Bila anak jatuh katil...

Kisah sadis di hari Jumaat lepas..



Kisah menyayat hati ni berlaku pukul 6 pagi.masa tu mama dh bangun tp dok mamai2 lagi.Tiba2 dengar bunyi berdentum.Tengok2 Harraz yg terjatuh katil.Bila mama cuba nk angkat dia tiba rasa sesuatu mcm air kat tangan.Terus mama jerit panggil abi sbb confirm air tu darah.Kelam kabut mama n abi bukak lampu n confirm kepala harraz berdarah.Tapi yang sangat heran masa tu Harraz tak menangis pun.Dalam pada kelam kabut tu mama nk letak minyak gamat tapi Harraz kata tak mau,aye nk tido sambil tutup mata.Mama masa tu dah cuak sbb takut Harraz pengsan ke apa ke.Dalam kepala mula pikir bukan2.nauzubillah.

Bila abi dh siap terus bwk Harraz masuk kereta n pergi emergency Selayang.mama kat rumah tak ikut sbb nk tunggu Hayyan dan Hasya.Hayyan terjaga masa kecoh2 adik jatuh tapi boleh sambung tido balik.sabar je lah..Sepanjang masa abi n Harraz kt hosp mama dh banjir kat rumah.Siap sms aboh n mok kat mekah ( sedang mengerjakan umrah ) untuk doakan Harraz supaya tidak apa2 n sihat.

Pukul 11 pg baru nampak muka dua beranak ni sampai rumah.Rupanya menunggu kt emergency tu punya lah lama.Tambah pulak Harraz kene jahit dekat kepala dia tu.Harraz kene 3 jahitan tp mama tgk macam lebih dr 3 kalau jahit rapat2 lah.tapi kat kepala dia jahitan tu jauh2.emm mungkin nk cepat sbb Harraz meraung dan meronta2 masa prosedur tu dibuat.Sayunya hati mama bila abi kata masa kene jahit tu Harraz dok meraung panggil mama mama...huhuuh...sedih..patutlah mama pun sayu n sedih kat rumah.

Bila balik rumah abi cerita yg Harraz doktor bagi ubat tido bagi dia mamai masa proseduer tp ubat x jalan sbb bila kepala dia kene pegang terus dia terjaga n menangis.Darah mmg banyak jgn cakaplah.Baju abi habis dengan darah yg menyembur2.Baju Harraz pun sama.rambut Harraz semua keras kejung dgn darah beku.mama lah tukang bersihkan rambut dia.Bila lap dengan kain basah baru lah nampak bersih sikit.

Harraz pulak sampai rumah dgn keadaan mamai.Mengantuk lagi rasanya.tapi bila bangun boleh plak main2 dgn Hayyan macam x de sakit apa pun.Emm mmg la anakku sorang ni Ultraman plus Ben10 plus Spiderman.hehhe...kuat orangnya ni.kalo x,takkan lah sampai 5 org pegang masa nk jahit luka. 

Owh FYI,kepala Harraz luka sbb terkena tiles kat kaki dinding.Itulah dia tido orang yg lasak.Tak tido pun dh mmg lasak,masa tido pun lasak...Harraz..Harraz..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 comments:

iEtaFAkyR@ said...

ya Allahhhhh!!!! sakit ngilu pilu seume ada aku tengok. aku juga syahdu kalo anak2 sakit cenni. emo beb emo!!! moga2 hero hang ni cepat sembuh dan jgn la ada petaka lagi. biarlah dia main lasak2 pun tp terpelihara. amin! *sob*sob*

Diamilikku said...

macam mana boleh darah nad..tinggi sangat ka katil hang...? sebab tu la aku letak toto kat bahagian lantai semua arah..takut anak2 jatuh camnih la...bantal2 bilik sebelah pun aku tabuq ja kat atas lantai waktu tidoq malam..knowing aisy yang tidoq melasak tak ingat tu..harraz...moga cepat sembuh dan dipelihara allah sentiasa k...

Naddiea said...

ieta,itulah dia nya anak lelaki no 2 ni.hayyan masa kecik2 boleh bilang brp kali jatuh.harraz ni plak sampai x terbilang berapa kali.jatuh plak semua hardcore2 belaka.jatuh tangga pun pernah hang tau.dlm pada dok jaga2 jatuh jugak.huhuh...

sone,katil aku rendah je beb.kepala harraz buleh luka sbb kepala dia terhantuk tiles kat kaki dinding.errkk boleh bayang x yang mana satu??la ni aku,hasya n harraz tido kat atas tilam instead of katil.kami turun pangkat while abi n hayyan naik pangkat sbb boleh tido atas katil skrg ni.heheeh...insyaallah doa aku mmg mintk sgt anak2 aku semua dipelihara oleh ALLAH swt..amin..

Princess Aurora said...

nad, that's the best way... kalau tak kandangkan katil anak2, kita tido on the floor lagi baik. Better be safe than sorry kan darling.. myself pon camtu ngan tisya dulu... now baby riqz dah start golek, tak tau la nak tido camna lepas ni. dok ingat nak sumbat je riqz dalam cot dia. hehehe... tapi mommy plak rajin nak bangun2,3 kali bagi boobies... huhuhu...

fham5579 said...

sib baik nothing serius kan pap...budak kan sat ja sakit meraung pastu cam xdk apa2.aku dlu pas ja irfan jatuh katil lebam mata trus beli cot..kalu x dok ciwi nk tido ngan dia sebelah kita....maklumla anak sulung....

Naddiea said...

princes aurora,haah mmg skrg mama,harraz hasya semua tido bawah.turun pangkat okeh.tp takpa la asalkan anak2 semua selamat.huhuhu..

hanim,haa sama la kita.tp masa hayyan dulu x camtu.harraz ni ja lasak sket.anak2 aku tidoq dlm cot sat saja sbb x puas la nk peluk2 segala.tido skali baru puas hatikan.

aramis2177 said...

Aduiii....siannya harraz....tapi dia kuat noo!!!! iskkk.....kalau kak farah kat tmpt shepah mau kalut toksah cakap laa.....hopefully by now dh lega laa luka dia tuh! anak2 nak membesaq nih mcm2 dugaan kan!!!!sabaq mama naa.....

Naddiea said...

kak farah,shepah pun dh separuh nyawa tgk kepala dia berdarah2.by now mmg dh okay alhamdulillah..cuma jahit x bukak lagi.x dpt bayang nk bukak jahit macam mana..harus meraung.jenuh la nk pegang dia mnanti..

SM79 said...

ya allah.. mcm2 la.... takutnya... kasi depa tdoq atas tilam ka toto ja dlu... anak2 zaman la mg lasak sama kot....

Naddiea said...

Sue,mmg sama la aku rasa...la ni mmg kamiu todi bawah..baru boleh tidoq dgn tenang...ehhe..