My 100th entry - Untuk Bro Dj Epoi...

Mama dapat artikel ni lepas mencari2 info penyakit jantung berlubang dari Internet.Semoga Bro Epoi dan Isteri akan tabah menghadapi dugaan ini.Insyaallah baby Afiq akan sembuh seperti sediakala.Amin...
Mungkin Bro Epoi dh di terangkan prosedur ini dari doktor.Tapi ini juga untuk pengetahuan kita2 juga.Mungkin hari ni hari Bro Epoi,esok2 kita tak tau..Insyaallah akan di cari lagi info2 pasal penyakit ni dan akan di panjangkan kepada Bro Epoi.


RAWATAN JANTUNG BERLUBANG TANPA PEMBEDAHAN

Kini satu kaedah yang canggih telah diperkenalkan bagi merawat pesakit jantung berlubang terutamanya di kalangan kanak-kanak.

Kaedah yang dikenali sebagai transcatheter technique atau rawatan secara transkateter (tiub) adalah rawatan jantung berlubang tanpa perlu melakukan pembedahan. Institut Jantung Negara (IJN) telah mempraktikkan kaedah ini sejak tahun 1997 lagi dan sehingga kini lebih 230 kes telah berjaya dirawat.

Dr. Haifa Abdul Latif, Pakar Kardiologi Pediatrik, IJN berkata, kaedah ini dijalankan ke atas pesakit jantung berlubang dengan menggunakan tiub kecil yang dipanggil kateter.

"Pemeriksaan bunyi atau gema (echocardiogram) akan dilakukan terlebih dahulu pada kanak-kanak yang dikenal pasti menghidap jantung berlubang. Ini untuk menentukan saiz dan lokasi lubang serta memastikan adakah ianya sesuai untuk rawatan kaedah transkateter," kata beliau.

Dua jenis penyakit jantung berlubang yang boleh ditutup dengan kaedah ini ialah Secundum Atrial Septal Defect (ASD) dan Muscular Ventricular Deptal Defect (VSD).

ASD adalah lubang terbentuk apabila septum iaitu dinding yang memisahkan ruang jantung memisahkan kedua-dua atrium. Dua atrium tersebut ialah atrium kiri dan atrium kanan dan ia adalah ruang atas yang tidak terbentuk dengan sempurna ketika proses pembentukan janin.

Kesannya darah akan mengalir melalui lubang ini secara berlebihan hingga ke paru-paru dan ianya boleh membebankan kerja jantung.

"Selain itu, penyakit jantung kedua ialah lubang septum ventrikal (VSD), lubang pada septum ventrikal terjadi apabila terdapat bukaan yang besar di antara dinding yang memisahkan kedua-dua ventrikal (ruang bawah).

"Dalam hal ini, aliran darah dari kiri jantung akan mengalir semula dengan banyak ke bahagian kanan. Jadi ia akan membenarkan darah berlebihan mengalir ke paru-paru seterusnya memberi kesan ke atas beban kerja jantung," tambah beliau lagi.

Sebenarnya jantung berlubang adalah satu kecacatan kongenital. Ia adalah satu kelainan pada struktur jantung atau saluran darah berhampiran jantung yang tidak terbentuk dengan sempurna sebelum dilahirkan.

"Kebanyakan punca sebenar penyakit ini tidak dapat diketahui. Bagaimanapun, ada sesetengah keadaan atau penyakit yang boleh menyebabkan jantung berlubang," katanya.

Ada beberapa punca penyakit jantung berlubang, antaranya seperti sindrom Down, jangkitan virus (seperti rubela kepada wanita hamil), wanita hamil yang mengambil alkohol atau mengambil dadah dan juga masalah genetik.

Menurut Dr. Haifa lagi, alat yang digunakan untuk menutup lubang ASD dipanggil Amplatzer Septal Occluder (ASO) dan untuk VSD dipanggil Amplatzer Ventricular Septal Occluder (AVSO). Alat tersebut akan dimasukkan melalui saluran darah di paha melalui kateter atau tiub yang panjang.

"Setelah lubang dikenal pasti dan saiz lubang ditentukan, alat yang sesuai akan diletakkan pada lubang berkenaan. Alat ini akan kekal di dalam jantung pesakit tersebut. Prosedur ini dilakukan dalam keadaan bius (general anaesthesia), jadi pesakit tidak merasai apa-apa kesakitan semasa rawatan ini dijalankan," jelas Dr. Haifa.

Menurut beliau lagi, rawatan AVSO dilakukan pada kanak-kanak yang berumur empat tahun ke atas. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami jantung berlubang ASD tidak mempunyai simptom atau tanda-tanda.

Mereka biasanya dikesan apabila doktor mendapati bunyi (murmur) di dada semasa menjalani rawatan untuk penyakit lain atau semasa lawatan di sekolah.

Bagaimanapun, lubang ini perlu ditutup pada peringkat kanak-kanak kerana ianya akan mendatangkan masalah pada peringkat remaja atau dewasa. Di peringkat ini (remaja atau dewasa) mereka boleh mengalami masalah sesak nafas dan arithmia (rentak jantung abnormal).

Simptom penyakit jantung berlubang VSD bergantung kepada saiz lubangnya. Kanak-kanak yang mmepunyai lubang yang besar akan mengalami sesak nafas, kerap berpeluh, peningkatan berat badan yang tidak sempurna dan kekerapan mendapat jangkitan paru-paru.

Kanak-kanak ini biasanya memerlukan rawatan pembedahan sebelum berumur dua tahun. Sementara kanak-kanak yang mempunyai lubang yang kecil atau sederhana mungkin tidak mempunyai simptom atau simptom yang sedikit sahaja.

Mereka biasanya diberi ubat untuk mengawal sesak nafas dan perlu menjalani rawatan susulan setiap tiga hingga enam bulan untuk melihat perkembangannya. Lubang yang kecil mempunyai kemungkinan lebih kurang 80 peratus untuk tutup dengan sendirinya apabila kanak-kanak membesar.

Selepas kanak-kanak tadi menjalani rawatan secara ASO, mereka akan dibenarkan pulang ke rumah sehari selepas rawatan. Mereka juga dibekalkan dengan ubat aspirin untuk tempoh enam bulan kerana fungsi ubat ini untuk mengelakkan terjadinya darah beku pada alat tersebut.

Kemudian selepas enam bulan, setelah alat itu sebati dengan jantung pesakit dan berada pada kedudukan yang tetap dan tidak ada risiko untuk pembekuan darah, pesakit hanya perlu ke hospital untuk pemeriksaan biasa sahaja.

*Ibu November 2001 ms 36 & 62*
http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/rawatan_jantung.htm

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 comments:

MariaFaizal said...

Semoga Bro DJ & Suked dapat segera mendapatkan rawatan buat baby Afiq.InsyaAllah...kita doakan Afiq cepat sembuh & sentiasa selesa & dipermudahkan utk melakukan activities normal utk babies (belajar new skills, feeding, playing etc).

Cuma bro & Sue,make sure baby tak kepenatan.

Ya Allah..bantulah hamba-hambaMu yg melalui ujian Mu ini Ya Allah.Kurniakan kecekalan & keimanan pada kami semua.Semoga cepat sembuh baby Afiq.Hanya Allah swt mengetahui rahmat besar utk dikurniakan buat Bro DJ & families.Ameen...

TiNiE said...

insya-Allah..
good artikel shepah..
mudah²an bbafiq tak payah lalu operation kan..amin

Naddiea said...
This comment has been removed by the author.
Naddiea said...

Kak Maria,

Itula harapan kita supaya baby Afiq cepat2 la sembuh.Kita cuma bole mendoakan yang terbaik untuk baby.Berat mata memandang,berat lagi bahu memikul..

Semoga derang tabah n kuat..

Amin for all your prayers..

Kak tinie,insyaallah baby afiq akan sihat.berkat doa semua kawan2 n keluarga bro dj epoi.Sama2 kita cari alternatif utk bantu bro dj epoi.

Dj Epoi said...

Mashaallah..............

Ya Tuhanku......
Ku bershukur padamu......
Mempunyai Sahabat2 begini......

Ku Juga Insan Yang Punya Hati dan Perasaan......Air Mata Gembira dikala kesedihan melanda....

Kau Lindungilah Keluarga Sahabat2 Ku

Naddie.....Gua dah tak leh nak kommen lagi..................................................................................................................

Naddiea said...

Bro,jangan la camni..sedih arrr..nadia nk tolong apa yang boleh.tak sama dengan apa yg bro n kak sue rasa.

Insyaallah...berkat doa semua Baby Afiq akan sihat semula.

take care..

Dj Epoi said...

Salam .....
Gua terjah mai sini lagi....
Kopi secawan?

Nadiea......kebetulan waktu 1st check up hari tuh!!!
Kitaworang memang dapat jumpa ngn Dr. Haifa Abdul Latif, Pakar Kardiologi Pediatrik, IJN tuh sendirik.....Bertuah betul...kitaworang..

Memang Doktor nih Hebat & Cool jer siut!!!!

Diamilikku said...

nadd..gud info..aku pun dapat kongsi ilmu sedikit sebanyak..

semoga baby afiq segera sembuh..semoga mama n abah baby afiq akan tabah...

aramis2177 said...

Shepah ,
TQ for sharing the info's!a gud one......and utk baby Afiq , sama2 laa kita doakan moga dia cepat sembuh!Amin.....

Naddiea said...

bro,good good!!nanti apa2 progress baby afiq please update ekk..

sone,harap2 seme baby2 anak2 kawan kita sihat2 belaka la yer..aku pun tumpang susah hati ni kalo anak kawan2 sakit walaupun x kenal face to face.seme org yg dh ada anak akan rasa benda yg sama.

kak farah,this is only my 10 cents effort..sama2 doa yg terbaik utk baby afiq kay..