Raya raya raya!!

Raya tahun ni giliran K.terengganu.Alhamdulillah dah selamat semua perjalanan pergi dan balik tanpa sebarang masalah.Kami satu family balik hari khamis pagi.X merasa berpuasa n berbuka dgn family ganu tahun ni.Takpe la insyaallah tahun depan dpt kot merasa berpuasa kat sana.Nasib baik masa tu ramai dh balik kampung so jalan raya x sesibuk mcm yg dibayangkan.

Tahun ni raya lebih meriah dgn kehadiran baby Puteri Nuha Hasya.Tapi mama frust sket sbb Hasya x dapat pakai baju kurung sebab Hasya kecik sangat lagi.Baju2 kurung diganti dgn baju2 gaun yg meriah gitu.hehe..

Ini family pic..semua mcm x brp nk ready especially tok aboh sbb tgh cakap telefon dgn kakak yg sulung ( dia beraya kat penang).Hasil gambar mcm ni la.kalut semacam.

Kanak2 ribena yang riang gembira balik kampung..Sampai hari ni Harraz hari2 cakap,"mama,nk alik ampung.." Punya la seronok balik kampung dpt berlari2 sana sini.Sebab balik umah x dapat nk berlari2 mcm tu.hehehe...kesian dorang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Eid Mubarak to everyone..


Selamat Hari Aidilfitri untuk semua kawan2 blogger n families..

Mood nak ber"blog" x berapa nk sampai lagi sbb masih beraya walaupun dh masuk kerja.Apa2 pun nk mintak maaf kat semua kalo ada terkasar bahasa n menyinggung jiwa.Harap dimaafkan segala kekhilafan.Semoga kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan yang dirindui dan Syawal yang mulia ditahun2 seterusnya..ameen..

Akan update blog dgn cerita raya nanti..till then Selamat Berumah Terbuka,makan banyak takpa tapi berpada2...salam..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

All about Puteri Nuha Hasya..


Our dearly baby Hasya dh masuk 2 bulan lebih dah.Gambar2 Hasya penuh pen drive dah.Tapi cerita2 Hasya x sempat nk buat.Mama x de la bz sangat kalo nk diikutkan.tapi tak tau la kenapa mood nak berblog betul2 x ade.I'm busy doing nothing @ da office.emmmm...

Tapi hari ni usahakan jugak nk buat entry pasal Hasya yang dah makin pandai menjerit,senyum2 ,gelak2 dan sangat kuat bila menangis .

Paling x tahan dia suka menjerit bila lambat diangkat.kadang2 sampai suara pun x keluar.tp mama suka je dgr Hasya jerit sbb comel sgt.hiihihi..

Bercerita pasal Hasya ni dia sangat suka tgk mama lepas tu dia senyum sorang2.Terutama waktu mama tgh drive.Hasya yang duduk sebelah mama akan pandang mama tak berkelip mata.Tunjuk mainan pun dia buat x tau je.Tu yang mama rasa sangat best dan buat bonding mama n Hasya terasa sgt kuat.Waktu menyusu pun sama.mmg selalunya baby yang menyusu akan pandang mata ibu dia.Itu la kelebihan menyusu ibu,tetapi ibu2 yang x menyusu badan pun ada kelebihannya jugak yang penting kasih sayang ibu tu sentiasa berpanjangan.

Hasya sekarang dah pandai mengiring dan sangat suka hisap jari2 dia.Sebab tu sekarang kadang2 mama x pakaikan Hasya sarung tangan sbb nk bagi dia explore benda di sekeliling dia.Bila tengok Hasya hisap jari nampak cute sangat.hehe..

Ini la rupanya penangan dapat anak perempuan sorang.Macam2 nak dibelek dan diperhatikan.Bukan bermakna masa Hayyan Harraz kecik dulu mama x kisah.Mama sayang semua anak2 mama tapi masa anak2 lelaki mama dh boleh jangka perangai masing2 dan selalunya lebih kurang aje.

Sekarang ni abang2 sgt suka cium2 baby.Hayyan terutamanya sangat boleh diharap jaga adik tp awas kalo tgh tgk Ultraman Cosmos,baby pun dia dh x heran.Harraz mcm biasa sangat penyayang orgnya.Sampai adik naik rimas sebab kene gomol.Kalo tiba2 dgr Hasya nanges mama tau lah yang tu mesti kerja Harraz.

Kat rumah Hasya ada mcm2 nama.Harraz panggil Hasya,Achaa.Yang Hayyan pulak panggil Haisya kadang2 bunyi macam Aisyah pun ada.Mama kadang2 panggil Nuha n kadang2 Hasya.Tapi bila balik rumah opah di Perak,Hasya dipanggil Puteri..;D

Owh..ada orang kata nama Hasya pelik.Pelik ke?? Sentap sekejap bila dgr mcm tu.Tapi mama cool je..yang pasti nama tu jarang dengar tapi bukan pelik.FYI,nama baby maknanya...Puteri Nuha ( kebijaksanaan) Hasya (kesempurnaan) - Puteri yang bijak dan sempurna..Insyaallah...semoga Hasya membesar dengan sempurna sihat tubuh badan serta bijak pandai.Semoga nilai2 murni seorang muslimah yang solehah akan sentiasa mengiringi hidup anak mama ni.Ameenn...

Till then...Jaga diri hiasi peribadi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS