Kisah sadis di hari Jumaat lepas..
Kisah menyayat hati ni berlaku pukul 6 pagi.masa tu mama dh bangun tp dok mamai2 lagi.Tiba2 dengar bunyi berdentum.Tengok2 Harraz yg terjatuh katil.Bila mama cuba nk angkat dia tiba rasa sesuatu mcm air kat tangan.Terus mama jerit panggil abi sbb confirm air tu darah.Kelam kabut mama n abi bukak lampu n confirm kepala harraz berdarah.Tapi yang sangat heran masa tu Harraz tak menangis pun.Dalam pada kelam kabut tu mama nk letak minyak gamat tapi Harraz kata tak mau,aye nk tido sambil tutup mata.Mama masa tu dah cuak sbb takut Harraz pengsan ke apa ke.Dalam kepala mula pikir bukan2.nauzubillah.
Bila abi dh siap terus bwk Harraz masuk kereta n pergi emergency Selayang.mama kat rumah tak ikut sbb nk tunggu Hayyan dan Hasya.Hayyan terjaga masa kecoh2 adik jatuh tapi boleh sambung tido balik.sabar je lah..Sepanjang masa abi n Harraz kt hosp mama dh banjir kat rumah.Siap sms aboh n mok kat mekah ( sedang mengerjakan umrah ) untuk doakan Harraz supaya tidak apa2 n sihat.
Pukul 11 pg baru nampak muka dua beranak ni sampai rumah.Rupanya menunggu kt emergency tu punya lah lama.Tambah pulak Harraz kene jahit dekat kepala dia tu.Harraz kene 3 jahitan tp mama tgk macam lebih dr 3 kalau jahit rapat2 lah.tapi kat kepala dia jahitan tu jauh2.emm mungkin nk cepat sbb Harraz meraung dan meronta2 masa prosedur tu dibuat.Sayunya hati mama bila abi kata masa kene jahit tu Harraz dok meraung panggil mama mama...huhuuh...sedih..patutlah mama pun sayu n sedih kat rumah.
Bila balik rumah abi cerita yg Harraz doktor bagi ubat tido bagi dia mamai masa proseduer tp ubat x jalan sbb bila kepala dia kene pegang terus dia terjaga n menangis.Darah mmg banyak jgn cakaplah.Baju abi habis dengan darah yg menyembur2.Baju Harraz pun sama.rambut Harraz semua keras kejung dgn darah beku.mama lah tukang bersihkan rambut dia.Bila lap dengan kain basah baru lah nampak bersih sikit.
Harraz pulak sampai rumah dgn keadaan mamai.Mengantuk lagi rasanya.tapi bila bangun boleh plak main2 dgn Hayyan macam x de sakit apa pun.Emm mmg la anakku sorang ni Ultraman plus Ben10 plus Spiderman.hehhe...kuat orangnya ni.kalo x,takkan lah sampai 5 org pegang masa nk jahit luka.
Owh FYI,kepala Harraz luka sbb terkena tiles kat kaki dinding.Itulah dia tido orang yg lasak.Tak tido pun dh mmg lasak,masa tido pun lasak...Harraz..Harraz..