When he say...

When he say...
but who is he then??
Owhh...He is my dearly handsome boy, Hayyan.
Nowadays he talks a lot as he is going to reach 4 years old next January.

As he grow bigger he become so much wiser..and caring too!!
Alhamdulillah..ameen for the blessing from ALLAH swt..


Scenario 1:

While watching tv with all the family members ( macam la ramai sgt.hihi..)

Hayyan:mama..mama..meh sini Hayyan nk bisik.
Mama:okay..
Hayyan:mama,nantikan bila Hayyan besarkan Hayyan nak jadi doktor,polis dengan....ANGKASAWAN.
Mama:haa bagus2..ehh angkasawan??mana Hayyan tau pasal angkasawan ni??Hayyan tau tak angkasawan tu kerja macamana?
Hayyan:tau..angkasawan kene pakai helmet.pastu baju sarung dari bawah pastu x boleh bukak dah.sebelum pakai baju tu dia kene mandi dulu.kalo tak nanti busuk.
Mama:oohh ye ke...(sambil gelak2 dlm hati bertanya..mana la si Hayyan ni tau pasal angkasawan)

Bila mama tanya mana dia tau pasal angkasawan ,Hayyan buat tak tau sambil membuat sepah dengan kereta2 mainannya...sabar je lah..

Scenario 2:

Dalam perjalanan mengambil Abi di opis Kl ,Hayyan n Harraz dua2 jadi co-pilot mama sambil nyanyi2 n makan kismis.Alhamdulillah selamat sampai di opis Abi.Sementara menunggu Abi solat kami bersembang2 dlm kereta.Tiba-tiba..

Hayyan:mama,jangan la buat macam tu.
Mama:jangan buat apa? ( terpinga2 kehairanan)
Hayyan:mama jangan la buat tangan mcm tu.
Mama: ooohhh ok ( tangan mama berpeluk tubuh..tau kan cemana?).Kenapa x boleh wat camni?
Hayyan:x boleh nanti baby sakit..kesian baby.
Mama: (dalam hati ,wahhhh concern betul abang Hayyan ni)
Hayyan:mama,bukak la seat belt ni sama.
Mama:kenapa pulak nk kene bukak seat belt?
Hayyan:nanti baby sakit jugak sebab tali ni kene perut mama.
Mama: (dalam hati,uihh jenuh la lepas ni nk bawak keta x leh pakai seat belt .haru..haru..)

Ini belum lagi perut mama membesar dh ada org suruh hati2.Nanti besok perut dh besar mcm mana Hayyan jaga mama pun tak tau la...Alhamdulillah sekurang2nya ada jugak reminder dr si kecik ni.Emmm...sayang Hayyan muahss muahss...
Si Harraz pulak,cakap banyak sungguh tapi satu hape pun mama x paham.hiihii...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Alhamdulillah...its a good news!

Mama ada khabar gembira yang nak dikongsikan dengan kawan-kawan dan juga saudara mara yang jauh dan dekat.Semoga berita ini mengembirakan semua hendaknya..kalau ada yang terasa tidak suka harap jangan dikhabarkan kepada saya sebab ia akan membuatkan saya sedih..

Anyway,berita gembiranya ialah kami sekeluarga bakal menerima ahli keluarga baru pada awal bulan Julai tahun hadapan.Owhh..bukan ada siapa2 yg kahwin yer..Hayyan n Harraz adalah masih dibawah umur.belum cukup umur utk berkahwin.hihi...tetapi jejaka dua org ini bakal menimang n mengagah baby baru.

Buat masa ini baby dlm perut mama adalah sangat small n tiny ( owhh dua perkataan ini adalah sama maksudnya..cuma nk menunjukan baby adalah masih kecik lagi) .Tp abg Hayyan dh sibuk bertanya bila adik nk keluar dr perut mama.Dah x sabar2 dh Hayyan nk memeriahkan rumah dgn baby baru.X cukup geng nak punggah rumah mama rasa...hihi..

Alhamdulillah kesihatan mama masih tahap bawah kawalan.walaupun rasa pening2 n lalok semacam tp masih boleh berkerja.Nasib baik suami tercinta sangat memahami keadaan isterinya yang pening2 manja ni.Craving??belum lagi yang mengada-ngada.cuma craving yg manja2 dan senang sgt nk dapat.

Apa2 pun diharap semua yang mengenali diri ini akan mendoakan yang terbaik buat kami.Semoga mama n baby selamat melahirkan dan dilahirkan serta sihat sejahtera...Ameen..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kebesaran ALLAH...(edited version)

Note:Pics has been deleted due to the pregnant mom feels uneasy with the pictures.Please click the link down here for the pictures.TQ

Renungan sejenak betapa besarnya kuasa ALLAH swt...semoga kita lebih menghargai kehidupan dan sentiasa bersyukur...

p/s:mungkin ada yang dh pernah jumpa atau dapat email mengenai perkara ini.tapi apa salahnya berkongsi pengetahuan.Sekurang-kurangnya kita x terperanjat kalo terjumpa haiwan2 ni di hutan atau disemak2 berdekatan dengan rumah .*wink*


Taken from http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/N_relax%20jap/2009/renung09112009.html


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

IIC Family Day @ Tiara Beach Resort,PD.

Baru2 ni hari jumaat n sabtu kami sekeluarga telah menghadirkan diri ke hari keluarga company yg dibuat di Tiara Beach Resort.First time pergi sini agak terkejut sbb x macam tempat2 lain yg penah kami pergi.Kurang happening rasanya.Tapi mungkinkah sebab kami pergi hari jumaat n balik sabtu.emmm...entah lah..Suasana kat situ pun macam ala-ala jek.Aktiviti yg dikempen dalam lift banyak kemain tp x nampak pun.Ker aku yang x nampak?emmm....

Apa2 pun bersyukur sbb ada jugak program family club kampeni ni sebab dh 2 taun x dak program.Okay la...thumb up to the hardworking comittee yg bersusah payah memjayakan program ni.Bintang yg boleh diberi berdasarkan pengalaman yang x seberapa lama duduk kat situ adalah 4/10.Owhh ini adalah rate review dr orang yang sangat tidak cerewet yer.Kalo orang cerewat akak x tau dikkkk...sendiri pk lah ek.

Balik opis hari ni keluar la macam2 cerita.Seperti biasa walaupun umah dh siap cantik lawa,pahat masih berbunyi.hiihihih..macam2 luahan perasaan dan perasan yang dikongsi bersama.Tidak lupe komplen2 manja dr kawan2 opis terutama facilities yg disediakan.Emm...malas nk cerita banyak2 kang orang kata kami ni manusia yg tidak bersyukur.hahahaa....

Dipendekkan cerita kat bawah ni adalah gambar2 yang diambil semasa berada di sana.Agak kurang excited nk mengambil gambar.Entah kenapa malas sungguh rasanya.emm..apa la dosa tempat ni dengan aku agak2nye.hhiihiii...

Tapi takpe..untuk kawan2 yang nk pergi bercuti boleh la ke sini.Gembira2 kan diri anda yerh..Kurangkan komplen dan terima seadanya apa yg disediakan..Sila bersyukur...THE END


Kacak tuk anak kamekk..hahaha...

Muka mengantuk selepas suwim2 manja dalam pool

Hayyan yang x reti2 nk naik kolam.Lepas pujuk nk beli ais krim baru la surrender.

Sayang betul ngan float dia ni.Sebab Hayyan suka kuda mama pun beli float rupa kuda.

Dengan kawan satu nursery,Izzah.Tak tahan betul tgk dia dok mengekor si Izzah sbb nk kenen pistol air.Geram betul.Pistol air tu orang tu punye.Jenuh le orang tu mintak balik.Haduiii..

Cik suami tengah menunjuk skill main bola tampau air.Nampak ke??buat2 je la nampak.

Opssss..ini bukan pertandingan menunjuk bahagian belakang badan ye.Ini masa sukaneka.Kami pun bermain dengan gembira.lalalllalala...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS