Raya 2009 @ Batu Gajah,Perak

Tahun ni kami beraya di Batu Gajah mengikut sistem giliran.Tahun ni raya tak baper meriah sebab keadaan Tok ( abah) yang sakit baru keluar hospital,kehilangan arwah Mak Yang seminggu sebelum raya dan pada raya ke-2,Mak We pulak kembali ke rahmatullah...

Semoga roh mereka di cucuri rahmat...dan semoga Abah ( tok kepada Hayyan Harraz) akan kembali pulih dan sihat walafiat.Ameen....



Gambar raya satu keluarga tetap diambil walaupun abah x sihat.Abah cuma mampu baring dan sekali sekala duduk atas wheel chair untuk menghilangkan bosan.Kadang2 abah akan duduk makan bersama2 di meja makan.Tapi x boleh selalu sebab abah ada kencing manis yang teruk takut nanti teringin nk makan apa yang orang lain makan.So abah akan makan sorang2 kat katil.Kesian abah...

Ohh dalam pic ni gambar Hayyan x ada sebab dia yang tukang ambik gambar.hihi..


Mak ( Opah Hayyan Harraz) kelihatan penat n lesu.Kesian mak runsing memikirkan abah yang sakit.Mak cume mampu masak rendang je.Benda2 lain mama n maksu idah je yang buatkan.Alhamdulillah raya tetap rasa raya cuma kurang meriah.Kami pun x berjalan ke mana sangat sbb risau meninggalkan mak n abah sorang2 di rumah.

Dua minggu lagi akan balik ke Batu Gajah lagi.insyaallah...semoga balik nanti abah dh semakin kuat n sihat.Sedih tengok abah beraya atas katil.Nasib baik cucu2 Hayyan Harraz rajin melayan Tok yang terbaring lesu atas katil.

Hayyan siap interview Tok tanya doktor cakap apa pasal kaki Tok etc.Macam Inspektor Sahab bertanya orang salah pun ada.hihi...Adik Harraz macam biasa cakap German dengan Tok.Seakan2 bertanya kabar.Dan Tok pun melayan dengan senyum.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Hari Raya...Maaf Zahir Batin!

Dengan ini kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya... Maaf Zahir & Batin kepada kawan2 samada kenalan alam maya dan juga kawan2 yang mmg kami kenal.Tidak lupa juga keluarga sedara mara yang membaca blog ini.

Mohon di maafkan segala salah silap yang tidak sengaja di lakukan.Pengunaan bahasa yang mungkin mengusik hati semua.Saya hanya insan biasa yang kadang2 emosi tidak bertempat.

Dengan ini juga blog ini akan bercuti raya selama 12 hari.Blog akan kembali aktif bermula 28hb nanti.Insyaallah...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sape punye kerje ni??


Ini adalah hasil kerja Muhammad Qayyim Harraz hujung minggu baru2 ni.Habis pecah pasu bunga Opah.Si kecik ni dh lama aim pasu Opah dia ni.Dah baper kali dok berulang alik ke tepi tv untuk usha2 pasu tu.Mama pantang nampak dia dekat dengan pasu tu mesti mama "Heppppp" dia awal2 lagi.Harraz pun bila mama dah sound cepat2 pergi tempat lain.tapi x lama pun.lepas tu dia akan pusing kat area tu balik.

Malangnya masa petang Sabtu lepas,Harraz dengan selamba tarik bunga sekuntum,lepas tu terus aje pasu tu senget dan jatuh.FYI,pasu tu adalah pasu yang ringan walaupun nampak berat.

Mama pulak sempat jerit jangan tp x sempat nk tarik tangan dia daripada tarik bunga tu.Sudahnya umah Opah dh kurang berseri sebab pasu tu dah x ada pair lagi dh.Pasu ni jadi pengapit tv di umah Opah.Masa kejadian Opah n Abi x ada di rumah sbb pergi tgk Tok kat hospital.FYI,Tok masuk spital sbb demam n kencing manis.Kami x ikut sbb budak2 x leh pergi melawat kat spital.Maklum aja skrg musim H1N1 n mmg x bagus pun budak2 pergi spital yg mmg sangat banyak kuman2 etc.

Mama cepat call Abi bgtau apa yg dh jadi n mintak abi inform Opah awal2 supaya Opah x terkejut bila balik umah nanti.hehehe...nasib baik Opah sangat memahami cucu dia yang sorang ni adalah sangat lasak n x reti duduk diam.Opah kata " takpe la..pasu tu pun dh lama,bunga2 pun x berganti"..huhuh..serba salah pulak mama sbb anak mama yg bagi pecah.

Takpela nanti suruh la Abi ganti yang baru.Okay Abi sila take note yaa...




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Panjat meja makan je kejenyer.

Video ni di ambil masa balik Kuala Terengganu baru2 ni.Macam biasa Harraz memang suka panjat meja makan dan lepas tu Harraz godek apa saja yang ada atas meja.Mama terpaksa terbalikkan kerusi makan supaya dia x dapat panjat meja.Tapi budak kecik ni akal dia sangat banyak ,dia akan pusingkan kerusi dengan susah payah semata2 nk panjat meja.

Sepanjang bulan puasa ni dia akan sama2 menyibuk di meja makan.naik atas kerusi pastu duduk bersila atas meja.hihih...mmg geram tgk akal si kecik ni.Kalo duduk dlm high chair x lama pun sebab mesti nk duduk atas meja jugak.

So layankan aje video Harraz ni.Tp awas!!kepala anda akan teleng sekejap sbb video ni dimainkan secara senget.


video


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Balik kampung..ooo..balik kampung..oooo

Jumaat lepas balik Kuala Terengganu.Sengaja balik sana masa puasa sebab tahun ni beraya di Batu Gajah dulu.So nk hilangkan rindu berbuka di sana kami sekeluarga pun balik trg sempena merdeka cuti hari isnin.

Pics kat bawah ni semua masa perjalanan balik.Budak2 kecik semua dh boring sbb perjalanan jauh.Si kecik Harraz sekejap ke depan sekejap ke belakang.Adeeeh penat melayan si Harraz ni.

Hayyan da storyteller...tah apa dia merapu pun tak tau.

Sampai terpejam2 mata bercerita dengan abi dia.

Harraz yang sedang cuba meloloskan diri sebab nk ke depan menyibuk dengan abang Hayyan.

Muka pasrah jek.Baru lepas muntah dengan jayanya atas baju mama.Mama terpaksa tukar baju from head to toe.Ohh melebih2 di situ.Kasut x tukar pun.hihi..

Muka comot berlemoih.Sengaja mama bagi pakai baju biasa sebab takut muntah lagi dalam kereta.Emm sian anak mama...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS