ONLINE CONTEST~SENYUMAN CERIA SI COMEL.

Contest kedua yang mama nk masuk kali ni.Nak mempertaruhkan 2 orang anak teruna mama neh.Harap2 menang la yer...kalo ada rezeki...Insyaallah....

Meh2 jom masuk contest ni.Hadiahnya adalah...LUMAYAN....hihih...

_______________________________________________________________

Buat julung2 kalinya, SMILEYKIDZ ingin menganjurkan

ONLINE CONTEST~SENYUMAN CERIA SI COMEL.

Hadiah yang ditawarkan adalah:

Pemenang Utama x 1 org:

Outdoor fotografi selama 1 jam

~unlimited shots~

~1 sticky album dengan 20kpg gambar terbaik~

******************

Pemenang sampingan x 2 org:

Voucher fotografi SMILEYKIDZ bernilai RM50


So apa tunggu lagi???

Sertai online contest ini sekarang. :)

Online contest ini di buka dari tarikh:

15th Oktober 2009 - 31 Oktober 2009 jam 11.59mlm.

Terbuka kepada si comel berusia 1day - 4 thn sahaja.

Cara2 penyertaan?

  • Jadi Follower SMILEYKIDZ dan Add SMILEYKIDZ di dalam bloglist anda
  • Letak banner contest ini di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
  • Buat entri mengenai Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel ini di dalam blog anda
  • Kemudian, upload gambar si comel di dalam entry tersebut dengan senyuman yang paling ceria/happy/sweet. TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di nilai.
  • Jangan lupa nyatakan nama si comel dan umurnya.
  • Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke SMILEYKIDZ .
  • AMARAN: no link back will be disqualified
  • Bila anda dah puas hati dengan entry tu, TINGGALKAN komen dan LINK entry tersebut di dalam ruang komen entry online contest ini.
  • Tetapi sebelum itu..sila baca syarat2 penyertaan di bawah:
Syarat-syarat Penyertaan dan disclaimer:
  • Terbuka kepada semua mommies/daddies yang mempunyai anak berusia 1hari - 4 tahun.
  • Anda boleh upload seberapa banyak gambar senyuman si comel TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di adili.
  • Dalam gambar2 tersebut, mestilah gambar INDIVIDUAL. Kalau ada 2 orang dalam gambar itu, secara automatik gambar itu tidak akan di adili.
  • Kalau anda ada lebih dari seorang si comel, boleh upload gambar mereka tetapi MESTILAH gambar INDIVIDU tau!!
  • Entry anda HANYA akan di adili oleh SMILEYKIDZ.
  • Keputusan peraduan ini adalah MUKTAMAD.
  • Penyertaan dibuka dari 15th Oct 09-31th Oct 2009, jam 11.59pm.
  • SMILEYKIDZ akan memula sesi penilaian pada bila2 masa.
  • SMILEYKIDZ akan meninggalkan komen di dalam entri anda setelah diadili.
  • Sebarang pertukaran gambar selepas di adili tidak akan di ambil kira
****************************************
Peserta-peserta nya adalah.....

Anak pertama,Muhammad Zarif Hayyan B Fairuz
Umur, 3 tahun 9 bulan





***************************************************
Anak kedua,Muhammad Qayyim Harraz B Fairuz
Umur, 1 tahun 4 bulan






Semoga adalah rezeki kanak2 dua orang ni..Ameen...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Budak sayur..

Balik dari umah Dj Epoi kami sekeluarga singgah ke Giant Batu Caves utk beli groceries yg dh susut kat umah tu.Masa mama sibuk2 nak beli sayur si kecik Harraz dah dapat tarik sehelai sayur sawi.Masa tu abi n mama x perasan.Tapi masa beratur utk bayar di cashier mama terkejut sgt tgk Harraz dengan selambanya tengah mengunyah sayur sawi tu.Waaaa...cepat2 mama amik sayur sawi mentah tu n buang.Tapi sebelum buang tu sempat amik gambar lagi tu.hahaha...

Ohh FYI,budak ini suka makan sayur berbanding abang dia yang sangat tidak suka makan sayur.

Sebelum sayur kene rampas dgn mama.

Muka sedih la konon bila sayur kene amik.kesian dia..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Open House @ Kak Syabar House ( with Dj Epoi too)

Hari Sabtu baru2 ni kami sekeluarga memenuhi jemputan Dj Epoi ke rumah terbuka adik dan kakak ini di rumah kak min aka kak syabar.Mula2 rasa segan pun ada tapi sebab nak jumpa kawan2 blogger kami gagahkan juga meredah Bukit Desa Cahaya.Mula2 sesat larat siap berenti kat balai polis tanya map lagi.Sebab map yang diberi adalah sangat kecik n x clear.Sori ye kak min.

Rupe2nya balai polis yg kami tanya tu dekat sgt dgn umah kak min.Masa sampai tgk2 ada khemah besar mcm kenduri kawen.Segannye nk masuk mula2.Tapi bila dh nk sampai ke khemah dr jauh dh nampak DJ Epoi.Nasib baik brader kenal muka.kalo x mau kami patah balik umah.hihihii...

Open house ni mmg seronok sebab terasa suasana kekeluargaannya sbb ramai saudara mara kak min n Dj epoi yg datang termasuk kawan2 skolah kak min n bekas cikgu pun datang.Mmg meriah abis.Plus sambut besday anak kak min lagi,Adnin.

Ini adalah pics sepanjang program di umah kak min.Sila layan dengan gembira.hihi..

Dj Epoi with hubby..

Besday boy,Adnin.



Kak min tengah bagi ucapan..sebak sekejap mendengar ucapan kak min.

Dengan kak min,tuan rumah open house.

Dengan Dj Epoi ,Suked n Baby Afiq

Dengan kawan blogger baru kenal,Ida.

Kenyang perut suka hati.lalalala....dah..dah..balik umah jom.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ayam seketul?

Tajuk mmg ada kene mengena dengan ayam goreng.Berebut dua beradik x sabar2 dh nk makan.Masa ni mama pi naik mandi n solat.Abi x larat nk layan cume mampu amik gambar je.Mama turun je tgk2 lantai umah dh berminyak2.Sabarrrrr jeeee laaaahhhh....
Sila layankan aje pics ni .

Berebut dua beradik.

Adik berjaya merampas dr abang.

Makan sorang2 langsung x pelawa abang dia.

Sempat jeling kamera.

Siap offer abi.Nak??nak??

Last sekali aksi sukaneka cari gula dlm tepung.Tapi ni aksi gigit ayam atas lantai.Habis tikar mama .Kamu ni mmg lerrrrr mengeram kan mama tau...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Contest : Si Comel Berbaju Raya

Nama Baby: Muhammad Zarif Hayyan B Fairuz
Umur Baby: 3 tahun 9 bulan

Ini gambar raya tahun ini..2009

Jom ramai2 kita serta contest ni..sila klik sini untuk detail.
Walaupun esok close date, masih lom terlambat

Cara Penyertaan
Pertandingan dibahagikan kepada Kategori A (Boys) dan Kategori B (Girls)

*
Pertandingan dibahagikan kepada dua fasa:
*
Fasa 1: 23 September 2009 – 15 Oktober 2009 - Semua peserta submit gambar Si Comel Berbaju Raya.
*
Fasa 2: 16 Oktober 2009 – 31 Oktober 2009 - Top Ten akan dipilih. Pemenang akan dipilih berdasarkan undian.

Syarat Penyertaan

*
Jadi Follower BabyIbu dan add BabyIbu dalam bloglist anda
*
Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
*
Membuat entri mengenai contest ini diblog anda
*
Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel anda berbaju raya (berbaju raya = baju kurung/baju melayu)
*
Sila nyatakan nama si comel dan umurnya
*
Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke BabyIbu dan semua sponsor (no link back will be disqualified)
*
Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini.
*
Klik sini untuk Q &A

Hadiah

Bagi Kategori A:

Hadiah Pertama
-Casual Meg daripada Gin & Jacqie
-Necklace by S daripada Sherry
-120 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online
-RM30 Gift Card daripada leanalittleshop

Hadiah Kedua
-Reversible gemstone ring imported from US daripada TH
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-80 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Hadiah Ketiga
-Eyeko: Silver shopper (imported from UK) daripada Mia
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-40 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Bagi Kategori B:

Hadiah Pertama
-Colorful Sally daripada Gin & Jacqie
-Pretty Birdie Earrings daripada Niko
-120 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online
-RM30 Gift Card daripada leanalittleshop

Hadiah Kedua
-Reversible gemstone ring imported from US daripada TH
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-80 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Hadiah Ketiga
-Eyeko badges and postcard set (imported from UK) daripada Mia
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-40 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Hadiah Misteri
Terdapat hadiah misteri khas untuk referrer terbanyak sepanjang tempoh contest (diadili guna Google Analytics)..more info


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ini semua orang punyer...iskk..iskk..iskk..

Owhh tajuk kali ini sangat menyedihkan sebb perkara2 di bawah ni mmg mama nk sangat.Paling nk sangat adalah perkara no 1.perkara no 2 juga sangat diperlukan sekarang sbb lappy mama yang sebelum ni dh rosak.huhuhu...sedih...

Paling sedih sebab dua perkara ini adalah kepunyaan orang lain.Perkara no.1 adalah anak sedara paling baru.Dan baby ini adalah baby GURL.Baby Nur Safiyyah Aqilah adalah cahaya mata kedua abang ipaw den.Umur x sampai seminggu.Fresh from da oven.errrkkk....x patut betul mak ngah baby ni kan.( ini adalah suara org yang jeles)

Muka sebijik abang dia.Sila bayangkan rupa abang dia yerh.1 face = 2 kids.

Perkara no.2 adalah laptop baru adik ipaq yang kehilangan laptop hasil pecah rumah orang2 jahat yang berkeliaran di kawasan umah mak mertua di Batu Gajah sebelum ramadan aritu.Sbb sekrg dia tgh sibuk mencari kerja so laptop adalah sgt penting utk membuat resume.So petang semalam mama n abi bwk adik ipar ni ke kedai komputer.Hasil permerhatian yang tergesa2 n rushing ala2 tak tentu hala dengan budak2 yg tgh meragam,kami telah menapau balik mini notebook HP ini.Warna ada lah pink okeh.sangat ai suka n jeles disitu.Harga adalah sangat berpatutan.patut sbb mini la pulak kan.Org yg suka tgk dvd thru lappy adalah dinasihatkan utk beli external driver yer...x muat dvd driver nk masuk mini HP ni.Lagi satu selain warna pink kegemaran,skin laptop nyer mmg sangat la meletup.mak suke lagi!!!Berat nyer mmg la sgt ringan.Ala2 x perasan pulak bila masa carry laptop comel ni.hahaha....exaggerate di situ.over..over..

Siap dengan lapik meja yang old skool itew.Klasikkk doooh..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Small reunion..

Wah tajuk sangat over.Reunion kecil-kecilan je.Tapi sangat la bermakna sbb mmg susah la nk jumpa kawan2 yg baru jumpa sepanjang syawal ni.

Yang pertama,jumpa kawan mama,Niza @ Kuala Trengganu.Kebetulan niza bersalin baby no 2 so kami pun pi jalan2 raya plus tgk baby.Niza ex-opismate mama.Dulu keje kat kolej juga.tp skrg dia dh ke UMT.Walaupun kami boleh kata selalu balik K.Trg tp nk jumpe bukan senang.

Anak2 ku yang x reti dok diam.habis umah niza dengan kuih raya bersepai2 atas lantai.huhuhu...


Yang kedua,jumpa my school senior masa di Sek Men Sultanah Asma.Skrg kak farah tinggal di Jeddah.kak Farah balik beraya so kesempatan diambil utk jumpa.Kebetulan mama ada kirim barang dr sana.Teringin sangat nak jumpa baby Raisha,tp baby x datang sbb tido.Humairah pun x datang.Dapat jumpa kakak faihana saja.Ohh mama sangat jeles tgk k.farah yg maintain kurus itew.Anyway kak farah,tq kpd brader shidi sbb telah membayar bil food kami.Cik suami ai terkejut sbb tgk2 brader shidi dh bayarkan.patutnya kami la belanja tp sudah terbalik kot.tapi takpa nanti bila balik pulak kami belanja okeh.

Faihana malu2..Hayyan pulak yang x malu.Sibuk menunjuk gambar dia kat untie farah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jom naik kuda!

Aktiviti menghabiskan cuti raya di Kuala Terengganu.Salah satu favourite aktiviti Hayyan setiap kali balik umah Tok Aboh di Seberang Takir.Lokasi adalah di Teluk Ketapang,dekat airport Kuala Terengganu.


Hayyan yang sangat teruja naik kuda.Senyum lebar dapat naik kuda.FYI,dah lama dia x naik kuda.Sebab bila balik K.trg kadang2 x sempat ke sini.Abang baju kuning tu adalah salah sorang pengunjung.Mungkin dia teringin nk naik kuda tapi dia takut kot.hahhaha....opsss sori ye abang baju kuning.


Sepupu Hayyan.Nama Aqil.Macho orangnyer tapi takut kuda.hihhiihi...mula2 dia kata " tak mboh naik kude,takuk!( takut)"..tapi bila kuda mula berjalan terus terdiam tak terkata apa2.tapi muka masih cuak.Kesian Aqil..hihii..



Lepas naik kuda Hayyan sebenarnya x puas lagi.Takat 3 round pusing naik kuda harus tak puas hati.Siap pegang2 usap kepala kuda.Aqil hanya berani pandang jer..


Dalam hati Hayyan berkata " Kalo mama buleh beli sekor kuda ni kan ker best...hahahha"..
FYI,mama siap interview org yg jaga kuda2 ni.kata derang kuda betina mahal sbb deme ni beranak pinak.beli mak dapat anak2 gitew.kalo anak kuda yg Hayyan tengah pegang ni harga dalam RM3-4K.Kalo mak bapak kuda yg saiz dewasa harus lebih mahal.

Bila tgk kuda2 ni macam rasa best jek bela kuda ni tp kat mana la pulak nk buat kandang.hahha..teringin la konon.Mama teringin nak naik kuda tp takut pinggang kuda patah bila bawak mama.hihi..

p/s:Entry ini special dedicated untuk Maksu Aiyine yang jauh di Miri dengan ucapan...tak rindu kitorang ker??? (especially budak2 nakal ni).hiiihi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS