..he he he

Do take care dear & habis pantang nanti,keluar shopping baju baby girl.So geram tengok baju2 baby girls in the mall nowadays :D

Naddiea said...

Sis,tq..ni x banyak mana pun ni..kalo masa anak sulung lagi banyak..bila anak makin ramai pantang pun makin simple.hihi..

anyway,sis u not yet 40s kan??so boleh lagi nk conceive n add new additions to the family.Talking about shopping mmg x sabar2 dh ni nk keluar rumah.rasa mcm kene tahanan rumah gitu.huhuhu..

Dina Zakaria said...

salam..saya tengah konpius2 cari set untuk berpantang ni..ada jugak yang suggest x payah amek set n beli separately ikut kehendak dan kebolehan makan ubat..so, survey2 lah ni..gamat gel tu macam menarik..bape ye harga dia??

DrSam said...

selamat berpantang dan jaga diri serta si comel baik-baik. masa pantang ni pemakanan memang kena jaga betul-betul. suami pun turut kena pantang juga :)

fham5579 said...

papa..aku br nk tnya psl losen pati hali tu eza dh tnya n hg dh jwb okal...boleh la aku cuba..
nih aku nk tnya psl jeli gamat tu..brand pa, brp rm? n nk beli kt mana? aku kalau bab nk bg luka jahitan baik cepat mmg aku suka..

JALAN REBUNG said...

salam kak pah,

hehehehe dah macam baca buku cara-cara berpantang pulak ...heheheh saya pun baby baru masuk 2 bulan ..letih la jugak sebab dah ajar dia tidur buai ..last-last bila dah tak larat beli buai yg auto tu ...bila balik keje ?