Semalam mama abi & hayyan berkunjung ke emergency Selayang buat kesekian kalinya.setelah lama x ke sana.Alhamdulilah kami sekeluarga sihat walafiat sepanjang tempoh tu dan x perlu ke sana selalu.
Dan selalunya kalo pergi sana sbb mama selalu kene lelah dan mesti pakai neb.Semalam keadaan mama x adalah teruk sgt tapi mama decide nak pergi amik neb kat sana sbb takut melarat since mama skrg tgh pregnant almost 6 months.Walaupun ada inhaler ventolin tp rasa x cukup n i need further treatment.
Masa sampai kat sana lebih kurang pukul 8.30 mlm.Mcm biasa sampai je terus ke kaunter saringan.Lepas dpt kad hijau terus masuk dlm emergency room utk pesakit asthma.Macam biasa juga,bahagian outpatient ramai sgt orang yg datang dgn penyakit yg pelbagai.
Dlm ruang pesakit asthma masa tu ada 3 patient yg tgh pakai neb.Seorang wanita India,seorang lelali cina lanjut usia n seorang wanita melayu.Alhamdulilah ada satu tempat kosong n mama terus duduk di tengah2 wanita melayu n lelaki cina tua tersebut.
Wajah2 yg ada ketika itu semuanya mengambarkan keadaan diri yg sangat tidak sihat.Tapi mama lain pulak sbb masa tu mama siap boleh senyum lagi masa pembantu hospital tanya,”akak lelah ye??” dan mama senyum sambil mengangguk kepala.sbb kalo nk ikutkan org yg sakit especially lelah mmg x ada sense dah terutamanya utk senyum kt org lain.
Semasa pakai neb dlm tempoh lebih kurang 10-15 minit kat situ macam2 situasi yg berlaku di sekeliling mama.Situasi bermula bila doctor bertugas dtg dan periksa patient yg dtg sebelum mama.Bermula dgn lelaki cina tua disebelah kiri mama.
Bertemankan anak lelakinya,doctor mula bertanyakan soalan2 yang berkaitan si bapa yg sakit.Perbualan tu lebih kurang macam ni….
Doctor: Bapa encik ada pakai pam ( inhaler) ??
Anak : Ada…sambil mengeluarkan pam n menberikannya kepada doctor.
Doctor: Pakai pam ni ada betul ka?
Anak: Betul..sudah manyak kali punya bapa saya pakai ini pam.
Doctor:Cuba tunjuk dekat saya mcm mana pakai.( sambil menyerahkan pam itu kepada lelaki tua tersebut)
(Pakcik tu pun tunjuk cara pakai nab yg dia tahu.Opss malangnya cara pengunaan pam tu salah sbb dia tekan pam dulu baru masuk mulut)
Doctor:Encik,ni salah ni.bukan pakai macam tu.Sbb tu la lelah ayah encik x baik2.
Anak:Ehh bukan doctor sbb selalu anak saya yg bagi dia pakai itu pam.Dia mmg x tau pakai munye maa…dulu ada doctor tunjuk macam mana mau pakai sama saya munye anak.
( Emmm..dalam hati mama berkata dia ni mana satu betul ni.cakap pun mcm dah belit2 n nampak doctor tu pun macam x puas hati.Kemudian si anak menambah)
Anak : Bapa saya ni mmg sakit sbb dekat rumah pakai pam sampai 50 kali woo..saya sudah sampai mau gila ini macam.Banyak hospital n klinik sudah pegi.Kerajaan n private sume sudah pergi tp doctor x tau sakit apa punya.Semua klinik dekat rumah saya pun x mau terima lagi bapa saya.
Doctor: Macam ni la encik,kalo encik nak masukkan bapa encik dlm wad boleh,tapi kita x boleh tahan lama2 sbb kalo doctor private sudah kata itu macam,sini pun sama jugak.doctor sini pun pikir sama n belajar sama jugak.Sbb tadi saya check bapak encik punya lung ok.x ada bunyi lelah.
Anak: Ya la sikalang sudah ok.tapi nanti balik rumah mesti sakit balik munye.Boleh ka doctor kasi saya senang hati bg check saya punya bapak.Saya sudah pening ini macam.
Doctor: Takpela..nanti kita check darah. (balas doctor sambil berlalu pergi)
Emm… mama yg kat sebelah pun tumpang pening jugak.mmg la dr side seorang anak dia mesti nak bapak dia sihat,so betul la tu tindakan dia.tapi dr side perubatan kalo dh semua ok,lung dh clear tambah pulak doctor2 tempat lain pun cakap benda yg sama,nak tunggu apa lagi.balik je la umah.tapi biasalah mana ada anak yg akan berpuas hati dgn keadaan ayah yg mcm tu.kalao mama jd dia pun seboleh2 mama nak ayah mama diperiksa se “details” mungkin.
Masa mama dibenarkan balik Pakcik tu masih disitu.tak tau apa tindakan doctor utk pakcik tu.Yang pasti pakcik tu baik hati walaupun tgh sakit dia sempat offer roti yg anak dia suruh makan kat mama.Mama balas dgn senyum dan tolak dengan baik.
Bile keluar dr ER,mama nampak Abi tersengguk2 memangku hayyan yg tgh hisap susu.Abi sampai dah naik mengantuk menunggu mama yg lama dlm ER.Sampai je kat dua beranak ni,si kecik Hayyan dgn puting botol yg masih dlm mulut bertanya,
Hayyan: mama,ape ambat (kenapa lambat)?
Mama: haaa apa?? ( mama terkejut sbb x sangka dia boleh bertanya mcm tu)
Hayyan : ( ulang soalan yang sama) ape ambat?
Mama : ( masih terkejut) ohh..mama lambat sebb mama pakai pam.mama lelah.
Hayyan kemudian mengganguk sambil sambung minum susu.Dalam hati mama berkata sah dah ni.mmg lama betul derang tunggu mama kat luar.Yang mengharukan mama soalan tu dtg dr hati kecik sorang kanak2 berusia 2 tahun .Concern betul anak ku sorang ni.Emm..gaya seorang lelaki yang gentlemen.heheheee….Lepas tu mama tanya abi samada abi yg suruh hayyan tanya mama mcm tu.tapi abi x suruh pun.In fact,abi kata dia pun terkejut sbb sepatutnya abi yg tanya mama soalan tu n bukan nyer hayyan.
Apa2 pun alhamdulilah mama dh okay.sbb dh pakai neb plus makan ubat g doctor bagi malam tadi.This morning batuk pun kurang n no more chesty cough.Alhamdulilah……
I'm not feeling well...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
salam nadia,
syukur semuanye selamat ...jangan tension-tension sangat.
RIZAL
Post a Comment