Sepanjang dalam pantang ni kalo ikutkan mesti banyak ubat-ubatan yang sepatutnya org dalam pantang makan.Tapi bagi saya cuma makan beberapa jenis ubat jer.Buat masa ni jamu2 dan adik-beradiknya saya x makan lagi.Tapi nanti lepas pantang nk kene makan juga jamu2 ni sebenarnya..
Untuk pengetahuan terutama ibu2 mengandung yang bakal bersalin x lama lagi,saya nk share ubat2 yg saya makan.Terutamanya utk ibu2 yang bakal di c-sect nanti..
Ini adalah benda2 dan ubat2 yang saya guna sepanjang pantang yg x berapa nk pantang ni.Alhamdulillah walaupun saya x kuat berpantang tapi saya kuat makan ubat.Cakap la ubat apa yg bagus ,esok tu mesti saya beli n makan.hehe..bukan beli n simpan okeh.
Jom tengok satu persatu…( saya x kempen yer..Cuma nk share dgn kawan2 sahaja..kalo berminat boleh tanya.Tapi saya x jual sbb saya pun beli kat org lain)
1.Fruity Aloe Gamat Gel.
Saya mula makan ni selepas melahirkan Harraz 2 tahun lepas.Tapi masa tu makan x consistent.Makan separuh botol lepas tu bila rasa sihat terus stop.Last2 gamat gel ni expired mcm tu je..what a waste...huhu…
FYI,gamat gel ni tidak berbau n wangi okeh.Sbbnya gamat gel ni adalah campuran gamat,aloe vera n buah-buahan ( rasberi etc).Saya di galakkan utk minum dgn air.Saya pilih minum gamat gel ni dgn campuran air sirap.Mmg teramat la sedapnya sbb air sirap tu tetiba rasa mcm air strawberi.hehe..
Alhamdulillah utk pengalaman pantang kali ni saya bersungguh2 consume gamat gel ni dan skrg dh nak habis pun.Mana tidaknya minum hari2 ( sehari 2-3 kali).Minum gamat gel ni pun x de la aturan mcm makan ubt.Sukatan pun x de.So ikut rasa pengguna la nk satu sudu atau lebih.
Dari segi keberkesanannya mmg sgt berkesan sbb dlm masa sepuluh hari tempat jahitan dh nampak comey ( bak kata nurse desa yg dtg check kat rumah) dan saya pun mmg rasa sihat sbb perut dh x sakit.Hari ni nurse dtg lagi dan check tempat jahitan.Katanya mmg dh baik betul sbb perut bahagian jahitan dh lembut n x de merah2 bengkak etc.Suprisingly,nurse tu kata biasa dia check ibu yg c-sect sebelum ni kebanyakkan dr mereka dlm tempoh 20 hari masih x sihat dan tempat jahitan belum lagi baik betul.Ada yang perut masih keras n bengkak.Alhamdulillah saya sihat mungkin sbb makan gamat gel ni…
2.Set mengandung n bersalin Salindah.
** Gambar kotak set Salindah ni x amik sbb malas.Sesiapa nk tau lebih pasal Salindah buleh search di Google yer..**
Ini adalah salah satu daripada ubat2 yg terdapat dlm Set Salindah ni.FYI,set Salindah ni adalah ubat homeopati.Makan Salindah ni ada aturannya dan mmg kene disiplin sbb ubt2 dia ikut minggu kandungan.Mmg kene ikut sbb kalo x ikut mmg rugi sbb set ni mahal ye..bagi saya lah..Utk yang ni ubt minum.Bau dia mmg kuat sbb bau herb.Tapi sbb saya suka makan ubat so saya telankan jugak.Ubt ni utk kebaikkan rahim ibu etc..
3. Cotet Emas.
Yang ni pulak sebenarnya salah satu komponen yg terdapat dlm set bersalin Leesa Formula.Masa bersalin Hayyan dulu beli satu set tp mcm biasa akibat tidak konsisten Cotet Emas ni saya x minum bersungguh2 dan akhirnya terbuang mcm tu je.Tp skrg dh insafffff….saya mahu jaga badan saya sebaik-baiknya…
Tapi kali ni saya x beli satu set sbb dh ada set Salindah.Saya cuma beli Cotet Emas ni je sbb dr apa yg saya baca bahan2 yg terdapat dlm uncang Cotet Emas ni mmg bagus utk org dlm pantang.Isi kandungan uncang ni ialah Daun Cotet Emas,Tutup Bumi,Teja Lawang dan Limau Purut.Bau air ni yg seakan2 teh juga wangi sbb ada bau semulajadi menyerupai rasa kulit kayu manis.
Selalunya satu uncang saya akan guna sampai 3 kali.Tapi kalo nk jimat guna la sampai berapa kali pun.Tapi x payah la nk kedekut..bukan utk org lain pun tp utk diri sendiri jugak. ;P
4.Losyen Pati Halia
Losyen ni guna selepas mandi.Tujuan utama adalah utk mengempiskan perut.hehe..maklum aje saya tidak bertungku sepanjang pantang so losyen ni mmg membantulah..utk mengecutkan apa yg patut,membuang angin etc.Alhamdulillah terasa badan okay n kalo nk kata kurus tu belum lagi kot.Tapi adalah kurangnya sikit2..
5.Bengkung moden ( utk ibu2 c-sect)
** website yg jual bengkung ni ialah..www.bengkungmoden.com **
Ini adalah harta yang paling saya sayang dan sangat2 membantu masa dlm pantang ni terutama utk menguruskan badan.Bengkung ni pun dibeli 2 tahun lepas.Lepas bersalinkan Harraz dlm 7-8 bulan camtu saya terjumpa website pasal bengkung ni kat Internet.Terus beli sbb masa pantang langsung x berbengkung.Cuba utk guna bengkung yg panjang berjela tu tp x tahan sakit sbb bengkung jenis panjang kene ikat kuat2.Alhamdulillah bila saya pakai bengkung ni sakit x de dan senang utk dilipat ke atas bila nk buang air etc.Since saya dh insaf masa pantang kali ni,saya pakai bengkung ni siang malam utk memastikan keberkesanannya.hehe..tgk le nanti cemana.Kurus ke x kurus…FYI,bengkung ni buleh pakai masa pergi kerja sbb senang nk pakai n org x kan perasan yg kita tgh pakai bengkung ni.Insyaallah lepas pantang nanti saya masih nk berbengkung…