Raya 2009 @ Batu Gajah,Perak

Tahun ni kami beraya di Batu Gajah mengikut sistem giliran.Tahun ni raya tak baper meriah sebab keadaan Tok ( abah) yang sakit baru keluar hospital,kehilangan arwah Mak Yang seminggu sebelum raya dan pada raya ke-2,Mak We pulak kembali ke rahmatullah...

Semoga roh mereka di cucuri rahmat...dan semoga Abah ( tok kepada Hayyan Harraz) akan kembali pulih dan sihat walafiat.Ameen....



Gambar raya satu keluarga tetap diambil walaupun abah x sihat.Abah cuma mampu baring dan sekali sekala duduk atas wheel chair untuk menghilangkan bosan.Kadang2 abah akan duduk makan bersama2 di meja makan.Tapi x boleh selalu sebab abah ada kencing manis yang teruk takut nanti teringin nk makan apa yang orang lain makan.So abah akan makan sorang2 kat katil.Kesian abah...

Ohh dalam pic ni gambar Hayyan x ada sebab dia yang tukang ambik gambar.hihi..


Mak ( Opah Hayyan Harraz) kelihatan penat n lesu.Kesian mak runsing memikirkan abah yang sakit.Mak cume mampu masak rendang je.Benda2 lain mama n maksu idah je yang buatkan.Alhamdulillah raya tetap rasa raya cuma kurang meriah.Kami pun x berjalan ke mana sangat sbb risau meninggalkan mak n abah sorang2 di rumah.

Dua minggu lagi akan balik ke Batu Gajah lagi.insyaallah...semoga balik nanti abah dh semakin kuat n sihat.Sedih tengok abah beraya atas katil.Nasib baik cucu2 Hayyan Harraz rajin melayan Tok yang terbaring lesu atas katil.

Hayyan siap interview Tok tanya doktor cakap apa pasal kaki Tok etc.Macam Inspektor Sahab bertanya orang salah pun ada.hihi...Adik Harraz macam biasa cakap German dengan Tok.Seakan2 bertanya kabar.Dan Tok pun melayan dengan senyum.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

8 comments:

DrSam said...

Semoga Arwah Mak Yang dan Mak We dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama al-solehin.

Wah...tema baju kita pun sama. Ramai juga tahun ni idea yang sama. boleh buat album besar ni.

Semoga Tok cepat sembuh.

Naddiea said...

Doc,tq for the doa..ameen.

Ye la doc,x sangka ramai jugak yg berpurple2 lan taun ni.Anyway,doc kesihatan macamana??kene buat follow up la lepas ni ekk.

lily azliyana @ mama zara said...

Besar jugak dugaan akak sekeluarga yerk. apepon, harap abah akak cpt smbuh..sape yg tak ssh hati tgk org tua sakit kan..

hee..tema purple mmg cntikla..=D

aiyine said...

siannye ayah abg apai. btw, gmbr family cantik. tp over edited sket. mama hayyan & harraz bertambah sihat. tahniah.=p

Naddiea said...

lily,mmg berat memandang tp mak mertua akak lagi berat menangung.makan pun x baper nak lalu dah akak tgk.sibuk uruskan suami yang sakit.harap2 FIL akak akan cepat sembuh.

maksu aiyine,gambar mmg over edited sket.terlebih teruja la katakan.anyway,ucapan maksu aiyine itew sungguh menusuk kalbu.mmg mama H&H sihat walafiat yerh.ameen...

DarulAman HighSchool said...

Salam....

Mak Cik Nadiea
Anda sekeluarga dengan secara rasminya....WAJIB datang wahai sahabat.....

Register nama k..
Takut Gua terlupa plak...

Kang tak pasai2 Gua jamu kacang Kuda jew ....kah!!

DarulAman HighSchool said...

Frmom Dj Epoi

Walaweiiiiiiiiii...

Heheheh sorry....terguna ID sekolah Gua pulak......kah!

Naddiea said...

Bro Epoi,insyaallah kalo x de aral nk gak sampai umah bro.kalo ada kayu terlintang tengah jalan pun akan cuba di alihkan.ewaaah!!hahhaha..apa2 pun nanti makcik kene diskas ngan pakcik dulu yerh..