Alhamdulillah...hari ni hari ulangtahun perkahwinan mama & abi tahun ke-5.Semoga ALLAH akan melimpahkan lagi kurniaNYA kepada kami suami isteri sekeluarga kebahagiaan yang berpanjangan.Ameen...
Pada 30hb,2005 bersamaan dengan 21 Rabiul Awal 1426 Hijrah,mama dan abi selamat dinikahkan di rumah keluarga di Kuala Terengganu pada pukul 9.45 malam.Alhamdulillah dengan sekali lafaz mama sah bergelar isteri kepada Encik Fairuz Mohd Rafdzi.
Keesokkan harinya pada hari pekerja kami selamat disandingkan walaupun x de la bertepung tawar segala.Cuma amik gambar dengan keluarga sahaja.Lebih kurang 3 minggu selepas kenduri di Kuala Terengganu kami ke Perak pulak untuk majlis sambut menantu.
Gambar ni semasa majlis di Kuala Terengganu.Nampak tak kening yang tebal itu??huuuhu..scary you.Sangat tebal okeh sebab mama x bagi mak andam usik kening mama.Tapi ada jugak yang kene cantas walaupun sikit.Masa ni both mama n abi looks sooo chubby.Kononnya mama berdiet gitu sebelum nk kawen,sudahnya kembang macam dipam2 pulak.hehehe..Nasib baik partner duet ku itu pun x kurang chubbynya..hahaha...selamat.
Ini pun gambar2 masa kat K.Trg.Gambar kat Perak semua dlm cd tp tertinggal kat umah.Sebenarnya ada banyak lagi gambar kawen kat K.Trg ni tp semua dh hilang sbb laptop hubby hilang masa kereta kitorang kene pecah 3 tahun lepas.huuuuhuuu..sadis sangat.So ni je la s/copy yang ada.Sedih betul...
Gambar nikah jangan ditanya sebab mama sendiri takut nk tgk pics masa malam nikah sbb mekap sangat la x cantik dengan keningku yg tebal itu.Masa tu mekap sendiri.Kakak yg sulung yg mekapkan.Entah kenapa mekap x jadi.Tapi nasib baiklah masa sanding ok.Terubat sikit kekecewaan mama.hehehe..
Rasa2 rombongan pengantin lelaki mesti terkejut tgk mekap pengantin pompuan yg mcm sedikit over masa nikah tu.Emm....patutla tangan tok kadi mengigil masa suruh mama sign surat nikah.Dia terkejut tengok mekap den kot...hihihi..kesian tok kadi tu.