Happy Anniversary Mama & Abi!!

Alhamdulillah...hari ni hari ulangtahun perkahwinan mama & abi tahun ke-5.Semoga ALLAH akan melimpahkan lagi kurniaNYA kepada kami suami isteri sekeluarga kebahagiaan yang berpanjangan.Ameen...

Pada 30hb,2005 bersamaan dengan 21 Rabiul Awal 1426 Hijrah,mama dan abi selamat dinikahkan di rumah keluarga di Kuala Terengganu pada pukul 9.45 malam.Alhamdulillah dengan sekali lafaz mama sah bergelar isteri kepada Encik Fairuz Mohd Rafdzi.

Keesokkan harinya pada hari pekerja kami selamat disandingkan walaupun x de la bertepung tawar segala.Cuma amik gambar dengan keluarga sahaja.Lebih kurang 3 minggu selepas kenduri di Kuala Terengganu kami ke Perak pulak untuk majlis sambut menantu.



Gambar ni semasa majlis di Kuala Terengganu.Nampak tak kening yang tebal itu??huuuhu..scary you.Sangat tebal okeh sebab mama x bagi mak andam usik kening mama.Tapi ada jugak yang kene cantas walaupun sikit.Masa ni both mama n abi looks sooo chubby.Kononnya mama berdiet gitu sebelum nk kawen,sudahnya kembang macam dipam2 pulak.hehehe..Nasib baik partner duet ku itu pun x kurang chubbynya..hahaha...selamat.



Ini pun gambar2 masa kat K.Trg.Gambar kat Perak semua dlm cd tp tertinggal kat umah.Sebenarnya ada banyak lagi gambar kawen kat K.Trg ni tp semua dh hilang sbb laptop hubby hilang masa kereta kitorang kene pecah 3 tahun lepas.huuuuhuuu..sadis sangat.So ni je la s/copy yang ada.Sedih betul...
Gambar nikah jangan ditanya sebab mama sendiri takut nk tgk pics masa malam nikah sbb mekap sangat la x cantik dengan keningku  yg tebal itu.Masa tu mekap sendiri.Kakak yg sulung yg mekapkan.Entah kenapa mekap x jadi.Tapi nasib baiklah masa sanding ok.Terubat sikit kekecewaan mama.hehehe..

Rasa2 rombongan pengantin lelaki mesti terkejut tgk mekap pengantin pompuan yg mcm sedikit over masa nikah tu.Emm....patutla tangan tok kadi mengigil masa suruh mama sign surat nikah.Dia terkejut tengok mekap den kot...hihihi..kesian tok kadi tu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

16 comments:

dextrike said...

comel nye madam.. happy anniversary! ;)

Naddiea said...

dayah,tq..hahaha comel ker???ingat ke nk kata cun tadi.muaaahahhaaa...bukan semua pengantin akan tetiba menjadi cantik,cun & comel ker??hihi...nanti esok2 turn dayah pulak.jangan lupa jemput lecturer2 IIC yer..

leeja said...

Nad, Tah niah to you N Apai. Dah lima tahun no... Semoga Allah memberkati kalian dan penjangkan jodoh kalian.

Naddiea said...

leeja thanks..hang dh baper taun dh??lebih dr aku rasanya kan??hang pun sama okay..semoga berbahagia selalu bersama family tercinta!!

Diamilikku said...

happy anniversary dear....hehehhe..dah lima tahun kan..aku baru masuk tiga tahun....lalalalalala...lambatnya masa nak menunggu....

iEtaFAkyR@ said...

owh! kita saing2 la ek nadd.. tp aku 20hb nnt... kejap jer dh 5thn! selamat berbahagia ke akhir hayat k bebeh. muaahhsss!

Naddiea said...

sone,sabaq2..satgi hang rasa sekejap ja dh 10 tahun...

ieta,ropa2nya kita kawen bulan yg sama noooo....happy anniversary in advanced untuk hang.

Lily@MamaZaraZareef said...

Happy 5th Anniversary kak!!semoga bahagia n happy selalu di smping insan2 tersayang ye..=D

aramis2177 said...

shepah::: happy anniversary nooo..moGa shepah & hubby kekal bahagia ke akhir hayat!!! amin!!!!!

MariaFaizal said...

Happy Anniversary darling!
May you both and children have som any more anniversaries to celebrate.Amen.

Syep said...

Happy anniversary!

Naddiea said...

lily,kak farah,kak maria n ain,tima kasih u olsss..semoga ALLAH memberkati kehidupan anda semua juga..ameen..

d u r a said...

sorry terlambat suda.. tapi nak wish jugak "happy anniversary!"
semoga berbahagia ke akhir hayat okey

Naddiea said...

tq dura..lambat pun takpa..thanks for the wishes!!

MonaVieJuz4u said...

gemuk nye cik fai masa ni.. heheheh.. berlapis2 perut dia. atau baju tu yang sendat. akak comey jer masa tu eik.

Naddiea said...

faiza,cik fai nampak gemuk sbb baju tu.cara pakai sampin pun salah sbb tu nampak gemuk.hihi..