True obsession??
Ballerinas in da making...
Dasyatnya Doa Seorang Ibu..
Taken from Facebook..
Sharing is caring..x salah untuk mencuba.Insyaallah dengan izin ALLAH swt semua yang dilakukan akan dimakbulkan...Hanya mahu menjadi IBU yang terbaik dunia dan akhirat...insyaallah..Ameen.
* Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik
* Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah
* *** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak
* Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya
* Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka Ø Melihat kaabah sehingga menitis air mata Ø Membaca quran sehingga menitis air mata Ø Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata
* 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor! Ø Anak Ø Ibu Ø Suami
Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisihan faham dgn suami / isteri sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, saying, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah
* Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira tak menangis teruk laa.. Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu
* Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu
* Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai
* *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakkan ibu kita di tempat yang terbaik
*Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal” Ø “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”*** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal-hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita
* Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit / musibah
* Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun, then cakap dengan Allah Ø “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini” Ø “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukan.
* *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!
*Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita yang telah tiada!
*** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup
* Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu / bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana .
* Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam next time
* Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan
* Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..
* Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!
**** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana .
* Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah
* *** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu / bapa sakit, berebutlah menjaga ibu / bapa kita. Besar sangat pahalanya.
* Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit / malu / miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita
* Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari
Anak Lari Dari Rumah
*Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari
* Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya
Anak Degil
* *** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
**** Ni seram sket masa nak buat hehehe.. mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. You can ask anything! Nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.
Wallahuallam...
Educational outing @ Aquaria,KLCC
The little fingers..
Latest update on Hasya's milestones!
Alhamdulillah Hasya sekarang dh pandai meniarap dan setiap kali letak atas tilam terus je meniarap mcm dh kene set pulak badan dia tu.Paling kelakar masa menyusu pun dia sibuk nk meniarap sampai kene marah ngan mama.hihihi...kecik2 dh kene marah kesian pulak.Abang2 pulak bila tgk adik meniarap punya la excited walaupun adik tu dh berpuluh2 kali meniarap tak kira masa.Tapi si Hasya ni bila meniarap x lama pun sbb lepas tu dia akan menangis.x selesa kot.Ye la baru lagi masih lesen L.
Selain dari meniarap Hasya adalah suka menghisap jari kaki.Ehhh..bahaya tu.bukan sebab kotor ke apa tapi org tua2 kata nanti nk dapat adik.hehehe..apakah maksudnya itu??? Ehh x delah..merepek2 je.Bukannya anak yg menentukan dapat adik ke tidak.mak bapak punya pasal,anak pulak yg di salahkan.issshhh..
Lagi satu Hasya suka tolak orang dengan kaki dia.Entah dr mana dia dapat pun tatau.Pastu dia akan tolak dgn sepenuh hati as if dia x suka org tu duduk sebelah dia.Abang Harraz lah yg selalu jadi mangsa sbb dia rajin baring2 minum susu sebelah Hasya.Kadang2 tu rambut pun kene tarik.Habis rambut Harraz yg panjang n halus tu.Kesian abang Aye ( Harraz bahasakan diri dia Aye -saya).hehehe..
Gambar ni pulak Hasya masa baru lepas mandi.Mama adalah x de keje sbb gambaq anak lepas mandi pun nak amik.heheehe..sebenarnya mama rasa Hasya nampak comel lepas mandi sbb fresh n wangi.Kebetulan Hasya mmg suka mandi dan x pernah nangis waktu mandi.Mandi air sejuk gedik pun dia maintain cool jer.hehe...dia cool serupa mak dia okeh.
Hasya @ I-Care..dengan rambut free style dia tu plus romper yang dh agak ketat walaupun jarang pakai.huhuuhhu....teacher Hasya kata menangis Hasya masa nk pakai baju tu.huhuhu..alahai kesian anak mama..emm..need to re-fill Hasya's wardrobe since banyak baju dh ketat.*wink*
Girlfriends Forever...
Sakit itu adalah tanda sayang dari ALLAH...
Alhamdulillah setakat hari ni kami sekeluarga semuanya sihat walafiat.Syukur sebab kami semua sakit tidak melarat2..Alhamdulillah again..
Semuanya bermula dengan Hayyan yang mengalami ekzema yang agak teruk.Kali ni kali kedua.Pertama kali masa bulan ramadhan yg lepas.Waktu tu ekzema Hayyan tak berapa teruk tapi agak mencabar sbb x pernah kena.Hayyan siap kene ambil darah sbb mula2 doktor syak denggi sbb kebetulan ekzema tu dtg bersama2 demam.Mama pun dh naik risau.satu badan Hayyan jadi gatal2.Sudahlah anak tu kurus jadi semakin kering bila tak sihat.Bila disapu calamine lotion menangis2 sbb katanya panas.Mama yang tukang sapu mmg jadi cuak sgt.Dah tgk menangis2 macam tu terus bg mandi sbb nk bersih calamine lotion yg dekat badan tu.Kali ni pulak ekzema melarat sampai ke jari2.Lepas tu sbb anak ni suka jari masuk mulut dlm mulut pulak keluar bintik2.Emmm puas di tegur tp tetap dgn habit sama.Sbb tu dlm entry sebelum ni mama cerita ada org syak Hayyan kene HFMD.tapi bukan sebenarnya..
Lepas Hayyan sembuh Abi pulak demam.Orang kuat dalam famili ni mmg jarang sakit.Bila abi sakit mama dh mula risau.Sebab sepanjang hidup bersama ni rasa2 baru 2-3 kali abi demam.Ehh ye ke..baru sekali dua kot.Tapi abi ni bila sakit2 pun masih nk pergi kerja.Buat kesekian kalinya pergi lagi ke klinik.Masa abi pergi klinik mama dh mula rasa sakit tekak n sakit2 bdn tp mama x jumpa doktor pun.Setakat mintak lozenges extra dr doktor.ubt demam boleh share je dgn hubby.Abi pulak masa check bp,darah tinggi pulak dh.Emm mmg x sihat sungguh cik suami masa tu.Esoknya cik suami dpt mc.Itu pun boleh pi opis lagi dgn bwk si Hayyan.
Esoknya mmg dah dijangka mama pulak demam sakit habis badan.Abi plak dh okay sbb dpt antibiotik.Mama mula rasa mcm nk pitam pun ada.Masa tu mmg mama risaukan Hasya sbb dia breastfeed pastu mmg sentiasa melekat dgn mama.Risau takut berjangkit.Esoknya mama mc sbb mama x tahan sgt.Pergi keje pun x berdaya apatah lagi nk masuk kelas.So mc jelah..Lagi sekali rombongan cik kiah ke klinik.
Lepas mama sihat tak lama lepas tu Harraz pulak badan makin panas.Siap berdarah hidung.Banyak kali pulak tu.Tido dalam sejuk pun boleh berdarah hidung.Kesian Harraz...tapi Harraz ni walaupun demam aktifnya mcm biasa."Lompat tinggi sampai ke awan" nyanyi si Harraz.
Dua tiga hari lepas tu teacher Hasya mengadu badan Hasya panas.Mama amik Hasya dekat nursery dgn fever pacth penuh kat dahi.Sudah la dahi Hasya tu kecik aje.Patch pulak saiz toddler.sampai tertutup mata si kecik tu.hehe..Kesian Hasya sbb masa demam dia x baper aktif.Kalo mama x angkat pun dia redha je..diam n tido.X ada nk main2 n jerit macam biasa.
Ahad baru ni mama sakit lagi sekali.Kali ni sakit perut memulas di ikuti ceri beri yang hebat.Bangun pagi mengelupur saki perut yang rasa sakit sangat.Nak duduk pun x buleh.Sakit tu pulak mcm contraction nk bersalin.sakit sekejap pastu okay.Terus ke klinik berdekatan dan terus tanya doktor ada kemungkinan ka mama kene ectopic pregnancy.Sbb pernah tgk biras yg mengelupur sakit perut rupa2nya etopic terus bwk pergi hospital besar n operate.Doctor suggest buat urine test n amik darah sbb takut denggi.Sbb tinggal kat black area mmg kene selalu check darah.FYI,kat umah mama mmg banyak kes denggi..emm apa kes betul lah.Alhamdulillah bila check dua2 tu,dua2 -ve tp mama kene food poisoning rupenya n dr test darah kuman tu mmg sgt tinggi.Patut la perut sakit sgt2.Mana nk ke toilet lagi, nk tahan sakit lagi.huhuh...mmg sengsara lah..
Alhamdulillah skrg mama getting better tp sakit perut ada lagi rasa sikit2 especially bila makan yg heavy skt.So skrg makan pun x mcm biasa.Kurang makan n kurang kuantiti.Rasa mcm losing weight sikit.hehe..
Harap2 sakit2 ni x berulang lagi.Walaupun sedar sakit itu datang dari ALLAH untuk mengingatkan hamba2Nya supaya lebih menghargai kehidupan dan tidak lalai.Tetapi semoga ALLAH swt akan sentiasa memberikan kesihatan yang baik buat kami sekeluarga,memberi limpah kurnia serta keberkatan buat kami sekeluarga...ameen..
HFMD?
Sekarang dekat nurseri anak2 kat bawah ni tgh kecoh dgn satu kes HFMD.Mangsa adalah seorang bayi berusia 8 bulan.Kebetulan baby ni sebilik dengan Hasya.Harap2 tak berjangkit la dgn Hasya.Apa yang membuatkan mama runsing plus serabut sekejap ni ialah punca dr mana datangnya virus ini.Kebetulan Hayyan skrg tgh x brp sihat tapi masih aktif melonpat sana sini.Hayyan skrg menghidapi infection dalam mulut.habis atas lidah dia ada bintik2 putih.Dekat jari2 pun ada fungus infection yang mana menyebabkan jari2 mengelupas kulit.
Apa yang mama buat susah hati ialah Hayyan dikatakan punca anak orang tu kene HFMD.Masuk akal ke???Baby itu duduk dlm bilik baby dimana x de sorang pun baby dlm tu yg kene kecuali dia.Hasya pun okay je mama tgk.Bila dh jadi mcm tu mula la nursery panas punggung n suruh mama pull out Hayyan dr pegi nurseri.Helllllloooo ingat senang2 ke mama ni nak cuti pull out anak mcm tu je?Apa kes??Anak org tu pun belum tentu HFMD lagi.setakat pergi klinik terus confirm HFMD mana boleh bang.Mama pun dh bwk Hayyan pergi klinik yg kebetulan sama dgn klinik yg orang tu pergi n doc x cakap pun yg Hayyan ni kene HFMD.Kalo iye sekali pun mama ni x bodoh la nk bwk Hayyan pergi nursery dgn penyakit mcm tu.Haduiiiih semak betul.Drpada rasa nk demam teruih sihat walafiat selepas membebel sepatah dua kata kt opis ni dgn meminjam telinga2 kawan2 kat sini.
Balik nanti nk kene bwk Hayyan jumpa paed.Nak confirm betul2.kadang2 Doctor ni pun practis lain2.Sudahnya mcm2 summary keluar.Kalo Hayyan bebas dr HFMD ni mama still akan bwk dia pergi nursery.Siapa2 yg rasa x secure dgn adanya anak mama kat nurseri lantak le korang.Sila bawak anak2 anda balik umah ye.
Kalo nk cerita pasal nurseri memang la.Anak2 akan selalu tak sihat sebab demam selsema etc.Tapi x boleh salahkan nurseri 100% sbb benda ni ada dimana2.Harap2 ibu bapa selalulah bwk wet tissue atau hand sanitizer utk pastikan anak2 tak dijangkiti penyakit yang mcm2 zaman sekarang ni.Ini tak,apa2 sikit sakit sana sini terus nk salahkan nurseri walaupun kebarangkalian untuk punca virus mmg boleh dtg dr situ.
So moral cerita untuk hari ini sila siasat dengan sepenuhnya sebelum lompat kepada kesimpulan ( jump into conclusion).Walau apa2 pun masalahnya sila la consult dgn org2 yang pakar.Kita paham first time parent mmg sangat prihatin dgn anak2 tp sila jangan kalut semacam okeh..Sekian terima kasih!
Hasya is 3 mths!
Deep inside...
Hati sedang bersedih..tapi bukan sebab saya atau siapa2 dlm keluarga tapi sedih mengenangkan ada keluarga yg di uji dengan hebat kerana punya anak istimewa.Sedih sangat sedih...
Kami x kenal rapat sekadar kenal melalui blog.Biasa la blogger mesti akan selalu visit blog2 lain.Terjumpa satu blog yang sangat menyentuh hati.Blog milik Jiey betul2 buat saya sedih.Jiey punya anak yang sangat comel tapi Ian menghadapi masalah dalam tubuh kecilnya.Sesungguhnya ibu bapa Ian ( Rayyan) adalah insan yang sangat tabah...tak dapat dibayangkan kalo saya yang menanggung kesedihan itu...
Satu lagi blog milik YongNoina juga punya anak istimewa,Yasmin Nabilah nama si kecil.Menghidapi Cerebral Palsy & Global Developmental Delay sejak berusia 4 bulan.Nabila juga sebaya Rayyan dan mempunyai senyuman yang sangat manis dan comel..Sedih sebab Rayyan dan Nabila adalah sebaya Harraz..
Blog kepunyaan Ayu ibu kepada arwah Alanna Qish yang "pergi" kerana menanggung derita Gaucher Desease Type II juga membuatkan saya sebak..Bayi comel ini meninggalkan ibu bapa serta abang dalam usia yg sangat muda.Umur tak sampai sepuluh bulan Alanna pergi dalam dakapan ayahnya...
Bila membaca blog2 ni dapat dirasakan penderitaan ibu kepada anak2 ini.Sesungguhnya hanya ALLAH yang tahu hikmah disebalik penderitaan yang ditanggung anak2 comel ni.Sedih melihat bening mata mereka..mengharapkan kesakitan yang ditanggung akan segera pergi...
Sebenarnya banyak blog2 yang seumpama ini.Terasa sangat amat bersyukur dengan apa yang dikurniakan Illahi...Alhamdulillah...Semoga ALLAH mencucuri rahmat buat keluarga2 ini dan semoga mereka tabah menghadapi hari2 mendatang walaupun sesungguhnya berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...tiap kali membaca entry baru saya jadi terkelu..dah tak tau apa nk di komen selain mendoakan yang terbaik untuk anak2 comel ini dari jauh.Semoga anak2 ini cepat sembuh.Tak sabar menantikan entry gembira dari ibu2 ini.Insyaallah..
Raya raya raya!!
Ini family pic..semua mcm x brp nk ready especially tok aboh sbb tgh cakap telefon dgn kakak yg sulung ( dia beraya kat penang).Hasil gambar mcm ni la.kalut semacam.
Eid Mubarak to everyone..
All about Puteri Nuha Hasya..
Baby's 1st Entry..
Day 1 - 18 June 2010
1 month - 18 July 2010
2 months - 18 August 2010
Pantang ohhh pantang
Sepanjang dalam pantang ni kalo ikutkan mesti banyak ubat-ubatan yang sepatutnya org dalam pantang makan.Tapi bagi saya cuma makan beberapa jenis ubat jer.Buat masa ni jamu2 dan adik-beradiknya saya x makan lagi.Tapi nanti lepas pantang nk kene makan juga jamu2 ni sebenarnya..

































