My Sick week...



Starting from last Monday until now I still suffering asthma,chesty cough,flu n on off high fever.And i still go to work.huhuhu..sedey2..i was MC on tuesday.i need to replace class eventhough there is no spaces for me to replace all the classes.stress sumtimes..MC pun kene ganti kelas.x kesian ke kat staff2 yang sakit..emm kenapa ada rules n regulations camni.sedih betul..and why I'm still here???erkkk..

complaining??? emmm...i'm just human and human is not perfect.

footnote:Owhh sangat sedih because i'm just lurking to all my frens blog.i've got no energy n ideas to put some comments..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Teesside University anyone??

(Taken from Teesside Uni website)

Semalam wakil dr Teesside University,UK datang ke kolej untuk sessi berkenalan,promosi and franchising juga rasanya.Sepatutnya perjumpaan semalam lebih kepada students so that mana2 students yg excell n rich boleh la further study kat uni ni.Tapi memandangkan students seme baru habis exam n ramai yang dh balik kampung,so staffs n lecturers la yang mengambil tempat.Apa2 pun perjumpaan semalam agak menarik sbb kami dapat beg percuma hahaha...ala tote beg je pun.Syukur..syukur..



Cerita sket pasal Teesside University ni,ia terletak di Middlesbrough,UK.Menurut Dr Simon yang bercerita dengan kami semalam( utk school kami,SICT) kos sara hidup disini lebih murah berbanding London.Murah sebab semua benda yang students perlukan ada disitu.Accomodation dekat dengan kampus etc..Ehhh kenapa akak pulak jadi marketing officer disini??Heran..heran..

Owhh sebenarnyer saya agak teruja untuk further study di sini.hihihi..sebab courses offered sangat la menarik yerh...ada course Computer Games Art,Digital Animation,Sound and visual Media.emm best kan??tapi mampukan aku untuk belajar lagi???dengan anak2 kecil disisi??emmhh alasan....alasan

Ini plak adalah prospectus pasal final year project students kat sana.Siap dibukukan lagi project2 yang terbaik.Emm kalo masa mama blaja dulu my univ buat camni sah2 dah mama blaja rajin2 utk menempatkan projek ku di dalam uinversity's prospectus.Tapi my univ x de benda2 camni so takpe la ( dimaafkan kerana tidak menjadi pelajar yang rajin dulu..kikikikkk)


Emmm...nak sambung blaja tapi komitment banyak ni..nantila tunggu anak2 ku besar sket..baru senang hati nk baca buku.takut pulak study kemana,anak2 ku pun entah kemana2 jugak.uishh...bahaya tu.kang kurang kasih sayang mama,kasih sayang org lain pulak yg dicari.ohhh bahaya2...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perubatan Syifa' Al-Hidayah - untuk kawan2 yang mencari rawatan alternatif.


Salam...

Untuk pengetahuan kawan2 n mama sendiri.Jumpe artikel ni dari Mr Google.Tujuan asal nk membantu kawan opis yang menghidapi menyakit kanser usus.Alhamdulillah kawan mama dh pergi berjumpa Tuan Haji Lokman ni dan dia dh beransur pulih skrg.FYI,kawan mama dh go thru operation n kimo tp masih lemah masa awal2 hari tu.Lepas dapat info ni kawan mama terus pergi berubat n alhamdulillah kawan mama ni beransur pulih n kuat semangatnya.So kawan2 yang sedang mencari2 boleh la masuk ke website ni n tengok jadual masa perubatan.Take Care....

_________________________________________________________________________________

Assalamualaikum wbt,

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan Nama Allah (SWT) Yang Maha Pemurah, Penyayang Lagi Maha Agung. Sesungguhnya segala puji, kemulian dan sanjungan itu hanya pada Mu sahaja. Selawat dan salam untuk junjungan besar kita Nabi Muhammad (SAW).

Syukur ke hadrat Allah (SWT) kerana dengan taufik dan hidayahnya saya berkemampuan untuk menyiapkan website ini. Saya berharap amalan perubatan melalui ayat-ayat Al-Quran (Koranic Medicine), iaitu perubatan yang saya namakan Perubatan Syifa’ Al-Hidayah ini dapat diperkembangkan dan dipraktikkan di kalangan umat Islam.

Al-Quran adalah setinggi-tinggi martabat penawar dan kesembuhan. Setiap huruf yang terkandung di dalamnya adalah penawar untuk penyakit spiritual dan fizikal. Tiap-tiap surah dan ayat dalam Al-Quran adalah penawar kepada sesuatu penyakit, dengan syarat seseorang itu beriman dan yakin kepadanya.

PENGASAS- Pengasas perubatan ini adalah Saidina Abu Bakar (ra). Perubatan dengan menggunakan ayat-ayat Quran sebagai penawar ini sangat mashyur semasa di zaman kegemilangan Islam selepas wafatnya Nabi Muhammad (SAW). Tetapi setelah sekian lama, ramai umat Islam kurang yakin akan hikmah dan mujizat Al Quran sebagai penawar kepada segala penyakit. Saya sangat berharap agar kita dapat mengembalikan semula zaman kegemilangan perubatan melalui Al-Quran seperti semasa zaman permulaan Islam dahulu.

AL-QURAN SEBAGAI PENAWAR- Di dalam Surah Al-Israa’ Ayat 82 Allah (SWT) berfirman “Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya.” Di dalam Surah Fussilat ayat 44 Allah (SWT) berfirman “Katakan, Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang yang beriman”. Ini jelas terbukti bahawa semua penyakit yang datang dari Allah, penawarnya ada di dalam Al-Quran, terpulanglah kepada individu untuk mencari dan mengamal ayat-ayat tersebut dan yakin sepenuhnya akan mukjizat Al-Quran.

CONTOH SURAH DAN AYAT PENAWAR- Semua penyakit yang Allah jadikan di dunia ini ada penawar nya didalam Al-Quran, contohnya.

- Surah Qaaf ayat 16 hingga 45, Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 dan Surah Sod ayat 34 hingga 61 selalunya untuk penyakit yang ada kaitan dengan tulang (seperti sakit rheumatism, arthritis, sakit sendi, tulang patah atau fractured, slip disc, sakit tulang belakang)

- Surah Al-Buruuj ayat 1 higga 22 selalunya di baca untuk penawar sakit-sakit yang berkaitan dengan perut (seperti gastric, stomach ulcer) atau penyakit yang berkaitan dengan usus besar atau usus kechil.

- Surah Al-Israa' ayat 40 hingga 55 untuk pesakit yang mengalami sakit jantung, saluran darah tersumbat (blockage) dan jantung berlubang.

- Ayat-ayat dalam Surah Al-Anfaal untuk sakit jangkitan kuman/virus atau "infections". Ayat ayat dari Surah Al-Anfaal ini berfungsi sama seperti ubat-ubat antibiotiks.

- Ayat-ayat dalam Surah An-Nahli untuk memberi kekuatan atau tenaga kepada pesakit. Kekuatan dari segi fizikal dan kekuatan dari segi dalaman atau rohani. Ayat-ayat ini berfungsi untuk meningkatkan kekuatan fizikal atau immuniti (sistem daya pertahanan sesaorang). Peningkatan kekuatan rohaniah dari segi semangat dan keazaman pesakit.

- Ayat-ayat dari Surah Al-Anbiyaa', Surah Al-Qasas, Surah Al-Ma'idah, Surah An-Naml khusus untuk penyakit kencing manis (diabetes), darah tinggi (hyper-tension), sakit angin ahmar (stroke) dan lain-lain lagi.

- Ayat-ayat dari Surah Yusuf dan Surah An-Nahli untuk penyakit lemah tenaga batin untuk kaum lelaki.

- Ayat-ayat dalam Surah Maryam, Ambiyaa' dan Imran untuk sakit fibroid, ovarian cysts dan lain-lain sakit perempuan.

- Ayat-ayat dari Surah Fatah, Yunus, Hud, Az-Zumar, Ma'idah, Al-A'raff, Ash-Syura, Al-Qasas dan lain-lain surah untuk berbagai jenis penyakit kanser, sakit buah pinggang (kidney failure), hepatitis dan lain lain penyakit.

- Ayat-ayat dari Surah Al-Baqarah, Fussilat, Ash-Syu'aara, Al-Furqaan, Ar-Ra'd, Toha, Al-Mu'minum, Muhammad, dan lain-lain surah untuk penyakit gangguan sihir, santau, rasuk jin atau iblis, ilmu pangasih, ilmu pelalau, ilmu pemisah dan lain-lain penyakit gangguan atau "spiritual illness".

Selain dari penyakit yang disebut di atas, saya dapati penyakit seperti SLE, sejenis penyakit buah pinggang (nephronic syndrome, penyakit kulit (psiorasis), sakit sawan (epilepsi) dan sakit tekanan jiwa (depression) boleh diubati melalui ayat-ayat Al-Quran.

Di kalangan anak-anak, penyakit yang selalu saya mengubati termasuklah anak-anak yang mengalami penyakit down-syndrome, penyakit "learning disability", penyakit "dyslexic" dan penyakit kronik yang lain.

CARA PERUBATAN- Perubatan Shifa' Al-Hidayah ini tidak menggunakan hikmat makhluk halus (samada jin Islam, khadam, syaitan atau iblis) dan tidak juga menggunakan sebarang perantaraan. Ianya berdasarkan kepada 3 amalan utama iaitu:

1. Amalan Bacaan Al-Quran,
2. Berdoa memohon kepada Allah (SWT)
3. Memperbanyakkan Zikir (Laila hail’lallah)

Selain dari 3 amalan ini, perubatan ini menggunakan air mineral dan madu asli. Madu asli adalah digunakan untuk mengubati penyakit yang ada kaitan dengan paru-paru (seperti sakit lelah), perut (sakit ulcer, gastric, dll), usus, sakit sendi, lemah tenaga batin dan pasangan yang sukar mendapat anak. Setiap pesakit dinasihatkan berwuduk sebelum perubatan dan kaum muslimat dikehendaki menutup aurat dengan memakai pakaian solat (telekong) semasa perubatan.

Kadang-kadang saya perlu menyentuh pesakit ketika berubat dan tempat yang selalu disentuh adalah di tulang belakang (spinal cord) atau di kepala pesakit. Sebab itu kaum muslimat di mestikan memakai pakaian solat ketika berubat. Untuk kaum muslimat selalu sentuhan dilakukan secara batin and bukan melalui fizikal. Untuk kaum lelaki, kadang kala perlu diurut untuk penyakit yang melibatkan urat saraf, otot-otot dan sakit lemah tenaga batin.

DIAGNOSIS DAN SCANNING UNUK KENAL PASTI PENYAKIT- Mengikut prosedur perubatan yang saya amalkan, pesakit perlu berjumpa dengan saya dahulu, dan saya akan menbuat diagnosis (kenal pasti) penyakit yang dialami oleh pesakit. Diagnosis (kenal pasti) penyakit adalah dengan kaedah “scanning”. Keupayaan “scanning” ini adalah suatu keupayaan atau kebolehan yang diberi oleh Allah (SWT). Berdasarkan penyakit yang dikenal pasti, dengan izin dan hidayah Allah (SWT), saya akan memberitahu pesakit itu samada sakit yang dialami itu adalah -

1. sakit jasmani / fizikal (sakit badan atau physical illness - sakit jantong, cancer, darah tinggi, kencing manis, dll. ) atau

2. sakit rohani (spiritual illness - sihir, saka, gangguan jin, santau. dll.) atau

3. sakit akhlak (behavioural or attitude problem - mencuri, melawan ibu bapa, menipu dan suka cakap bohong, ketagih dadah, zina, etc).

Setelah dikenal pasti akan penyakit yang dihadapi oleh pesakit itu, ini kemudian disusuli dengan pemberian ayat-ayat Al-Quran yang tertentu untuk sakit yang dialami. Bacaan ayat-ayat Al-Quran ini perlu disertakan dengan doa kepada Allah (SWT) dan memohon kepadaNya agar disembuhkan penyakit itu.

AYAT AL-QURAN SEBAGAI GANTIAN KEPADA UBAT- Setiap ayat-ayat Al-Quran yang diberikan kepada pesakit untuk mereka amalkan diibaratkan sebagai ubat, dan air yang diminum adalah untuk menyerapkan ayat itu ke dalam badan dan jiwa pesakit itu. Sebagai perumpamaan, tatkala kita sakit demam, kita ambil pil panadol. Pil panadol tersebut adalah ubat dan air yg diminum sewaktu memakannya adalah untuk menyerapkan ubat panadol itu ke dalam badan atau darah kita agar kita beransur sihat. Sama dengan ayat Al-Quran yang dibaca, ia adalah gantian kepada ubat, dan air yg diminum ialah untuk menyerapkan ayat Al-Quran itu ke dalam badan dan jiwa kita.

KEHEBATAN DAN MUKJIZAT AL-QURAN- Memang benar, perubatan sebegini kadang-kadang tidak ada logiknya dan adakalanya susah untuk diterima oleh akal fikiran manusia. Apatah lagi, bila dianalisakan kaitan sesuatu surah dan ayat-ayat Al-Quran dengan sesuatu jenis penyakit. Apabila dibaca terjemahannya pula, ayat-ayat Al-Quran tersebut tiada menggambarkan kaitan secara langsung dengan penyakit yang dialami. Tapi, inilah kehebatan dan mukjizat Al-Quran!

Sebaliknya, perubatan moden berasaskan kepada logik dan “reasoning”, dan dengan ini lebih mudah diterimapakai oleh para pesakit (seperti macam mana antibiotics dapat menandingi virus atau bakteria yang menjadi punca kepada sesuatu penyakit, atau pain-killer seperti ubat panadol atau ponstan dapat mengurangkan kesakitan seseorang).

Sebagai contoh di dalam Perubatan Syifa' Al-Hidayah ini:

- Surah Kahfi ayat 32 hingga 50 adalah digunakan sebagai ubat tahan sakit atau pain killer. Tetapi bila kita membaca terjemahan ayat tersebut, ia tiada kaitan dengan ubat tahan sakit, ini adalah kehebatan Al Quran.

- Ayat-ayat di dalam surah Al-Anfaal mengandungi banyak hikmah yang menyamai fungsi antibiotik-antibiotik kepada pelbagai penyakit.

- Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 untuk penyakit yang ada kaitan dengan urat saraf (nerve). Kalau dibaca terjemahan ayat tersebut tidak ada kaitan langsung dengan urat saraf.

- Surah An-Nahli - banyak ayat-ayat dalam surah ini yang ada kaitan dengan kekuatan dalaman atau kekuatan sistem daya pertahanan diri (immune system.

- Surah Yassin ayat 72 hingga 83 dan Surah Ar-Rahman ayat 21 hingga 60 adalah ayat penerang hati dan sesuai untuk diamalkan oleh pelajar-pelajar atau anak-anak yang bersekolah.

- Surah Al-Waqiah ayat 36 hingga 74 untuk murah rezeki dari segi kesihatan, kewangan dan harta kekayaan.

PENYAKIT KRITIKAL (Kanser)- Ramai juga pesakit saya yang mengidap sakit kanser yang telah sembuh (dengan keizinan dan keberkatan dari Allah SWT) dengan mengamalkan ayat-ayat ini. Ada seorang pesakit yang telah confirm sakit fibroid dalam rahim oleh doktor perubatan dan dapat dilihat fibroidnya melalui x-ray/scan machine tetapi setelah mengamal bacaan ayat-ayat ini, fibroidnya tak ada lagi di dalam rahim dan ini disahkan oleh doktor perubatan melalui x-ray/scan. Ini bukanlah satu 'magic' tetapi ayat-ayat ini dengan sendirinya menghancurkan fibroid itu dan fibroid ini keluar melalui darah haid.

Saya percaya dan amat yakin bahawa penyakit seperti kanser boleh diubati melalui ayat-ayat Al-Quran. Ini telah terbukti di dalam pengalaman saya mengubati pesakit-pesakit kanser selama lebih kurang 9 tahun, terutama sekali yang menghadapi sakit kanser tahap 1 dan 2 (stage 1 dan stage 2). Dalam perubatan ini, saya juga menggalakkan pesakit kanser berubat secara moden seperti chemotherapy atau radiotherapy, dan disamping itu juga, pesakit membaca ayat-ayat Al-Quran yang saya berikan. Saya sudah kenal pasti ayat-ayat Al-Quran khusus untuk sakit kanser. Pesakit mesti yakin dan perlu berusaha mengamalkan ayat-ayat Al-Quran ini dan juga berdoa agar Allah rahmati dan berkati perubatan ini.

Ayat-ayat dalam surah-surah di dalam Al-Quran yang boleh menjadi penawar kepada penyakit kanser - Surah Ambiyaa, Maidah, Imran, A'raaf, Hud, Yusuf, An-Nahli, Toha, Al-Mukminum, Asy-Syauaraa, Qasas, Al-Fatah, Az-Zumar, Ghafir dan Al-Qamar. Di sebalik ayat-ayat ini ada penawar kepada penyakit kanser.

PEMBEDAHAN CARA BATIN– Ada jenis-jenis penyakit yang perlu diubati melalui pembedahan cara batin. Pembedahan cara batin ini dilakukan bukan menggunakan pisau dan sebagainya, tetapi dilakukan secara simbolik. Contohnya ialah pembedahan untuk penyakit saluran darah yang tersumbat (blockage). Pembedahan ini dilakukan secara simbolik dan apabila pesakit itu mengamalkan ayat-ayat seperti di dalam Surah Al Israa', saluran darah yang tersumbat itu dengan sendirinya (dengan keizinan Allah SWT) sembuh seperti sediakala dan pesakit tak perlu membuat “by-pass operation”.

PENYAKIT ROHANI (SPRITUAL ILLNESS)- Surah dan ayat-ayat Al-Quran ini bukan sahaja dapat mengubati sakit-sakit fizikal (seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, kidney failure, saluran darah tersumbat) malahan ianya lebih berkesan mengubati penyakit-penyakit rohani yang disebabkan oleh jin, syaitan dan iblis (seperti ilmu sihir, saka dan racun santau).

Sebagai contoh:

- Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 25, ayat 44 hingga 55, ayat 85 hingga 95, ayat 103 hingga 203, ayat 165 hingga 186 dan ayat 244 hingga 255 adalah ayat penawar kepada sakit-sakit gangguan yang disebabkan oleh sihir manusia melalui jin, iblis dan syaitan.

- Surah Asy Syuaraa' ayat 95 hingga 118, Surah Arrad ayat 30 hingga 34, Surah Fussilat ayat 25 hingga 44, Surah Furqaan ayat 61 hingga 77, Al-Mukminun ayat 105 hingga 118, dan ayat-ayat di dalam Surah Taha, A'raaf, Hud, Surah Al-Hasyr, Surah Al-Ghaasyiyah dan Surah Asy Syura sungguh berkesan dibaca untuk mengeluarkan jin, benda-benda halus atau racun-racun perbuatan ilmu sihir atau santau dari badan manusia.

- Surah Muhammad ayat 21 hingga 32 dan Surah Taha ayat 120 hingga 135 adalah ayat "penyejuk" iaitu penawar kepada orang yang panas baran dan untuk mententeramkan jiwa, fikiran dan hati. Sekiranya hati rasa resah dan gelisah atau "moody" tanpa sebab, dengan mengamalkan ayat-ayat ini dapat mententeramkan jiwa dan hati

GANGGUAN SAKA- Gangguan saka adalah gangguan jin atau benda-benda halus yang datang daripada keturunan keluarga. Ramai pesakit-pesakit yang mengalami gangguan saka tidak mengetahui ada nya jin dalam badan mereka yang mereka miliki melalui keturunan keluarga.

Sekiranya ada ahli keluarga terdahulu seperti ayah atau emak, nenek atau datok yang menuntut ilmu-ilmu silat atau ilmu-ilmu batin yang berasaskan jin, bila mereka meninggal dunia dan mereka tidak sempat membuang ilmu-ilmu tersebut atau memerdekakan jin-jin mereka, besar kemungkinan jin jin ini akan mendampingi waris-waris dalam keluarga tersebut. Bukan semua dalam keluarga itu akan didampingi oleh jin-jin saka ini. Selalunya anak anak lelaki dalam keluarga atau anak perempuan yang lemah semangat.

Ramai pesakit yang membawa ke klinik saya bayi-bayi yang baru lahir yang menangis dan meragam, dan selalunya bayi-bayi ini diganggu oleh jin-jin saka dari keturunan mak dan ayah bayi tersebut. Selepas saya mengeluarkan jin-jin saka dari dalam bayi-bayi ini, selalunya mereka akan pulih dan akan kembali normal.

Ada beberapa kes anak-anak yang tidak mahu pergi sekolah tanpa sebab yang munasabah. Mereka memang tidak mahu dan takut untuk ke sekolah. Dalam kes macam ini selalu anak-anak ini ada jin-jin saka dalam badan mereka dan jin-jin saka ini mempengaruhi minda dan hati anak-anak ini supaya tidak mahu ke sekolah. Mengapa mereka mempengaruhi anak ini ialah kerana di sekolah anak ini ada terdapat benda-benda halus di mana jin-jin dalam badan anak ini mungkin tidak selasa atau takut untuk memasuki ke kawasan sekolah. Mungkin perkara yang saya nyatakan ini tidak masuk akal tapi ia kerap kali berlaku. Setelah saya mengeluarkan jin-jin saka dari anak anak ini, mereka tidak ada masalah untuk ke sekolah selepas itu.

PENYAKIT GANGGUAN MAKHLUK HALUS- Penyakit-penyakit gangguan selalunya disebabkan oleh kemasukan jin, syaitan atau iblis ke dalam tubuh badan manusia. Apabila jin memasuki ke dalam badan manusa, ia selalu nya berada di dalam otak dan di tulang belakang (spinal cord) berdekatan dengan urat saraf kita. Melalui otak dan urat saraf, jin akan dapat mempengaruhi pemikiran dan emosi pesakit itu. Sebab itu kalau seseorang itu ada sakit ganguan sihir atau ganguan jin, fikiran dan emosinya mereka terganggu, dan kadang-kadang “anxiety level” mereka sangat tinggi. Selalunya mereka rasa sakit di bahagian pinggang, tengkuk, bahu dan sendi-sendi. Bila fikiran mereka terganggu, ia akan mengakibatkan seseorang itu mendapat sakit tekanan jiwa atau “depression”.

Apabila seseorang itu telah dimasuki jin atau makhluk halus, ia perlu terlebih dahulu dikeluarkan atau dimusnahkan (dengan izin Allah SWT). Keupayaan mengeluarkan atau memusnahkan jin, makhlus halus, racun sihir dan santau ini perlu dipelajari dan ia suatu keupayaan yang diberikan oleh Allah SWT. Apabila makhluk halus itu telah dikeluarkan atau dimusnahkan, ia disusuli dengan doa oleh pesakit dan amalan bacaan ayat-ayat Al-Quran seperti ayat-ayat dari Surah Al-Baqarah, Surah Asy Syu'araa, Surah Arrad, Surah Taha, Surah Fussilat, dll.

GANGUAN SIHIR– Ada banyak jenis ganguan sihir. Sebagai contoh - ilmu hitam ialah sihir yang boleh melemahkan tenaga batin seseorang. Ramai pesangan suami isteri yang dikenakan sihir atas tujuan untuk meruntuhkan rumah-tangga mereka. Ramai ahli sihir menggunakan jin untuk mengawal pemikiran dan nafsu syahwat seseorang. Di sini jin itu akan merosakkan urat saraf di tulang belakang seseorang itu melemahkan tenaga batinnya dan juga mempengaruhi pemikiran dan emosi suami dan isteri supaya mereka tidak sehaluan. Santau adalah sejenis racun sihir dan boleh dimasokkan ke dalam badan sesaorang itu melalui jin atau melalui makanan.

Santau adalah sejenis sihir yang sangat popular dalam masyarakat Melayu, India dan Cina. Terdapat bermacam jenis santau dari perbagai bahan semula jadi seperti racun santau dari racun akar-akar kayu, buluh nyilu, racun binatang seperti ular, cengkerik, lipan, dll. atau dari bahan kaca, pasir dan besi. Terkini yang saya dapati ialah santau yang diperbuat dari bangkai binatang dan tuala wanita yang telah dipakai. Perubatan mengeluarkan racun santau ini dilakukan melalui batin dan dengan membaca ayat-ayat Al-Quran yang tertentu.

Sihir yang sangat popular di kalangan masyarakat melayu adalah ilmu pengasih dan ilmu pemisah. Ilmu pengasih apabila ada orang yang ingin mempengaruhi emosi dan perasaan sesaorang dengan menggunakan jin dan sihir. Ilmu pemisah pula apabila ada orang ketiga yang ingin memisahkan pasangan suami isteri untuk mengawini suami atau isteri pasangan tersebut.

MEMBUAT KAJIAN- Saya memang berharap agar ada pelajar-pelajar atau tenaga pengajar pusat pengajian tinggi dapat membuat research tentang Perubatan Syifa' Al-Hidayah ini sebab banyak lagi rahsia-rahsia di dalam Al-Quran yang saya sendiri belum dapat mendalami dan memahaminya. Hakikatnya, ramai kalangan umat Islam yang sakit telah sembuh dengan mengamalkan ayat-ayat Al-Quran (dengan keizinan Allah SWT), ini adalah bukti bahawa Al-Quran adalah penawar kepada segala penyakit kepada orang yang yakin dengannya dan dengan keizinan Allah SWT.

KEYAKINAN DAN USAHA SERTA DOA- Saya telah mempraktikkan Perubatan Syifa' Al-Hidayah atau (Koranic Medicine)ini sudah lebih daripada 9 tahun. Hakikatnya, dengan keizinan Allah (SWT) ramai kalangan pesakit yang telah sembuh dengan mengamalkan ayat-ayat Al-Quran yang diberikan. Pokoknya, kita perlu yakin sepenuhnya dengan mukjizat ayat-ayat Al-Quran ini dan berusaha membaca ayat-ayat Al-Quran dan berdoa kepada Allah (SWT) untuk sembuh dari penyakit yang dihadapi.

INTERNET WEBSITE- Saya berharap melalui website ini, ilmu Allah (SWT) ini dapat di perkembangkan. Al-Quran ini adalah dari Allah (SWT) dan perubatan ini adalah dari Allah (SWT), jadi tidak ada rahsia didalam perubatan ini. Tujuan saya mengadakan website ini adalah untuk berkongsi bersama pengetahuan perubatan ini dan seterusnya untuk menyebarkan perubatan ini kepada sesiapa yang yakin akan hikmah ayat-ayat Al-Quran. Kebanyakkan ayat-ayat yang digunakan untuk perubatan ada di dalam website ini. Dengan adanya website ini, ia juga dapat membantu orang ramai atau pesakit-pesakit yang kurang fasih membaca ayat-ayat Al-Quran. Dalam website ini, setiap ayat yang dipamirkan terdapat kemudahan “audio” untuk pesakit-pesakit mendengar dan menyemak semula bacaaan Al-Quran yang diamalkan. Selain dari itu, setiap ayat disertakan dengan terjemahannya supaya mudah orang ramai dan pesakit-pesakit memahami maksud ayat-ayat tersebut.

SUMBANGAN DAN DERMA- Disini juga saya ingin memberitahu bahawa Perubatan Syifa’ Al-Hidayah ini tidak menetapkan pembayaran atau dalam istilah melayu “pengeras”. Tetapi sekiranya pesakit ingin menderma setelah mendapat rawatan, saya ada menyediakan dua tabung khas untuk pesakit dan penderma. Satu tabung untuk cadangan pembinaan asrama atau pusat anak-anak yatim dan satu lagi tabung kebajikan untuk kegunaan pembinaan masjid, korban, dan amalan yang lain.

PEMBINAAN PUSAT ANAK YATIM, SURAU & PUSAT RAWATAN- Dengan keberkatan dan rahmat dari Allah SWT, hasil dari wang kutipan dan dermawan dari pesakit-pesakit selama beberapa tahun yang lepas, saya (dengan keizinan Allah) telah membeli sebidang tanah seluas 1.8 ekar di Janda Baik, Bentung, Pahang. Di atas tapak tanah ini saya bercadang untuk mendirikan asrama atau pusat anak-anak yatim, surau dan kemungkinan sebuah pusat rawatan atau hospital yang berasaskan perubatan Syifa' Al-Hidayah.

Selain dari ini, wang derma ini juga disalurkan kepada 30 orang anak-anak yatim setiap bulan sebagai wang saku bulanan dan pembelanjaan persekolahan mereka. Sekiranya ada hamba-hamba Allah atau mana-mana pihak yang ingin menyumbang kepada pembinaan pusat anak yatim atau menderma kapada anak-anak yatim yang tersebut diatas, bolehlah berbuat demikian melalui akaun Bank Simpanan Nasional, Al-Wadiah nombor akaun : 1010041000017318.

Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang telah memberi kerjasama, idea, masa dan tenaga untuk bersama-sama membina website ini terutama Encik Shahrul Mohd Saleh dan Encik Nik Nashron bin Abdul Aziz. Mereka telah banyak meluangkan masa dalam pembinaan website dan saya amat menghargai kesabaran dan ketekunan anda semua. Syukur ke hadrat Allah kerana memberi keupayaan dan keyakinan diri kita bersama, membolehkan website ini sempurna dilaksanakan.

Tidak lupa saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat karib saya yang telah bersama-sama menyebarkan Perubatan Syifa’ Al-Hidayah ini dan membantu secara sukarela didalam mencurahkan tenaga dan masa setiap kali saya melakukan rawatan di luar kawasan Kuala Lumpur seperti di Kuala Terengganu, Makkah dan Madinah. Setiap bulan saya akan pergi ke Kuala Terengganu untuk berubat di sana, khusus nya di Kuala Ibai, di kediaman Cikgu Syed Othman dan Cikgu Sharifah.

Kepada sahabat saya Sheikh Fareed Al-Maimani dan keluarga nya, terima kasih tidak terhingga kerana dengan pertolongan beliau, Perubatan Syifa' Al-Hidayah telah bertapak di Madinah Al-Munawarrah.

Saya amat menghargai jasa-jasa dan sokongan anda semua dan semoga Allah (SWT) memberi ganjaran kebahagiaan di dunia dan akhirat di atas pertolongan yang diberi oleh anda semua. Mereka adalah:

1. Cikgu Syed Othman dan Cikgu Sharifah serta sekeluarga dari Kuala Ibai, Kuala Terengganu.
2. Kamal Azam Ibrahim dari Kerteh.
3. Ustadz Hj. Mohd Shukri bn Ali dan sekeluarga dari Kuala Terengganu.
4. Encik Mohammad Azmi bin Zain dan isteri Dr. Wan Balqis dari Arau, Perlis.
5. Sheikh Fareed Al-Maimani dan sekeluarga dari Madinah.
6. Cikgu Din Ibrahim, Ustadz Hashim Ahmad dan Encik Mustafa dari Langkawi.
7. Adik angkat saya - Mohd Ashraf Muslim yang banyak membantu dan memahami saya dalam perubatan ini.

Kepada isteri saya Norma Muhammad dan putera puteri saya - Noor Alia, Noor Dayana, Adi Ikmal, Dani Aizat dan yang kecil dan manja sekali Dhiya Aiman, yang telah banyak berkorban, memberi sokongan dan memahami saya, mudah-mudahan apa yang kita sekeluarga lakukan ini memberi manafaat dan diperkira sebagai ibadah jua yang diberi ganjaran oleh Allah (SWT).

Akhir sekali, saya bersyukur kepada Allah (SWT) kerana dengan keizinan dan rahmat nya, Pusat Perubatan saya di Villa Bestari, Sungai Pusu, Gombak, telah siap dibina dan beroperasi sejak 18 September 2006 yang lalu. Ini adalah rahmat dan pemberian Allah (SAW) kepada saya dan juga kepada semua pesakit pesakit yang telah bersama-sama berdoa untuk mendirikan dan merealisasikan impian saya untuk mendirikan Pusat Perubatan Syifa' Al-Hidayah. Dengan adanya Pusat Perubatan ini, agar dapat memberi kemudahan perubatan yang lebih selesa dan lengkap kepada semua pesakit-pesakit. Terima kasih Ya Allah Ya Tuhan atas pemberian Mu ini.

Ingin saya memberitahu bahawa Perubatan Syifa' Al-Hidayah ini telah pun didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan nombor pendaftaran 00163401-P pada 28 Ogos 2006.

Setelah terdirinya Pusat Perubatan Syifa' Al-Hidayah di Sg. Pusu ini, fokus saya sekarang ialah membina pusat anak-anak yatim di Kampong Ceringgin, di Janda Baik, Bentung, Pahang. Tanah seluas 4 ekar di Janda Baik ini dimana 2 ekar yang dibeli hasil kutipan dermawan dari pesakit-pesakit dan orang ramai and 2 ekar lagi diwakafkan oleh seorang hamba Allah. Pembinaan rumah anak yatim ini akan memerlukan banyak bantuan dari segi tenaga, idea dan dermawan. Sesiapa yang ingin menyumbang dermawan atau sumbangan tenaga, bolehlah datang berjumpa saya untuk membincang sumbangan yang sedia diberi. Anggaplah ini sebagai projek istimewa untuk Allah dan kebaikan anak-anak yatim.

Di samping itu, saya dan jiran-jiran saya sedang mengusahakan pembinaan sebuah surau di kawasan kediaman kami Villa Bestari, Gombak. Kos pembinaan surau ini diramalkan sebanyak RM450,000. Ia terletak di kawasan Villa Bestari dan tanah tapak pembinaan yang luasnya 10,000 kaki pesegi telah di sediakan oleh pemaju kawasan ini. Setakat ini hasil kutipan derma dari pesakit-pesakit yang datang ke klinik saya dan kutipan dari orang ramai, kami telah dapat mengumpulkan sebanyak RM341,000. Sekiranya ada penderma yang ingin menderma, sila kredit kan sumbangan kepada akaun Bank Muamalat, no. akaun 1401-0033145-72-1 dan akaun ini adalah di atas nama saya.

Ya Allah, Ya Tuhanku, KemuliaanMu lebih daripada mencukupi untuk memenuhi pelbagai ratapan. KeagunganMu dan ihsanMu lebih daripada memadai untuk mengampunkan dosa-dosa. Sempurnakanlah dakapan hidayahMu ya Allah. Berikan lah kami kesejahteraan, kekayaan, pemeliharaan dan kasih saying Mu Ya Allah. Anugerahkanlah daku Ya Allah, Ya Tuhanku, kedua ibu bapa, keluargaku, sahabat-sahabatku dengan rahmat dan keberkatan, keampunan, kebahagiaan dunia dan akhirat.

Sekian. Wabillahi Taufiq Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Hj. Lokman Abdul Hamid
1, Jalan Bestari Indah,
Villa Bestari, Sg. Pusu,
Gombak
Tel: 019 315 9377

12 November 2008


Di ambil dari web site http://www.syifa-alhidayah.com/


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bila anak2 ku naik bas...

Wekend baru ni kami jalan2 ke Marina Cove,Lumut sempena family day opis abi.Kami semua naik bas UKM.Dua bas besar,satu bas pendek.Emm bas pendek tu nampak menarik jer tp kami ditempatkan dalam bas besar yg ada dua pintu.hahaha..macam naik bas harian yerh..sungguh menarik!! Ini kes dah lama x naik bas yer..

Untuk Hayyan n Harraz ini adalah kali pertama dorang naik bas.Paling excited ialah Hayyan.Dia x berhenti2 tanya bila bas ni nak jalan.Maklum aje kami pergi berombongan so kene la tunggu orang lain sama.Hayyan siap tanya "mama,bila orang nk ramai ni??"..mama jawab " sabar..sabar..boleh takkkk?".Si Harraz pun tak kurang excitednyer sampai susu pun x mo minum.


Muka Hayyan yang baru bangun tido.tunggang langgang tido dalam bas.Mana nk sama tido dalam keta yang bole berlunjur2 kaki. Sabar aje le Hayyan..

Adik yang terujaaa!!!! Owh budak kecik ni siap nk turun berjalan2 dlm bas.Emmm mmg x dapat la kan.Tau aje la bas bergegar2 segala.mau anak mama ni tergolek masuk bawah kusi orang.

Mama nk amik gambaq pun x boleh asik pusing sana sini.

Harraz dok mengorat sorang budak pompuan depan seat kitorang.Main cuit2 tangan plak tu.haishhh..

Muke blur masa mula2 naik bas.Heran kot sebab tgk banyak sgt kusi.Selalu dalam keta mana ada kusi banyak camni kan...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

My 100th entry - Untuk Bro Dj Epoi...

Mama dapat artikel ni lepas mencari2 info penyakit jantung berlubang dari Internet.Semoga Bro Epoi dan Isteri akan tabah menghadapi dugaan ini.Insyaallah baby Afiq akan sembuh seperti sediakala.Amin...
Mungkin Bro Epoi dh di terangkan prosedur ini dari doktor.Tapi ini juga untuk pengetahuan kita2 juga.Mungkin hari ni hari Bro Epoi,esok2 kita tak tau..Insyaallah akan di cari lagi info2 pasal penyakit ni dan akan di panjangkan kepada Bro Epoi.


RAWATAN JANTUNG BERLUBANG TANPA PEMBEDAHAN

Kini satu kaedah yang canggih telah diperkenalkan bagi merawat pesakit jantung berlubang terutamanya di kalangan kanak-kanak.

Kaedah yang dikenali sebagai transcatheter technique atau rawatan secara transkateter (tiub) adalah rawatan jantung berlubang tanpa perlu melakukan pembedahan. Institut Jantung Negara (IJN) telah mempraktikkan kaedah ini sejak tahun 1997 lagi dan sehingga kini lebih 230 kes telah berjaya dirawat.

Dr. Haifa Abdul Latif, Pakar Kardiologi Pediatrik, IJN berkata, kaedah ini dijalankan ke atas pesakit jantung berlubang dengan menggunakan tiub kecil yang dipanggil kateter.

"Pemeriksaan bunyi atau gema (echocardiogram) akan dilakukan terlebih dahulu pada kanak-kanak yang dikenal pasti menghidap jantung berlubang. Ini untuk menentukan saiz dan lokasi lubang serta memastikan adakah ianya sesuai untuk rawatan kaedah transkateter," kata beliau.

Dua jenis penyakit jantung berlubang yang boleh ditutup dengan kaedah ini ialah Secundum Atrial Septal Defect (ASD) dan Muscular Ventricular Deptal Defect (VSD).

ASD adalah lubang terbentuk apabila septum iaitu dinding yang memisahkan ruang jantung memisahkan kedua-dua atrium. Dua atrium tersebut ialah atrium kiri dan atrium kanan dan ia adalah ruang atas yang tidak terbentuk dengan sempurna ketika proses pembentukan janin.

Kesannya darah akan mengalir melalui lubang ini secara berlebihan hingga ke paru-paru dan ianya boleh membebankan kerja jantung.

"Selain itu, penyakit jantung kedua ialah lubang septum ventrikal (VSD), lubang pada septum ventrikal terjadi apabila terdapat bukaan yang besar di antara dinding yang memisahkan kedua-dua ventrikal (ruang bawah).

"Dalam hal ini, aliran darah dari kiri jantung akan mengalir semula dengan banyak ke bahagian kanan. Jadi ia akan membenarkan darah berlebihan mengalir ke paru-paru seterusnya memberi kesan ke atas beban kerja jantung," tambah beliau lagi.

Sebenarnya jantung berlubang adalah satu kecacatan kongenital. Ia adalah satu kelainan pada struktur jantung atau saluran darah berhampiran jantung yang tidak terbentuk dengan sempurna sebelum dilahirkan.

"Kebanyakan punca sebenar penyakit ini tidak dapat diketahui. Bagaimanapun, ada sesetengah keadaan atau penyakit yang boleh menyebabkan jantung berlubang," katanya.

Ada beberapa punca penyakit jantung berlubang, antaranya seperti sindrom Down, jangkitan virus (seperti rubela kepada wanita hamil), wanita hamil yang mengambil alkohol atau mengambil dadah dan juga masalah genetik.

Menurut Dr. Haifa lagi, alat yang digunakan untuk menutup lubang ASD dipanggil Amplatzer Septal Occluder (ASO) dan untuk VSD dipanggil Amplatzer Ventricular Septal Occluder (AVSO). Alat tersebut akan dimasukkan melalui saluran darah di paha melalui kateter atau tiub yang panjang.

"Setelah lubang dikenal pasti dan saiz lubang ditentukan, alat yang sesuai akan diletakkan pada lubang berkenaan. Alat ini akan kekal di dalam jantung pesakit tersebut. Prosedur ini dilakukan dalam keadaan bius (general anaesthesia), jadi pesakit tidak merasai apa-apa kesakitan semasa rawatan ini dijalankan," jelas Dr. Haifa.

Menurut beliau lagi, rawatan AVSO dilakukan pada kanak-kanak yang berumur empat tahun ke atas. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami jantung berlubang ASD tidak mempunyai simptom atau tanda-tanda.

Mereka biasanya dikesan apabila doktor mendapati bunyi (murmur) di dada semasa menjalani rawatan untuk penyakit lain atau semasa lawatan di sekolah.

Bagaimanapun, lubang ini perlu ditutup pada peringkat kanak-kanak kerana ianya akan mendatangkan masalah pada peringkat remaja atau dewasa. Di peringkat ini (remaja atau dewasa) mereka boleh mengalami masalah sesak nafas dan arithmia (rentak jantung abnormal).

Simptom penyakit jantung berlubang VSD bergantung kepada saiz lubangnya. Kanak-kanak yang mmepunyai lubang yang besar akan mengalami sesak nafas, kerap berpeluh, peningkatan berat badan yang tidak sempurna dan kekerapan mendapat jangkitan paru-paru.

Kanak-kanak ini biasanya memerlukan rawatan pembedahan sebelum berumur dua tahun. Sementara kanak-kanak yang mempunyai lubang yang kecil atau sederhana mungkin tidak mempunyai simptom atau simptom yang sedikit sahaja.

Mereka biasanya diberi ubat untuk mengawal sesak nafas dan perlu menjalani rawatan susulan setiap tiga hingga enam bulan untuk melihat perkembangannya. Lubang yang kecil mempunyai kemungkinan lebih kurang 80 peratus untuk tutup dengan sendirinya apabila kanak-kanak membesar.

Selepas kanak-kanak tadi menjalani rawatan secara ASO, mereka akan dibenarkan pulang ke rumah sehari selepas rawatan. Mereka juga dibekalkan dengan ubat aspirin untuk tempoh enam bulan kerana fungsi ubat ini untuk mengelakkan terjadinya darah beku pada alat tersebut.

Kemudian selepas enam bulan, setelah alat itu sebati dengan jantung pesakit dan berada pada kedudukan yang tetap dan tidak ada risiko untuk pembekuan darah, pesakit hanya perlu ke hospital untuk pemeriksaan biasa sahaja.

*Ibu November 2001 ms 36 & 62*
http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/rawatan_jantung.htm

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dinner @ Memori Corner

Hari tu ( x ingat dh bile masa) kami pergi makan dekat Memori Corner next to Leha Kelfood,MRR2.Tempat tu menarik dengan interior yang ala2 makan kat kampung gitew.Tapi food variaties agak tidak best sbb bagi mama pilihannya terhad.Walaupun menu2 nyer agak outstanding tp terhad la.Belek2 menu,patah balik ke muka surat depan,patah balik page belakang masih x tau nk makan apa.haha..cerewet sungguh nak makan mama neh.issshh...Last2 kami end up makan roti bakar ape tah ( dh lupe yerh namanyer sebab dh lama dh),kuey teow nama x ingat n nasik goreng amende tah.

Owhh mama ada tersilap order yerh.Bila roti bakar sampai terus makan tetiba baru teringat ehh aku order lain nape dapat benda lain?bile tanya waiter n tgk kt kertas order rupenyer mama salah tick daaa..emm what a turn off! tapi makan je sampai abis.hahahha..


Ohh anakku tekun menconteng kertas mengorder makanan.Kat situ makan tick menu sendiri yerh.pastu bagi kertas tu kat waiter yang setia menunggu di tepi2 meja.

Wahhh nampak banyak la pulak menunyer..tapi apsal rasa cam sikit jerk?ker mama ni yg terlebih rabun?errrk...

Sabar menunggu makanan.Hayyan mulut dah macam ikan piranna kelaparan.Grrrr...

Masa nak balik.Amboih Harraz riang gembira.Dah kenyang makan itu la rupenyer.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Harraz main tennis??

Tajuk macam poyo je kan.hahaha...Ini video Harraz tengah main dengan Hayyan.Adik skrg sgt suka main raket tennis mainan ni.Apa yg dia suka buat ngan benda ni ialah dia suka ketuk orang.Selalu jadi mangsa ialah mama n Hayyan.Abi jarang kene ketuk.Emm..nape ekkk??owhh sungguh tidak aci.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jom main kat tangga!

Harraz tunjuk skill turun tangga sendiri.Abang Hayyan macam biasa mesti nak kacau adik.
Owhh lupe pulak.Harraz dh pandai jalan.Yeay!!




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Naik SkyCycle la pulak...

Aktiviti terakhir di Bukit Merah selepas melawat haiwan2 kat Ecopark ialah naik skycycle.Ada dua pilihan sebenarnyer samada nak naik ChairLift atau SkyCycle tp kami pilih skycycle sebab baby boleh naik.Kalo naik chairlift baby tak buleh tumpang yer sbb utk 2 org jer.Plus safety x baper nk menyakinkan so agak bahaya mama rasa la kan.Tapi sebenarnyer naik skycycle pun bahaya jugak sebab safety cume palang besi sebagai pintu.Lain2 tu tawakkal dan doa aje la untuk lebih selamat.Sungguh lepas ni kami x mo naik dah benda ni.Takut n serik.200 meter ye nak kene kayuh.Sungguh stress n penat.Kalo kene kayuh ngan kaki tak apa la jugak.ini dengan tangan.Challenging yang sungguh tidak hengat. Ditambah dengan beban2 ( uhh beban rupenye kami ni) yang berat.Lagi la penat nak kayuh.



Muka2 yang dh start merasa cuak.Dalam hati berkata, " nape la benda ni rasa mcm x selamat?? tapi nk patah balik mmg x boleh.waaa....!!"

Encik suami yg dh mula rasa menyesal naik benda ni.Sebab dia kene kayuh dengan tangan yerh.sangat penat.kesian abi..

Nampak air kat bawah tu?Kalo orang gayat jangan harap la nak naik benda ni.Silap hari bulan buleh nanges sambil mengayuh kereta ni.Haru haru...

Mama yang tergediks nk amik gambar.Cik suami kat belakang sedang bertungkus lumus mengayuh.Jauh lagi tu perjalanan.Habis pokok2 kami redah.Sabar je la ye anak2..dan bapaknyer.

Nampak tak rel keta ni plus dengan pokok2 segala? Mujur x de ulau melingkau atas pokok.kalo x mmg sajer carik pasal la kan.Nampak x selekoh tu,tang corner tu mmg tensen nk kene kerah sehabis2 tenaga nk kayuh sbb nk mmg susah nk pusing.Err..ditambah dengan berpuluh2 kilo beban kat depan pemandu.lagi la menyusahkan pemanduan.Sape la agak2 nyer org itew??hahahha..

Abi yang tengah berpeluh sakan.Lencun baju dek peluh.Hayyan tengah tensen sambil mulut mengomel..."mama la ni,berat sangat.sian abi..nyet nyet pot pet pot pet" ( x abis2 mengomel sampai la ke station mula2 td)

View dari atas.Itik2 n ayam2 yang x baper nk nampak rupe sebenar sbb pokok2 dh halang pandangan.

Harraz relaks jer..


Abi yang penat dan dahaga macam orang masuk pertandingan triathlon.hiihi..kate abi,dah lepas ni kita x payah dah datang sini lagi.Kita dh cover semua aktiviti kat situ.hahha...bunyi macam tensen jerk kan.Mama relaks jer sebab x penat pun tapi nk naik lagi mende ni mmg x mau dh.

Kesimpulan jalan2 Bukit Merah mmg best! Sekali seumur hidup cukup lah..
sekian terima kasih.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Us @ EcoPark Bukit Merah

Emm..entry bukit merah yang x habis2 lagi.Lambat betul nk habiskan citer Bukit merah ni.Anyway,citer kali ni pasal jalan2 kami ke Ecopark pulak.Kat sini macam zoo tp terbuka dimana pelancong ( wahh macam jauh sgt datangnya pelancong2 ni) boleh bermesra2 dengan haiwan2 kat situ.Walaupun bole pegang2 x de sape pun yg mama nampak pegang2 haiwan tu seme.hihihi.OH..kat situ tak nampak pulak singa dan harimau.Susah nak jaga kot.Buaya pun kami x nampak sebab x pergi bahagian reptilia sebab kami sudah sangat letih okeh.


Hayyan yang sangat teruja nak tengok binatang2 kat situ.Hayyan sibuk bertanya,"mama,mana haiwan lain Hayyan nak tengok?".Macam tak cukup2 pulak haiwan2 kat situ.Jalan tak tunggu dah mama ngan abi.Excited sungguh!



Kesian kambing ni dok mengembek sampai kat luar ecopark pun boleh dengar.Lapar sangat neh.Tapi x de sape pun yg bagi makan.

Salah satu drpada geng Wonderpets.

Cik Tenggiling tengah sedap tido.

Ini binturong.Macam kucing hutan gitu la.


Ini squirrel monkey.Comel dan melompat sangat pantas.Dah dia monyet,sah2 dah la sgt terer memanjat n melompat.Ohh..Hayyan sangat suke ini monyet.hehehe...




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kids @ Waterpark Bukit Merah

Pics taken masa kat Bukit Merah hari tu.Dah basi citer ni sebenarnyer.Sebab banyak sgt nk upload citer baru sudahnya x upload2 pulak.Ni masa kami mandi manda kat waterpark.Macam2 jenis kolam n slides ada tp satu pun x bule nk cube.Sebabnyer kami membawa anak2 kecil yg belum layak main slides2 seme tu.Kami cume main2 air sambil tolak floaties budak kecik dua orang ni aje la.Abi setakat bule selam2 air yang takat pinggang tu jela.nak lebih x bole la kan sebab kang ada pulak yang nk ikut terjun2 dalam kolam.Sapa lagi kalo bukan Hayyan.Mama sebenar malas nk pergi sebab fikir nk kemas barang etc nk balik kl.FYI,kami ke waterpark masa 2nd day.tiket valid 3 hari utk org2 yg overnight kat situ.

Hayyan yang sangat tak sabar nk masuk kolam.

Testing pelampung kot2 bocor.

Okeh pelampung selamat n x bocor.Jom main air!!

Ini je la aktiviti kitorang lalu dalam terusan air.

Harraz yang tak kurang excitednyer.First time neh masuk kolam main air.Nasib baik budak2 ni tak selsema n batuk.Alhamdulillah...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS