Perubatan Syifa' Al-Hidayah - untuk kawan2 yang mencari rawatan alternatif.


Salam...

Untuk pengetahuan kawan2 n mama sendiri.Jumpe artikel ni dari Mr Google.Tujuan asal nk membantu kawan opis yang menghidapi menyakit kanser usus.Alhamdulillah kawan mama dh pergi berjumpa Tuan Haji Lokman ni dan dia dh beransur pulih skrg.FYI,kawan mama dh go thru operation n kimo tp masih lemah masa awal2 hari tu.Lepas dapat info ni kawan mama terus pergi berubat n alhamdulillah kawan mama ni beransur pulih n kuat semangatnya.So kawan2 yang sedang mencari2 boleh la masuk ke website ni n tengok jadual masa perubatan.Take Care....

_________________________________________________________________________________

Assalamualaikum wbt,

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan Nama Allah (SWT) Yang Maha Pemurah, Penyayang Lagi Maha Agung. Sesungguhnya segala puji, kemulian dan sanjungan itu hanya pada Mu sahaja. Selawat dan salam untuk junjungan besar kita Nabi Muhammad (SAW).

Syukur ke hadrat Allah (SWT) kerana dengan taufik dan hidayahnya saya berkemampuan untuk menyiapkan website ini. Saya berharap amalan perubatan melalui ayat-ayat Al-Quran (Koranic Medicine), iaitu perubatan yang saya namakan Perubatan Syifa’ Al-Hidayah ini dapat diperkembangkan dan dipraktikkan di kalangan umat Islam.

Al-Quran adalah setinggi-tinggi martabat penawar dan kesembuhan. Setiap huruf yang terkandung di dalamnya adalah penawar untuk penyakit spiritual dan fizikal. Tiap-tiap surah dan ayat dalam Al-Quran adalah penawar kepada sesuatu penyakit, dengan syarat seseorang itu beriman dan yakin kepadanya.

PENGASAS- Pengasas perubatan ini adalah Saidina Abu Bakar (ra). Perubatan dengan menggunakan ayat-ayat Quran sebagai penawar ini sangat mashyur semasa di zaman kegemilangan Islam selepas wafatnya Nabi Muhammad (SAW). Tetapi setelah sekian lama, ramai umat Islam kurang yakin akan hikmah dan mujizat Al Quran sebagai penawar kepada segala penyakit. Saya sangat berharap agar kita dapat mengembalikan semula zaman kegemilangan perubatan melalui Al-Quran seperti semasa zaman permulaan Islam dahulu.

AL-QURAN SEBAGAI PENAWAR- Di dalam Surah Al-Israa’ Ayat 82 Allah (SWT) berfirman “Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya.” Di dalam Surah Fussilat ayat 44 Allah (SWT) berfirman “Katakan, Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang yang beriman”. Ini jelas terbukti bahawa semua penyakit yang datang dari Allah, penawarnya ada di dalam Al-Quran, terpulanglah kepada individu untuk mencari dan mengamal ayat-ayat tersebut dan yakin sepenuhnya akan mukjizat Al-Quran.

CONTOH SURAH DAN AYAT PENAWAR- Semua penyakit yang Allah jadikan di dunia ini ada penawar nya didalam Al-Quran, contohnya.

- Surah Qaaf ayat 16 hingga 45, Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 dan Surah Sod ayat 34 hingga 61 selalunya untuk penyakit yang ada kaitan dengan tulang (seperti sakit rheumatism, arthritis, sakit sendi, tulang patah atau fractured, slip disc, sakit tulang belakang)

- Surah Al-Buruuj ayat 1 higga 22 selalunya di baca untuk penawar sakit-sakit yang berkaitan dengan perut (seperti gastric, stomach ulcer) atau penyakit yang berkaitan dengan usus besar atau usus kechil.

- Surah Al-Israa' ayat 40 hingga 55 untuk pesakit yang mengalami sakit jantung, saluran darah tersumbat (blockage) dan jantung berlubang.

- Ayat-ayat dalam Surah Al-Anfaal untuk sakit jangkitan kuman/virus atau "infections". Ayat ayat dari Surah Al-Anfaal ini berfungsi sama seperti ubat-ubat antibiotiks.

- Ayat-ayat dalam Surah An-Nahli untuk memberi kekuatan atau tenaga kepada pesakit. Kekuatan dari segi fizikal dan kekuatan dari segi dalaman atau rohani. Ayat-ayat ini berfungsi untuk meningkatkan kekuatan fizikal atau immuniti (sistem daya pertahanan sesaorang). Peningkatan kekuatan rohaniah dari segi semangat dan keazaman pesakit.

- Ayat-ayat dari Surah Al-Anbiyaa', Surah Al-Qasas, Surah Al-Ma'idah, Surah An-Naml khusus untuk penyakit kencing manis (diabetes), darah tinggi (hyper-tension), sakit angin ahmar (stroke) dan lain-lain lagi.

- Ayat-ayat dari Surah Yusuf dan Surah An-Nahli untuk penyakit lemah tenaga batin untuk kaum lelaki.

- Ayat-ayat dalam Surah Maryam, Ambiyaa' dan Imran untuk sakit fibroid, ovarian cysts dan lain-lain sakit perempuan.

- Ayat-ayat dari Surah Fatah, Yunus, Hud, Az-Zumar, Ma'idah, Al-A'raff, Ash-Syura, Al-Qasas dan lain-lain surah untuk berbagai jenis penyakit kanser, sakit buah pinggang (kidney failure), hepatitis dan lain lain penyakit.

- Ayat-ayat dari Surah Al-Baqarah, Fussilat, Ash-Syu'aara, Al-Furqaan, Ar-Ra'd, Toha, Al-Mu'minum, Muhammad, dan lain-lain surah untuk penyakit gangguan sihir, santau, rasuk jin atau iblis, ilmu pangasih, ilmu pelalau, ilmu pemisah dan lain-lain penyakit gangguan atau "spiritual illness".

Selain dari penyakit yang disebut di atas, saya dapati penyakit seperti SLE, sejenis penyakit buah pinggang (nephronic syndrome, penyakit kulit (psiorasis), sakit sawan (epilepsi) dan sakit tekanan jiwa (depression) boleh diubati melalui ayat-ayat Al-Quran.

Di kalangan anak-anak, penyakit yang selalu saya mengubati termasuklah anak-anak yang mengalami penyakit down-syndrome, penyakit "learning disability", penyakit "dyslexic" dan penyakit kronik yang lain.

CARA PERUBATAN- Perubatan Shifa' Al-Hidayah ini tidak menggunakan hikmat makhluk halus (samada jin Islam, khadam, syaitan atau iblis) dan tidak juga menggunakan sebarang perantaraan. Ianya berdasarkan kepada 3 amalan utama iaitu:

1. Amalan Bacaan Al-Quran,
2. Berdoa memohon kepada Allah (SWT)
3. Memperbanyakkan Zikir (Laila hail’lallah)

Selain dari 3 amalan ini, perubatan ini menggunakan air mineral dan madu asli. Madu asli adalah digunakan untuk mengubati penyakit yang ada kaitan dengan paru-paru (seperti sakit lelah), perut (sakit ulcer, gastric, dll), usus, sakit sendi, lemah tenaga batin dan pasangan yang sukar mendapat anak. Setiap pesakit dinasihatkan berwuduk sebelum perubatan dan kaum muslimat dikehendaki menutup aurat dengan memakai pakaian solat (telekong) semasa perubatan.

Kadang-kadang saya perlu menyentuh pesakit ketika berubat dan tempat yang selalu disentuh adalah di tulang belakang (spinal cord) atau di kepala pesakit. Sebab itu kaum muslimat di mestikan memakai pakaian solat ketika berubat. Untuk kaum muslimat selalu sentuhan dilakukan secara batin and bukan melalui fizikal. Untuk kaum lelaki, kadang kala perlu diurut untuk penyakit yang melibatkan urat saraf, otot-otot dan sakit lemah tenaga batin.

DIAGNOSIS DAN SCANNING UNUK KENAL PASTI PENYAKIT- Mengikut prosedur perubatan yang saya amalkan, pesakit perlu berjumpa dengan saya dahulu, dan saya akan menbuat diagnosis (kenal pasti) penyakit yang dialami oleh pesakit. Diagnosis (kenal pasti) penyakit adalah dengan kaedah “scanning”. Keupayaan “scanning” ini adalah suatu keupayaan atau kebolehan yang diberi oleh Allah (SWT). Berdasarkan penyakit yang dikenal pasti, dengan izin dan hidayah Allah (SWT), saya akan memberitahu pesakit itu samada sakit yang dialami itu adalah -

1. sakit jasmani / fizikal (sakit badan atau physical illness - sakit jantong, cancer, darah tinggi, kencing manis, dll. ) atau

2. sakit rohani (spiritual illness - sihir, saka, gangguan jin, santau. dll.) atau

3. sakit akhlak (behavioural or attitude problem - mencuri, melawan ibu bapa, menipu dan suka cakap bohong, ketagih dadah, zina, etc).

Setelah dikenal pasti akan penyakit yang dihadapi oleh pesakit itu, ini kemudian disusuli dengan pemberian ayat-ayat Al-Quran yang tertentu untuk sakit yang dialami. Bacaan ayat-ayat Al-Quran ini perlu disertakan dengan doa kepada Allah (SWT) dan memohon kepadaNya agar disembuhkan penyakit itu.

AYAT AL-QURAN SEBAGAI GANTIAN KEPADA UBAT- Setiap ayat-ayat Al-Quran yang diberikan kepada pesakit untuk mereka amalkan diibaratkan sebagai ubat, dan air yang diminum adalah untuk menyerapkan ayat itu ke dalam badan dan jiwa pesakit itu. Sebagai perumpamaan, tatkala kita sakit demam, kita ambil pil panadol. Pil panadol tersebut adalah ubat dan air yg diminum sewaktu memakannya adalah untuk menyerapkan ubat panadol itu ke dalam badan atau darah kita agar kita beransur sihat. Sama dengan ayat Al-Quran yang dibaca, ia adalah gantian kepada ubat, dan air yg diminum ialah untuk menyerapkan ayat Al-Quran itu ke dalam badan dan jiwa kita.

KEHEBATAN DAN MUKJIZAT AL-QURAN- Memang benar, perubatan sebegini kadang-kadang tidak ada logiknya dan adakalanya susah untuk diterima oleh akal fikiran manusia. Apatah lagi, bila dianalisakan kaitan sesuatu surah dan ayat-ayat Al-Quran dengan sesuatu jenis penyakit. Apabila dibaca terjemahannya pula, ayat-ayat Al-Quran tersebut tiada menggambarkan kaitan secara langsung dengan penyakit yang dialami. Tapi, inilah kehebatan dan mukjizat Al-Quran!

Sebaliknya, perubatan moden berasaskan kepada logik dan “reasoning”, dan dengan ini lebih mudah diterimapakai oleh para pesakit (seperti macam mana antibiotics dapat menandingi virus atau bakteria yang menjadi punca kepada sesuatu penyakit, atau pain-killer seperti ubat panadol atau ponstan dapat mengurangkan kesakitan seseorang).

Sebagai contoh di dalam Perubatan Syifa' Al-Hidayah ini:

- Surah Kahfi ayat 32 hingga 50 adalah digunakan sebagai ubat tahan sakit atau pain killer. Tetapi bila kita membaca terjemahan ayat tersebut, ia tiada kaitan dengan ubat tahan sakit, ini adalah kehebatan Al Quran.

- Ayat-ayat di dalam surah Al-Anfaal mengandungi banyak hikmah yang menyamai fungsi antibiotik-antibiotik kepada pelbagai penyakit.

- Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 untuk penyakit yang ada kaitan dengan urat saraf (nerve). Kalau dibaca terjemahan ayat tersebut tidak ada kaitan langsung dengan urat saraf.

- Surah An-Nahli - banyak ayat-ayat dalam surah ini yang ada kaitan dengan kekuatan dalaman atau kekuatan sistem daya pertahanan diri (immune system.

- Surah Yassin ayat 72 hingga 83 dan Surah Ar-Rahman ayat 21 hingga 60 adalah ayat penerang hati dan sesuai untuk diamalkan oleh pelajar-pelajar atau anak-anak yang bersekolah.

- Surah Al-Waqiah ayat 36 hingga 74 untuk murah rezeki dari segi kesihatan, kewangan dan harta kekayaan.

PENYAKIT KRITIKAL (Kanser)- Ramai juga pesakit saya yang mengidap sakit kanser yang telah sembuh (dengan keizinan dan keberkatan dari Allah SWT) dengan mengamalkan ayat-ayat ini. Ada seorang pesakit yang telah confirm sakit fibroid dalam rahim oleh doktor perubatan dan dapat dilihat fibroidnya melalui x-ray/scan machine tetapi setelah mengamal bacaan ayat-ayat ini, fibroidnya tak ada lagi di dalam rahim dan ini disahkan oleh doktor perubatan melalui x-ray/scan. Ini bukanlah satu 'magic' tetapi ayat-ayat ini dengan sendirinya menghancurkan fibroid itu dan fibroid ini keluar melalui darah haid.

Saya percaya dan amat yakin bahawa penyakit seperti kanser boleh diubati melalui ayat-ayat Al-Quran. Ini telah terbukti di dalam pengalaman saya mengubati pesakit-pesakit kanser selama lebih kurang 9 tahun, terutama sekali yang menghadapi sakit kanser tahap 1 dan 2 (stage 1 dan stage 2). Dalam perubatan ini, saya juga menggalakkan pesakit kanser berubat secara moden seperti chemotherapy atau radiotherapy, dan disamping itu juga, pesakit membaca ayat-ayat Al-Quran yang saya berikan. Saya sudah kenal pasti ayat-ayat Al-Quran khusus untuk sakit kanser. Pesakit mesti yakin dan perlu berusaha mengamalkan ayat-ayat Al-Quran ini dan juga berdoa agar Allah rahmati dan berkati perubatan ini.

Ayat-ayat dalam surah-surah di dalam Al-Quran yang boleh menjadi penawar kepada penyakit kanser - Surah Ambiyaa, Maidah, Imran, A'raaf, Hud, Yusuf, An-Nahli, Toha, Al-Mukminum, Asy-Syauaraa, Qasas, Al-Fatah, Az-Zumar, Ghafir dan Al-Qamar. Di sebalik ayat-ayat ini ada penawar kepada penyakit kanser.

PEMBEDAHAN CARA BATIN– Ada jenis-jenis penyakit yang perlu diubati melalui pembedahan cara batin. Pembedahan cara batin ini dilakukan bukan menggunakan pisau dan sebagainya, tetapi dilakukan secara simbolik. Contohnya ialah pembedahan untuk penyakit saluran darah yang tersumbat (blockage). Pembedahan ini dilakukan secara simbolik dan apabila pesakit itu mengamalkan ayat-ayat seperti di dalam Surah Al Israa', saluran darah yang tersumbat itu dengan sendirinya (dengan keizinan Allah SWT) sembuh seperti sediakala dan pesakit tak perlu membuat “by-pass operation”.

PENYAKIT ROHANI (SPRITUAL ILLNESS)- Surah dan ayat-ayat Al-Quran ini bukan sahaja dapat mengubati sakit-sakit fizikal (seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, kidney failure, saluran darah tersumbat) malahan ianya lebih berkesan mengubati penyakit-penyakit rohani yang disebabkan oleh jin, syaitan dan iblis (seperti ilmu sihir, saka dan racun santau).

Sebagai contoh:

- Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 25, ayat 44 hingga 55, ayat 85 hingga 95, ayat 103 hingga 203, ayat 165 hingga 186 dan ayat 244 hingga 255 adalah ayat penawar kepada sakit-sakit gangguan yang disebabkan oleh sihir manusia melalui jin, iblis dan syaitan.

- Surah Asy Syuaraa' ayat 95 hingga 118, Surah Arrad ayat 30 hingga 34, Surah Fussilat ayat 25 hingga 44, Surah Furqaan ayat 61 hingga 77, Al-Mukminun ayat 105 hingga 118, dan ayat-ayat di dalam Surah Taha, A'raaf, Hud, Surah Al-Hasyr, Surah Al-Ghaasyiyah dan Surah Asy Syura sungguh berkesan dibaca untuk mengeluarkan jin, benda-benda halus atau racun-racun perbuatan ilmu sihir atau santau dari badan manusia.

- Surah Muhammad ayat 21 hingga 32 dan Surah Taha ayat 120 hingga 135 adalah ayat "penyejuk" iaitu penawar kepada orang yang panas baran dan untuk mententeramkan jiwa, fikiran dan hati. Sekiranya hati rasa resah dan gelisah atau "moody" tanpa sebab, dengan mengamalkan ayat-ayat ini dapat mententeramkan jiwa dan hati

GANGGUAN SAKA- Gangguan saka adalah gangguan jin atau benda-benda halus yang datang daripada keturunan keluarga. Ramai pesakit-pesakit yang mengalami gangguan saka tidak mengetahui ada nya jin dalam badan mereka yang mereka miliki melalui keturunan keluarga.

Sekiranya ada ahli keluarga terdahulu seperti ayah atau emak, nenek atau datok yang menuntut ilmu-ilmu silat atau ilmu-ilmu batin yang berasaskan jin, bila mereka meninggal dunia dan mereka tidak sempat membuang ilmu-ilmu tersebut atau memerdekakan jin-jin mereka, besar kemungkinan jin jin ini akan mendampingi waris-waris dalam keluarga tersebut. Bukan semua dalam keluarga itu akan didampingi oleh jin-jin saka ini. Selalunya anak anak lelaki dalam keluarga atau anak perempuan yang lemah semangat.

Ramai pesakit yang membawa ke klinik saya bayi-bayi yang baru lahir yang menangis dan meragam, dan selalunya bayi-bayi ini diganggu oleh jin-jin saka dari keturunan mak dan ayah bayi tersebut. Selepas saya mengeluarkan jin-jin saka dari dalam bayi-bayi ini, selalunya mereka akan pulih dan akan kembali normal.

Ada beberapa kes anak-anak yang tidak mahu pergi sekolah tanpa sebab yang munasabah. Mereka memang tidak mahu dan takut untuk ke sekolah. Dalam kes macam ini selalu anak-anak ini ada jin-jin saka dalam badan mereka dan jin-jin saka ini mempengaruhi minda dan hati anak-anak ini supaya tidak mahu ke sekolah. Mengapa mereka mempengaruhi anak ini ialah kerana di sekolah anak ini ada terdapat benda-benda halus di mana jin-jin dalam badan anak ini mungkin tidak selasa atau takut untuk memasuki ke kawasan sekolah. Mungkin perkara yang saya nyatakan ini tidak masuk akal tapi ia kerap kali berlaku. Setelah saya mengeluarkan jin-jin saka dari anak anak ini, mereka tidak ada masalah untuk ke sekolah selepas itu.

PENYAKIT GANGGUAN MAKHLUK HALUS- Penyakit-penyakit gangguan selalunya disebabkan oleh kemasukan jin, syaitan atau iblis ke dalam tubuh badan manusia. Apabila jin memasuki ke dalam badan manusa, ia selalu nya berada di dalam otak dan di tulang belakang (spinal cord) berdekatan dengan urat saraf kita. Melalui otak dan urat saraf, jin akan dapat mempengaruhi pemikiran dan emosi pesakit itu. Sebab itu kalau seseorang itu ada sakit ganguan sihir atau ganguan jin, fikiran dan emosinya mereka terganggu, dan kadang-kadang “anxiety level” mereka sangat tinggi. Selalunya mereka rasa sakit di bahagian pinggang, tengkuk, bahu dan sendi-sendi. Bila fikiran mereka terganggu, ia akan mengakibatkan seseorang itu mendapat sakit tekanan jiwa atau “depression”.

Apabila seseorang itu telah dimasuki jin atau makhluk halus, ia perlu terlebih dahulu dikeluarkan atau dimusnahkan (dengan izin Allah SWT). Keupayaan mengeluarkan atau memusnahkan jin, makhlus halus, racun sihir dan santau ini perlu dipelajari dan ia suatu keupayaan yang diberikan oleh Allah SWT. Apabila makhluk halus itu telah dikeluarkan atau dimusnahkan, ia disusuli dengan doa oleh pesakit dan amalan bacaan ayat-ayat Al-Quran seperti ayat-ayat dari Surah Al-Baqarah, Surah Asy Syu'araa, Surah Arrad, Surah Taha, Surah Fussilat, dll.

GANGUAN SIHIR– Ada banyak jenis ganguan sihir. Sebagai contoh - ilmu hitam ialah sihir yang boleh melemahkan tenaga batin seseorang. Ramai pesangan suami isteri yang dikenakan sihir atas tujuan untuk meruntuhkan rumah-tangga mereka. Ramai ahli sihir menggunakan jin untuk mengawal pemikiran dan nafsu syahwat seseorang. Di sini jin itu akan merosakkan urat saraf di tulang belakang seseorang itu melemahkan tenaga batinnya dan juga mempengaruhi pemikiran dan emosi suami dan isteri supaya mereka tidak sehaluan. Santau adalah sejenis racun sihir dan boleh dimasokkan ke dalam badan sesaorang itu melalui jin atau melalui makanan.

Santau adalah sejenis sihir yang sangat popular dalam masyarakat Melayu, India dan Cina. Terdapat bermacam jenis santau dari perbagai bahan semula jadi seperti racun santau dari racun akar-akar kayu, buluh nyilu, racun binatang seperti ular, cengkerik, lipan, dll. atau dari bahan kaca, pasir dan besi. Terkini yang saya dapati ialah santau yang diperbuat dari bangkai binatang dan tuala wanita yang telah dipakai. Perubatan mengeluarkan racun santau ini dilakukan melalui batin dan dengan membaca ayat-ayat Al-Quran yang tertentu.

Sihir yang sangat popular di kalangan masyarakat melayu adalah ilmu pengasih dan ilmu pemisah. Ilmu pengasih apabila ada orang yang ingin mempengaruhi emosi dan perasaan sesaorang dengan menggunakan jin dan sihir. Ilmu pemisah pula apabila ada orang ketiga yang ingin memisahkan pasangan suami isteri untuk mengawini suami atau isteri pasangan tersebut.

MEMBUAT KAJIAN- Saya memang berharap agar ada pelajar-pelajar atau tenaga pengajar pusat pengajian tinggi dapat membuat research tentang Perubatan Syifa' Al-Hidayah ini sebab banyak lagi rahsia-rahsia di dalam Al-Quran yang saya sendiri belum dapat mendalami dan memahaminya. Hakikatnya, ramai kalangan umat Islam yang sakit telah sembuh dengan mengamalkan ayat-ayat Al-Quran (dengan keizinan Allah SWT), ini adalah bukti bahawa Al-Quran adalah penawar kepada segala penyakit kepada orang yang yakin dengannya dan dengan keizinan Allah SWT.

KEYAKINAN DAN USAHA SERTA DOA- Saya telah mempraktikkan Perubatan Syifa' Al-Hidayah atau (Koranic Medicine)ini sudah lebih daripada 9 tahun. Hakikatnya, dengan keizinan Allah (SWT) ramai kalangan pesakit yang telah sembuh dengan mengamalkan ayat-ayat Al-Quran yang diberikan. Pokoknya, kita perlu yakin sepenuhnya dengan mukjizat ayat-ayat Al-Quran ini dan berusaha membaca ayat-ayat Al-Quran dan berdoa kepada Allah (SWT) untuk sembuh dari penyakit yang dihadapi.

INTERNET WEBSITE- Saya berharap melalui website ini, ilmu Allah (SWT) ini dapat di perkembangkan. Al-Quran ini adalah dari Allah (SWT) dan perubatan ini adalah dari Allah (SWT), jadi tidak ada rahsia didalam perubatan ini. Tujuan saya mengadakan website ini adalah untuk berkongsi bersama pengetahuan perubatan ini dan seterusnya untuk menyebarkan perubatan ini kepada sesiapa yang yakin akan hikmah ayat-ayat Al-Quran. Kebanyakkan ayat-ayat yang digunakan untuk perubatan ada di dalam website ini. Dengan adanya website ini, ia juga dapat membantu orang ramai atau pesakit-pesakit yang kurang fasih membaca ayat-ayat Al-Quran. Dalam website ini, setiap ayat yang dipamirkan terdapat kemudahan “audio” untuk pesakit-pesakit mendengar dan menyemak semula bacaaan Al-Quran yang diamalkan. Selain dari itu, setiap ayat disertakan dengan terjemahannya supaya mudah orang ramai dan pesakit-pesakit memahami maksud ayat-ayat tersebut.

SUMBANGAN DAN DERMA- Disini juga saya ingin memberitahu bahawa Perubatan Syifa’ Al-Hidayah ini tidak menetapkan pembayaran atau dalam istilah melayu “pengeras”. Tetapi sekiranya pesakit ingin menderma setelah mendapat rawatan, saya ada menyediakan dua tabung khas untuk pesakit dan penderma. Satu tabung untuk cadangan pembinaan asrama atau pusat anak-anak yatim dan satu lagi tabung kebajikan untuk kegunaan pembinaan masjid, korban, dan amalan yang lain.

PEMBINAAN PUSAT ANAK YATIM, SURAU & PUSAT RAWATAN- Dengan keberkatan dan rahmat dari Allah SWT, hasil dari wang kutipan dan dermawan dari pesakit-pesakit selama beberapa tahun yang lepas, saya (dengan keizinan Allah) telah membeli sebidang tanah seluas 1.8 ekar di Janda Baik, Bentung, Pahang. Di atas tapak tanah ini saya bercadang untuk mendirikan asrama atau pusat anak-anak yatim, surau dan kemungkinan sebuah pusat rawatan atau hospital yang berasaskan perubatan Syifa' Al-Hidayah.

Selain dari ini, wang derma ini juga disalurkan kepada 30 orang anak-anak yatim setiap bulan sebagai wang saku bulanan dan pembelanjaan persekolahan mereka. Sekiranya ada hamba-hamba Allah atau mana-mana pihak yang ingin menyumbang kepada pembinaan pusat anak yatim atau menderma kapada anak-anak yatim yang tersebut diatas, bolehlah berbuat demikian melalui akaun Bank Simpanan Nasional, Al-Wadiah nombor akaun : 1010041000017318.

Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang telah memberi kerjasama, idea, masa dan tenaga untuk bersama-sama membina website ini terutama Encik Shahrul Mohd Saleh dan Encik Nik Nashron bin Abdul Aziz. Mereka telah banyak meluangkan masa dalam pembinaan website dan saya amat menghargai kesabaran dan ketekunan anda semua. Syukur ke hadrat Allah kerana memberi keupayaan dan keyakinan diri kita bersama, membolehkan website ini sempurna dilaksanakan.

Tidak lupa saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat karib saya yang telah bersama-sama menyebarkan Perubatan Syifa’ Al-Hidayah ini dan membantu secara sukarela didalam mencurahkan tenaga dan masa setiap kali saya melakukan rawatan di luar kawasan Kuala Lumpur seperti di Kuala Terengganu, Makkah dan Madinah. Setiap bulan saya akan pergi ke Kuala Terengganu untuk berubat di sana, khusus nya di Kuala Ibai, di kediaman Cikgu Syed Othman dan Cikgu Sharifah.

Kepada sahabat saya Sheikh Fareed Al-Maimani dan keluarga nya, terima kasih tidak terhingga kerana dengan pertolongan beliau, Perubatan Syifa' Al-Hidayah telah bertapak di Madinah Al-Munawarrah.

Saya amat menghargai jasa-jasa dan sokongan anda semua dan semoga Allah (SWT) memberi ganjaran kebahagiaan di dunia dan akhirat di atas pertolongan yang diberi oleh anda semua. Mereka adalah:

1. Cikgu Syed Othman dan Cikgu Sharifah serta sekeluarga dari Kuala Ibai, Kuala Terengganu.
2. Kamal Azam Ibrahim dari Kerteh.
3. Ustadz Hj. Mohd Shukri bn Ali dan sekeluarga dari Kuala Terengganu.
4. Encik Mohammad Azmi bin Zain dan isteri Dr. Wan Balqis dari Arau, Perlis.
5. Sheikh Fareed Al-Maimani dan sekeluarga dari Madinah.
6. Cikgu Din Ibrahim, Ustadz Hashim Ahmad dan Encik Mustafa dari Langkawi.
7. Adik angkat saya - Mohd Ashraf Muslim yang banyak membantu dan memahami saya dalam perubatan ini.

Kepada isteri saya Norma Muhammad dan putera puteri saya - Noor Alia, Noor Dayana, Adi Ikmal, Dani Aizat dan yang kecil dan manja sekali Dhiya Aiman, yang telah banyak berkorban, memberi sokongan dan memahami saya, mudah-mudahan apa yang kita sekeluarga lakukan ini memberi manafaat dan diperkira sebagai ibadah jua yang diberi ganjaran oleh Allah (SWT).

Akhir sekali, saya bersyukur kepada Allah (SWT) kerana dengan keizinan dan rahmat nya, Pusat Perubatan saya di Villa Bestari, Sungai Pusu, Gombak, telah siap dibina dan beroperasi sejak 18 September 2006 yang lalu. Ini adalah rahmat dan pemberian Allah (SAW) kepada saya dan juga kepada semua pesakit pesakit yang telah bersama-sama berdoa untuk mendirikan dan merealisasikan impian saya untuk mendirikan Pusat Perubatan Syifa' Al-Hidayah. Dengan adanya Pusat Perubatan ini, agar dapat memberi kemudahan perubatan yang lebih selesa dan lengkap kepada semua pesakit-pesakit. Terima kasih Ya Allah Ya Tuhan atas pemberian Mu ini.

Ingin saya memberitahu bahawa Perubatan Syifa' Al-Hidayah ini telah pun didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan nombor pendaftaran 00163401-P pada 28 Ogos 2006.

Setelah terdirinya Pusat Perubatan Syifa' Al-Hidayah di Sg. Pusu ini, fokus saya sekarang ialah membina pusat anak-anak yatim di Kampong Ceringgin, di Janda Baik, Bentung, Pahang. Tanah seluas 4 ekar di Janda Baik ini dimana 2 ekar yang dibeli hasil kutipan dermawan dari pesakit-pesakit dan orang ramai and 2 ekar lagi diwakafkan oleh seorang hamba Allah. Pembinaan rumah anak yatim ini akan memerlukan banyak bantuan dari segi tenaga, idea dan dermawan. Sesiapa yang ingin menyumbang dermawan atau sumbangan tenaga, bolehlah datang berjumpa saya untuk membincang sumbangan yang sedia diberi. Anggaplah ini sebagai projek istimewa untuk Allah dan kebaikan anak-anak yatim.

Di samping itu, saya dan jiran-jiran saya sedang mengusahakan pembinaan sebuah surau di kawasan kediaman kami Villa Bestari, Gombak. Kos pembinaan surau ini diramalkan sebanyak RM450,000. Ia terletak di kawasan Villa Bestari dan tanah tapak pembinaan yang luasnya 10,000 kaki pesegi telah di sediakan oleh pemaju kawasan ini. Setakat ini hasil kutipan derma dari pesakit-pesakit yang datang ke klinik saya dan kutipan dari orang ramai, kami telah dapat mengumpulkan sebanyak RM341,000. Sekiranya ada penderma yang ingin menderma, sila kredit kan sumbangan kepada akaun Bank Muamalat, no. akaun 1401-0033145-72-1 dan akaun ini adalah di atas nama saya.

Ya Allah, Ya Tuhanku, KemuliaanMu lebih daripada mencukupi untuk memenuhi pelbagai ratapan. KeagunganMu dan ihsanMu lebih daripada memadai untuk mengampunkan dosa-dosa. Sempurnakanlah dakapan hidayahMu ya Allah. Berikan lah kami kesejahteraan, kekayaan, pemeliharaan dan kasih saying Mu Ya Allah. Anugerahkanlah daku Ya Allah, Ya Tuhanku, kedua ibu bapa, keluargaku, sahabat-sahabatku dengan rahmat dan keberkatan, keampunan, kebahagiaan dunia dan akhirat.

Sekian. Wabillahi Taufiq Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Hj. Lokman Abdul Hamid
1, Jalan Bestari Indah,
Villa Bestari, Sg. Pusu,
Gombak
Tel: 019 315 9377

12 November 2008


Di ambil dari web site http://www.syifa-alhidayah.com/


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

16 comments:

MariaFaizal said...

It's really uplifting (to my spirit) when i read this.And,thank you so much for sharing these wonderful infos.

Hopefully we won't lose hopes when Allah swt decides to test us with some hurdles.InsyaAllah...

Dj Epoi said...

Naddiea

Ilmu yang Gua dapat hari ini akan Gua sebarkan lagi pada semua kekawan kita.....

Terima Kasih banyak2 dan saya akan mencilok ENTRY ini untuk saya jadikan ENTRY buat kawan2 saya yang lain....

Mohon dicilok yer?

Terlalu bermakna dan menyentuh hati untuk ENTRY ini....

Terima Kasih SAHABAT....

ENTRY nih PADAT & BERGUNA buat semua!!

Naddiea said...

kak maria,
kawan nadia dh pergi berubat kat sini n she really recommend me to go there as my eldest sister also suffering cancer...insyaallah with ALLAH blessing plus we need to tawakkal for all the "gifts" given by ALLAH to us.

Bro,
amik la entry ni..permohonan di LULUSKAN...

sama2 kita tawakkal dan berdoa yaa..

SYAbAR said...

terima kasih nadd kerana info yang amat berguna ini...

Naddiea said...

kak syabar....no big deal la kak.sharing is caring..

@}--niEra-- said...

sy pernah tgk diorg nih berubat..alhamdulillah..berjaya

Naddiea said...

ye ke nira??insyaallah kalo x de aral nk jugak cuba bawak sis yang sakit.

armouris said...

info tentang learning disability kat sini - Learning Disability

DeanaLutfee's said...

Salam..adakah caranya untuk mengembalikan sesorang yang mengaku dia adalah "bisexual"-iaitu menyukai perempuan dan lelaki dalam satu masa?minta tolong sharekan ayat Al-Quran yang dapat menyembuhkan dia sebab saya mahukan dia kembali menjadi lelaki normal.Terima kasih atas bantuan.

Naddiea said...

Salam...

Adik Deanna, akak x tau ayat yang sesuai nk bg kat adik ni sebab akak cuma share info disini.apa kata adik cuba jumpa mana2 ustaz yg tersohor kalau boleh utk dapatkan pendapat.sbb kita x nak dpt ilmu yang salah dr orang yg salah..akak sangat simpati dgn deanna sbb kalau akak di tempat adik ni mmg rasa mcm langit runtuh atas kepala.tp jangan risau ye dik,kalau akak dpt info2 berguna yg boleh membantu nanti akak bgtau yer..take care..

mashi said...

saya sakit multiple sklerosis - sakit saraf pelbagai.dah 7 tahun sy hidapi.dari umur 2o tahun.dari saya memapah berjalan sehingga kini saya berkerusi roda.untuk duduk lama saya rasa sakit.nak berdiri bngun saya tak kuat.rs sakit 24 jam.saya pernah hantar email pada perubatan syifa' al hidayah tp x diberi respon.saya duduk di kulaijaya johor.nk pergi ke kl satu kesakitan untk saya.ada alternatif lain?tmpt perubata syifa' yg ada di kwasan johor?

mamaruzi said...

salam.my first time in this blog..mama derita sakit seluruh badan..dari hujung rambut sampai hujung kaki.bisa hingga tak bole nak chakap.da puas jumpa doktor.berdenyut2 jari kaki dan tangan bila waktu malam....seiapa yg sudi tolong mama..please....:(

Naddiea said...

Salam...

mamaruzi,salam perkenalan...terima kasih sebab singgah ke blog saya..saya simpati dengan keadaan mamaruzi.Apa yg saya boleh tolong pun cum bagiu info saja.Cuba mamaruzi pergi ke tempat2 yg saya bagi kat bawah ni..
Rawatan di TELUK EMAS, MELAKA

Alamat tempat rawatan di rumah Encik Muslim (Pak Lim) di Melaka - 52, Jalan Seri Emas 17, Taman Seri Telok Mas, 75460 Pernu, Melaka. Contact talipon number Pak Lim di Melaka ialah 019 286 0970 atau sms kepada 019 315 9377. Kalau dari Bandar Melaka menuju ke Umbai, bila tiba di traffic light depan Sekolah Henry Gurney, belok ke kiri masok ke Jalan Telok Mas. Rumah En. Muslim terletak di sebelah kanan, rumah teres 2 tingkat. Bila jumpa junction kanan yang pertama, belok kanan dan terus ke kanan lagi ialah Jalan Seri Emas 17.

Nombor giliran untuk rawatan di Teluk Mas, Melaka adalah terhad. Sesiapa yang hendak membuat temujanji, boleh menalifon atau sms kepada Pak Lim melalui talian diatas.

Cawangan yang terbaru - SINGAPURA

Masa rawatan dari jam 9 pagi hingga malam. Alamat tempat rawatan di kediaman Tuan Hj. Majeed, Block 166 Woodlands Street 13 #01-531 tel no. +6591324345. Sila talipon Tuan Hj. Majeed untuk membuat temujanji dan menempah nombor giliran.


Sebenarnye rawatan kat tempat2 ni ada tarikh2 dia.tp saya x pasti.Mamaruzi boleh call no2 ni akan tanya ok..saya harap mamaruzi akan sembuh seperti insan lain..insyaallah..take care!!!

mamaruzi said...

assalamualaikum naddiea,thks 4 d info..mama akan usahakan berhubung dgn mereka yg berkenaan....mama harap kamu jugak muga sehat ya bersama keluarga yg di sayang dan di cintai.....walaupon sakit...mama tak pernah mengeluh resah geliash...doa dan usaha itu mama lakukan.....keep in touch ya..ALLAH ebrsama kamu..salam kenal dan salam sayang dari mama ruzi

Dr Wan said...

Fitrah Healthcare Centre merupakan sebuah pusat rawatan alternatif yang menawarkan pelbagai jenis kaedah rawatan dan terapi dibawah satu bumbung.Antaranya ialah perubatan Islam , perubatan holistik tenaga gelombang, remedy homeopathy,naturopathy ,herba, rawatan terapi luka dr maggot, terapi minda Islamic brainwave,terapi blood purification dan banyak lagi.

Antara penyakit kronik yang boleh dirawat di sini ialah kanser (semua jenis),HIV/AIDS, kencing manis,darah tinggi,strok,leukemia,asma,sawan,migraine,gout,tum or,anemia,HINI,ekzema, hepatitis, psoriasis, resdung, jaundice,SLE, denggi,talasemia, batuk kering,sakit puan, sakit tuan (ED).
Masalah lain seperti kegagalan buah pinggang, jantung, perut, hati, kulit, sendi, saraf, hormone,pengaliran darah,kolestrol tinggi,penyakit keturunan,kesuburan,meningitis ,radang paru-paru, otak mengecut,selebral palsy,hilang pendengaran,pertuturan,deria bau, rasa,sopak,kayap,dan lain-lain.

Penyakit spiritual seperti gangguan saka,makhluk halus,santau, sihir gangguan mental, skizofrenia,Parkinson,alzhemier,insomnia,dyslexia, autism,lemah IQ,kemurungan,bipolar,hyperaktif, OKU dan banyak lagi.

Alamat pusat rawatan di No 7 Jalan SG 3/1 Pusat Bandar Sri Gombak,Taman Sri Gombak 68100 Batu Caves Selangor. Sebarang pertanyaan untuk temujanji sila hubungi Dr Wan 0196676236.

Naddiea said...

Dr Wan,tq for the info..inshaAllah akan berkunjung ke sana jika memerlukan.:)