Kisahnya bermula masa on da way balik kl dr batu gajah.Owhh kami selalu balik batu gajah kan??emm takpela...we're counting days to go back to k.trg next month.yeay!!
Cerita masa balik tu kami bertolak dh agak lewat.lepas asar baru bertolak.harus la kami menempuh senja di atas highway.masa tu langit berwarna jingga n si abang Hayyan sibuk bertanya kenapa ada lampu warna oren kat hujung langit tu.lepas tu mula la cerita mama n abi pasal bulan n matahari ni.Semuanya sebab Hayyan tak berenti2 bertanya sampai mama yg hampir nk terlelap pun asik terjaga aje.Antara soalan2 yang ditanya,kenapa lepas matahari keluar bulan?mama jawap sebab matahari nk tido pulak n bulan pulak bangun tido.Owwhhh jawab Hayyan...
Bila matahari dh nk tenggelam tiba2 keluar la bulan sabit menampakkan muka.Si Hayyan dah excited bercakap yg bulan keluar sambil buat skrip sendiri.
Hayyan:"matahari cakap dkt bulan,ehh saya nak tido la.awak bangun la pulak" sambil tahapa2 mengomel n bercerita.mama ngan abi gelak2 tahan perut dgr cerita imaginasi Hayyan tu.Bila dh gelap n bulan dh penuh,si dia sibuk bercakap pasal bulan pulak.Katanya,"mama,kenapa bulan asik ikut kita jer?bulan x nk kawan dengan orang lain ker?emm..pulak dh.pening nk explain kat budak nk masuk 4 taun ni.Last2 abi explain sebab mama dh x larat nk explain dgn Harraz yg asik terjaga dr tido n merenegek.
Sebenarnya si abang Hayyan ni suka tengok bulan dr masa dia kecik lagi tp masa tu excitement x buleh nk digambarkan sebab belum pandai bercakap.setakat suka tunjuk2 jari ke langit.skrg bila dh besar nk nampak pulak kejadian ALLAH yang hebat ni dia x lepaskan peluang bertanya.Mulut semakin petah bercakap dan kadang2 adik Harraz pun terikut2 tapi dlm versi pelat la..Alhamdulillah walaupun kanak2 berdua ni kadang2 sangat nakal tp menghiburkan.semoga anak2 ini akan membesar menjadi insan yang beriman dan beramal soleh...ameen..
bye
1 year ago
8 comments:
budak2 nak membesar mcm2 la yang nak ditanyenye kan..learning process la katekan..kena bersedia utk my Zara jugak..=D
Nad,
dia minat sgt bulan. Jgn2 nanti besar anak kau ni bakal jd angkawasawan negara tak... mana la tau kan!
Apa2 pun doa akak segalanya yg terbaik untuk anak2 mu. Amin
yessszzaaa nadd...
aku pun sedang menunggu saat2 pelbagai soalan di tanya oleh alesha...seronok kan momen tu..baca citer hang pasal hayyan aku duk terbayang2 dah kepetahan dia...smart lil boy....
hihihi...nadd, cuba letak hayyan n damia then kita pasang video tgk apa la yg depa akan sembang! mmg budak besaq2 tu akan byk soal dan lagi dan lagi dan lagi! tringat iklan "itu burung apa?" mmg betullah...sentiasa bertanya dan terus2 bertanya.
lily,mmg mcm tu la dik.nanti esok zara besar mesti awk pun terkejut dgn soalan2 yg bakal ditanya.learning loops mmg camtu x berenti sampai la kita menutup mata.
kak syabar,thanks for da doa.anyway kak mmg hayyan ada sebut nk jadi angkasawan bila besar nanti.hihhi...
sone,hayyan mmg sgt banyak ckp skrg.mulut mengomel sepanjang masa.dia suka kata "mama ni manja,manja,manja".hihih...
ita,nanti bila2 kita jumpakan budak dua orang tu ok.tgk apa nk disembangkan oleh kanak2 2 orang itew.hihihi..
persoalan bulan dan matahari atau cerita kumbang dan bunga ni memang perlu kita terangkan dengan baik kepada anak yang bertanya. Takut kalau tersalah maklumat, anak-anak akan pegang sampai besar (kadang-kadang tu kita berseloroh aje)
ye Doc..mmg kene explain..kalo x nanti salah faham pulak kan.hihih..
langit cerah kannns.. ehehe
Post a Comment