Dasyatnya Doa Seorang Ibu..

Taken from Facebook..

Sharing is caring..x salah untuk mencuba.Insyaallah dengan izin ALLAH swt semua yang dilakukan akan dimakbulkan...Hanya mahu menjadi IBU yang terbaik dunia dan akhirat...insyaallah..Ameen.


Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu

* Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik

* Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah

* *** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak

* Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

* Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka Ø Melihat kaabah sehingga menitis air mata Ø Membaca quran sehingga menitis air mata Ø Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata

* 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor! Ø Anak Ø Ibu Ø Suami

Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisihan faham dgn suami / isteri sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, saying, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah 

* Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira tak menangis teruk laa.. Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu

* Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu

* Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai
* *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakkan ibu kita di tempat yang terbaik


*Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal” Ø “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”*** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal-hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita


* Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit / musibah

* Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun, then cakap dengan Allah Ø “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini” Ø “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”

Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukan.

* *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

*Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita yang telah tiada!

*** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup

* Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu / bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana .

* Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam next time

* Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan

* Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

* Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!

**** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana .

* Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah

* *** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu / bapa sakit, berebutlah menjaga ibu / bapa kita. Besar sangat pahalanya.

* Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit / malu / miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita

* Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari

Anak Lari Dari Rumah

*Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari

* Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya

Anak Degil

* *** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK

**** Ni seram sket masa nak buat hehehe.. mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. You can ask anything! Nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.

Wallahuallam...






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Educational outing @ Aquaria,KLCC

Pada hari Selasa lepas masa cuti Maal Hijrah kami satu family pergi jalan2 ke Aquaria.Rasanya dh lama x bwk anak2 ni berjalan sambil belajar.Asyik berjalan pergi shopping complex aje sampai pernah Tok Aboh kata anak2 kami ni membesar dlm shopping complex aje lah..issshhh kene perli di situ.ehheeh...

So hari tu lepas solat zohor dan yang pasti lepas tengok rancangan Maal Hijrah kat tv kami pun bersiap2 lah nk ke Aquaria.Dalam hati mama dh excited sgt sbb dh lama x jalan klcc.heeheh...alasan la tu sebenarnya.So dengan zero info ttg lokasi sebenar Aquaria ni kami pun main redah je.Kami park kereta dkt parking basement klcc.Rupenya nak ke aquaria  dr tempat kami parking adalah sangat jauh okeh.Penat menjerit memastikan Hayyan tak lari kemana2 adalah sgt memenatkan.Harraz dh kene ikat dlm stroller n Hasya pulak dh ketiduran dlm dukungan mama.

Org2 yg first time pergi Aquaria n excited jumpa jaws.heheeh...

Feeding time.Ramai sgt org dpn tank nk amik pics.Errkkk termasuklah diriku ini.Cool okeh.dan dan rasa nk amik lesen diving.cehhh tiba2.hahahaha...

Hayyan petting starfish.Berani la budak sorang ni.kalo ada org offer masuk tank yg ada jaws mungkin Hayyan akan offer diri.errr..ye ke??haha..mama over!

Excited okeh tgk jaws live depan mata.tapi x takut punnnnn...heheheeh...muka macho dooohh..gigi tajam jgn ckp arrrr...kalo tetiba pecah tank ni mmg habis la semua org kene mamam dek Mr Shark yg banyak neh.

Antara yg terdapat dlm tank.

Pregnant seahorses.Perut buncit dgn terik nya okeh.Dah full term rasanya.Ehhh tiba2 mama jadi pakar O&G seahorse pulakkkk..over2...

Tgh tunggu feeding time Piranha.Ramai sungguh org nk tgk piranha.Macam x pernah tgk jer.....lalalalala....ohhh piranha langsung x agresif masa makan okeh.Control cun la tu mentang2 la ramai org nk tgk.ceh!

Nampak x belangkas tu??emm..memang belangkas sungguh.Asik berkepit jer.Sakit mata tgk.eheheh...mcm nk tanya je pekerja Aquaria tu skrg ni musim belangkas mengawan ker????hihihihi...

Lagi 2 pics,jelly fish dgn siput apa ntah.Rupa macam siput sedut tp kalo besar tu x lalu la ai nk makan.heh..


After math..penat okeh pi Aquaria.Lihatlah muka mama yg penat itew.Hasya maintain tiut dialah.mentang2 dh cukup tido.Rambut x tahan tu.Rambut dh menutupi hampir separuh kepala.X sempat nak tocang rambut dia hari tu.Layan je la dak Hasya ni.ehheeh...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

The little fingers..

Sleeping beauty princess mbam mbam..

Semalam da whole family pergi visit Tok Su & Tok Uncle yang baru balik dr Mekah.Alhamdulillah both of them are doing fine.Tapi macam biasa yg dihadapi jemaah2 haji ni batuk yang berpanjangan sampai habis musim haji.Dua2 nampak kurus dan batuk x berenti.Kesian pun ada..takpa lah..yang pasti rukun Islam ke-5 dah selamat dilaksanakan.

Kisahnya semalam dapat la buah tangan dr sana.Hasya dapat gelang kristal yg sebenarnya adalah saiz mama.hehehe..lepas tu Untie jan dapat henna tiub.Mama pun cuba pakai kat satu jari n warna not bad.Lepas tu mama saja2 cuba kt jari jemari Hasya yang cute miut tu.Kuku dia jgn ckp la mmg super duper kecik.Dapat letak sikit2 pun jadi la.Suprisingly,warna inai ni mmg terang.Walaupun letak sekejap je sbb Hasya dh mula nk pegang sana sini.Bila basuh tgk2 kuku kecik comel tu dh berwarna inai.Tapi x de la terang sgt sbb pakai x sampai pun 2 minit.Jadi la tu drpd x de kan..hehe..

Anyway,ada ke rupe pengantin kecik??heheheh...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Latest update on Hasya's milestones!


Alhamdulillah Hasya sekarang dh pandai meniarap dan setiap kali letak atas tilam terus je meniarap mcm dh kene set pulak badan dia tu.Paling kelakar masa menyusu pun dia sibuk nk meniarap sampai kene marah ngan mama.hihihi...kecik2 dh kene marah kesian pulak.Abang2 pulak bila tgk adik meniarap punya la excited walaupun adik tu dh berpuluh2 kali meniarap tak kira masa.Tapi si Hasya ni bila meniarap x lama pun  sbb lepas tu dia akan menangis.x selesa kot.Ye la baru lagi masih lesen L.

Selain dari meniarap Hasya adalah suka menghisap jari kaki.Ehhh..bahaya tu.bukan sebab kotor ke apa tapi org tua2 kata nanti nk dapat adik.hehehe..apakah maksudnya itu??? Ehh x delah..merepek2 je.Bukannya anak yg menentukan dapat adik ke tidak.mak bapak punya pasal,anak pulak yg di salahkan.issshhh..

Lagi satu Hasya suka tolak orang dengan kaki dia.Entah dr mana dia dapat pun tatau.Pastu dia akan tolak dgn sepenuh hati as if dia x suka org tu duduk sebelah dia.Abang Harraz lah yg selalu jadi mangsa sbb dia rajin baring2 minum susu sebelah Hasya.Kadang2 tu rambut pun kene tarik.Habis rambut Harraz yg panjang n halus tu.Kesian abang Aye ( Harraz bahasakan diri dia Aye -saya).hehehe..


Gambar ni pulak Hasya masa baru lepas mandi.Mama adalah x de keje sbb gambaq anak lepas mandi pun nak amik.heheehe..sebenarnya mama rasa Hasya nampak comel lepas mandi sbb fresh n wangi.Kebetulan Hasya mmg suka mandi dan x pernah nangis waktu mandi.Mandi air sejuk gedik pun dia maintain cool jer.hehe...dia cool serupa mak dia okeh.


Hasya @ I-Care..dengan rambut free style dia tu plus romper yang dh agak ketat walaupun jarang pakai.huhuuhhu....teacher Hasya kata menangis Hasya masa nk pakai baju tu.huhuhu..alahai kesian anak mama..emm..need to re-fill Hasya's wardrobe since banyak baju dh ketat.*wink*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Girlfriends Forever...

Hari ahad baru2 ni kami 4 sekawan buat gathering buat pertama kalinya sejak berpisah lepas skolah.lepas SPM to be exact.hehe..itu pun ada sorang MIA iaitu Puan Rosmaliza and Cik Azrah Hana.Rosma call dia tp x dapat kisahnya...harap2 lepas ni Puan Rosmaliza x MIA lagi lah.Cik Azrah Hana pulak jauh di Alor Staq so susah nak datang.

Gathering kali pertama ni kami buat dekat Wangsa Walk aje.Sebab nak memudahkan semua orang sbb takut ada yang sesat larat.Nasib baik Sone aka umi Alesha yang datang dari utara x sesat.Itu pun selepas di beri petunjuk.hehehe..

Gambar2 ni diambil selepas Sone balik.mmg kecewa bila Sone terpaksa balik awal.Tapi apakan daya..time constraint.Sone kene balik Kedah malam tu jugak.Lepas Sone balik baru kami perasan yang kami x amik pun gambar ngan Sone.huhuhu...sorry Sone,len kali kita jumpa benda pertama kita buat ialah amik gambar okeh.

 Gambar anak2 dara Nina n mama.Hana will turn 1 yr old this coming raya haji.While Hasya will turn 5 months a day after raya haji.

Mama2 yang semakin cun dengan anak2 kecik.heheehe..perasan sudehh!!

Mak2 dara dan anak dara yang cun melecun.hahaa...

Walaupun kami agak chubby selepas 14 tahun ( lepas sweet-17 gitu) kami tetap maintain cewek2 Asmarian yg happy go lucky plus kadang2 outspoken,loud serta gila2.Kalo tambah beberapa Asmarian lagi mmg boleh pecah rumah la..sebab tu kami x jumpa di rumah tp di luar.hehehe..

Can't wait to see them next gath with Sone,Rosma and Azrah..insyaallah.. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sakit itu adalah tanda sayang dari ALLAH...

Alhamdulillah setakat hari ni kami sekeluarga semuanya sihat walafiat.Syukur sebab kami semua sakit tidak melarat2..Alhamdulillah again..

Semuanya bermula dengan Hayyan yang mengalami ekzema yang agak teruk.Kali ni kali kedua.Pertama kali masa bulan ramadhan yg lepas.Waktu tu ekzema Hayyan tak berapa teruk tapi agak mencabar sbb x pernah kena.Hayyan siap kene ambil darah sbb mula2 doktor syak denggi sbb kebetulan ekzema tu dtg bersama2 demam.Mama pun dh naik risau.satu badan Hayyan jadi gatal2.Sudahlah anak tu kurus jadi semakin kering bila tak sihat.Bila disapu calamine lotion menangis2 sbb katanya panas.Mama yang tukang sapu mmg jadi cuak sgt.Dah tgk menangis2 macam tu terus bg mandi sbb nk bersih calamine lotion yg dekat badan tu.Kali ni pulak ekzema melarat sampai ke jari2.Lepas tu sbb anak ni suka jari masuk mulut dlm mulut pulak keluar bintik2.Emmm puas di tegur tp tetap dgn habit sama.Sbb tu dlm entry sebelum ni mama cerita ada org syak Hayyan kene HFMD.tapi bukan sebenarnya..

Lepas Hayyan sembuh Abi pulak demam.Orang kuat dalam famili ni mmg jarang sakit.Bila abi sakit mama dh mula risau.Sebab sepanjang hidup bersama ni rasa2 baru 2-3 kali abi demam.Ehh ye ke..baru sekali dua kot.Tapi abi ni bila sakit2 pun masih nk pergi kerja.Buat kesekian kalinya pergi lagi ke klinik.Masa abi pergi klinik mama dh mula rasa sakit tekak n sakit2 bdn tp mama x jumpa doktor pun.Setakat mintak lozenges extra dr doktor.ubt demam boleh share je dgn hubby.Abi pulak masa check bp,darah tinggi pulak dh.Emm mmg x sihat sungguh cik suami masa tu.Esoknya cik suami dpt mc.Itu pun boleh pi opis lagi dgn bwk si Hayyan.

Esoknya mmg dah dijangka mama pulak demam sakit habis badan.Abi plak dh okay sbb dpt antibiotik.Mama mula rasa mcm nk pitam pun ada.Masa tu mmg mama risaukan Hasya sbb dia breastfeed pastu mmg sentiasa melekat dgn mama.Risau takut berjangkit.Esoknya mama mc sbb mama x tahan sgt.Pergi keje pun x berdaya apatah lagi nk masuk kelas.So mc jelah..Lagi sekali rombongan cik kiah ke klinik.

Lepas mama sihat tak lama lepas tu Harraz pulak badan makin panas.Siap berdarah hidung.Banyak kali pulak tu.Tido dalam sejuk pun boleh berdarah hidung.Kesian Harraz...tapi Harraz ni walaupun demam aktifnya mcm biasa."Lompat tinggi sampai ke awan" nyanyi si Harraz.

Dua tiga hari lepas tu teacher Hasya mengadu badan Hasya panas.Mama amik Hasya dekat nursery dgn fever pacth penuh kat dahi.Sudah la dahi Hasya tu kecik aje.Patch pulak saiz toddler.sampai tertutup mata si kecik tu.hehe..Kesian Hasya sbb masa demam dia x baper aktif.Kalo mama x angkat pun dia redha je..diam n tido.X ada nk main2 n jerit macam biasa.

Ahad baru ni mama sakit lagi sekali.Kali ni sakit perut memulas di ikuti ceri beri yang hebat.Bangun pagi mengelupur saki perut yang rasa sakit sangat.Nak duduk pun x buleh.Sakit tu pulak mcm contraction nk bersalin.sakit sekejap pastu okay.Terus ke klinik berdekatan dan terus tanya doktor ada kemungkinan ka mama kene ectopic pregnancy.Sbb pernah tgk biras yg mengelupur sakit perut rupa2nya etopic terus bwk pergi hospital besar n operate.Doctor suggest buat urine test n amik darah sbb takut denggi.Sbb tinggal kat black area mmg kene selalu check darah.FYI,kat umah mama mmg banyak kes denggi..emm apa kes betul lah.Alhamdulillah bila check dua2 tu,dua2 -ve tp mama kene food poisoning rupenya n dr test darah kuman tu mmg sgt tinggi.Patut la perut sakit sgt2.Mana nk ke toilet lagi, nk tahan sakit lagi.huhuh...mmg sengsara lah..

Alhamdulillah skrg mama getting better tp sakit perut ada lagi rasa sikit2 especially bila makan yg heavy skt.So skrg makan pun x mcm biasa.Kurang makan n kurang kuantiti.Rasa mcm losing weight sikit.hehe..

Harap2 sakit2 ni x berulang lagi.Walaupun sedar sakit itu datang dari ALLAH untuk mengingatkan hamba2Nya supaya lebih menghargai kehidupan dan tidak lalai.Tetapi semoga ALLAH swt akan sentiasa memberikan kesihatan yang baik buat kami sekeluarga,memberi limpah kurnia serta keberkatan buat kami sekeluarga...ameen..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HFMD?


Sekarang dekat nurseri anak2 kat bawah ni tgh kecoh dgn satu kes HFMD.Mangsa adalah seorang bayi berusia 8 bulan.Kebetulan baby ni sebilik dengan Hasya.Harap2 tak berjangkit la dgn Hasya.Apa yang membuatkan mama runsing plus serabut sekejap ni ialah punca dr mana datangnya virus ini.Kebetulan Hayyan skrg tgh x brp sihat tapi masih aktif melonpat sana sini.Hayyan skrg menghidapi infection dalam mulut.habis atas lidah dia ada bintik2 putih.Dekat jari2 pun ada fungus infection yang mana menyebabkan jari2 mengelupas kulit.

Apa yang mama buat susah hati ialah Hayyan dikatakan punca anak orang tu kene HFMD.Masuk akal ke???Baby itu duduk dlm bilik baby dimana x de sorang pun baby dlm tu yg kene kecuali dia.Hasya pun okay je mama tgk.Bila dh jadi mcm tu mula la nursery panas punggung n suruh mama pull out Hayyan dr pegi nurseri.Helllllloooo ingat senang2 ke mama ni nak cuti pull out anak mcm tu je?Apa kes??Anak org tu pun belum tentu HFMD lagi.setakat pergi klinik terus confirm HFMD mana boleh bang.Mama pun dh bwk Hayyan pergi klinik yg kebetulan sama dgn klinik yg orang tu pergi n doc x cakap pun yg Hayyan ni kene HFMD.Kalo iye sekali pun mama ni x bodoh la nk bwk Hayyan pergi nursery dgn penyakit mcm tu.Haduiiiih semak betul.Drpada rasa nk demam teruih sihat walafiat selepas membebel sepatah dua kata kt opis ni dgn meminjam telinga2 kawan2 kat sini.

Balik nanti nk kene bwk Hayyan jumpa paed.Nak confirm betul2.kadang2 Doctor ni pun practis lain2.Sudahnya mcm2 summary keluar.Kalo Hayyan bebas dr HFMD ni mama still akan bwk dia pergi nursery.Siapa2 yg rasa x secure dgn adanya anak mama kat nurseri lantak le korang.Sila bawak anak2 anda balik umah ye.

Kalo nk cerita pasal nurseri memang la.Anak2 akan selalu tak sihat sebab demam selsema etc.Tapi x boleh salahkan nurseri 100% sbb benda ni ada dimana2.Harap2 ibu bapa selalulah bwk wet tissue atau hand sanitizer utk pastikan anak2 tak dijangkiti penyakit yang mcm2 zaman sekarang ni.Ini tak,apa2 sikit sakit sana sini terus nk salahkan nurseri walaupun kebarangkalian untuk punca virus mmg boleh dtg dr situ.

So moral cerita untuk hari ini sila siasat dengan sepenuhnya sebelum lompat kepada kesimpulan ( jump into conclusion).Walau apa2 pun masalahnya sila la consult dgn org2 yang pakar.Kita paham first time parent mmg sangat prihatin dgn anak2 tp sila jangan kalut semacam okeh..Sekian terima kasih!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hasya is 3 mths!


Our dearly lovely baby Hasya now 3 months plus.She getting bigger and heavier lately.Now she's able to turn her body left and right.Can't wait to see Hasya crawl,walk n run.
Errr...
does she looks like mama?? or Abi or Hayyan +Harraz??

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Deep inside...

Hati sedang bersedih..tapi bukan sebab saya atau siapa2 dlm keluarga tapi sedih mengenangkan ada keluarga yg di uji dengan hebat kerana punya anak istimewa.Sedih sangat sedih...

Kami x kenal rapat sekadar kenal melalui blog.Biasa la blogger mesti akan selalu visit blog2 lain.Terjumpa satu blog yang sangat menyentuh hati.Blog milik Jiey betul2 buat saya sedih.Jiey punya anak yang sangat comel tapi Ian menghadapi masalah dalam tubuh kecilnya.Sesungguhnya ibu bapa Ian ( Rayyan) adalah insan yang sangat tabah...tak dapat dibayangkan kalo saya yang menanggung kesedihan itu...

Satu lagi blog milik YongNoina juga punya anak istimewa,Yasmin Nabilah nama si kecil.Menghidapi Cerebral Palsy & Global Developmental Delay sejak berusia 4 bulan.Nabila juga sebaya Rayyan dan mempunyai senyuman yang sangat manis dan comel..Sedih sebab Rayyan dan Nabila adalah sebaya Harraz..

Blog kepunyaan Ayu ibu kepada arwah Alanna Qish yang "pergi" kerana menanggung derita Gaucher Desease Type II juga membuatkan saya sebak..Bayi comel ini meninggalkan ibu bapa serta abang dalam usia yg sangat muda.Umur tak sampai sepuluh bulan Alanna pergi dalam dakapan ayahnya...


Bila membaca blog2 ni dapat dirasakan penderitaan ibu kepada anak2 ini.Sesungguhnya hanya ALLAH yang tahu hikmah disebalik penderitaan yang ditanggung anak2 comel ni.Sedih melihat bening mata mereka..mengharapkan kesakitan yang ditanggung akan segera pergi...

Sebenarnya banyak blog2 yang seumpama ini.Terasa sangat amat bersyukur dengan apa yang dikurniakan Illahi...Alhamdulillah...Semoga ALLAH mencucuri rahmat buat keluarga2 ini dan semoga mereka tabah menghadapi hari2 mendatang walaupun sesungguhnya berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...tiap kali membaca entry baru saya jadi terkelu..dah tak tau apa nk di komen selain mendoakan yang terbaik untuk anak2 comel ini dari jauh.Semoga anak2 ini cepat sembuh.Tak sabar menantikan entry gembira dari ibu2 ini.Insyaallah..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Raya raya raya!!

Raya tahun ni giliran K.terengganu.Alhamdulillah dah selamat semua perjalanan pergi dan balik tanpa sebarang masalah.Kami satu family balik hari khamis pagi.X merasa berpuasa n berbuka dgn family ganu tahun ni.Takpe la insyaallah tahun depan dpt kot merasa berpuasa kat sana.Nasib baik masa tu ramai dh balik kampung so jalan raya x sesibuk mcm yg dibayangkan.

Tahun ni raya lebih meriah dgn kehadiran baby Puteri Nuha Hasya.Tapi mama frust sket sbb Hasya x dapat pakai baju kurung sebab Hasya kecik sangat lagi.Baju2 kurung diganti dgn baju2 gaun yg meriah gitu.hehe..

Ini family pic..semua mcm x brp nk ready especially tok aboh sbb tgh cakap telefon dgn kakak yg sulung ( dia beraya kat penang).Hasil gambar mcm ni la.kalut semacam.

Kanak2 ribena yang riang gembira balik kampung..Sampai hari ni Harraz hari2 cakap,"mama,nk alik ampung.." Punya la seronok balik kampung dpt berlari2 sana sini.Sebab balik umah x dapat nk berlari2 mcm tu.hehehe...kesian dorang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Eid Mubarak to everyone..


Selamat Hari Aidilfitri untuk semua kawan2 blogger n families..

Mood nak ber"blog" x berapa nk sampai lagi sbb masih beraya walaupun dh masuk kerja.Apa2 pun nk mintak maaf kat semua kalo ada terkasar bahasa n menyinggung jiwa.Harap dimaafkan segala kekhilafan.Semoga kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan yang dirindui dan Syawal yang mulia ditahun2 seterusnya..ameen..

Akan update blog dgn cerita raya nanti..till then Selamat Berumah Terbuka,makan banyak takpa tapi berpada2...salam..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

All about Puteri Nuha Hasya..


Our dearly baby Hasya dh masuk 2 bulan lebih dah.Gambar2 Hasya penuh pen drive dah.Tapi cerita2 Hasya x sempat nk buat.Mama x de la bz sangat kalo nk diikutkan.tapi tak tau la kenapa mood nak berblog betul2 x ade.I'm busy doing nothing @ da office.emmmm...

Tapi hari ni usahakan jugak nk buat entry pasal Hasya yang dah makin pandai menjerit,senyum2 ,gelak2 dan sangat kuat bila menangis .

Paling x tahan dia suka menjerit bila lambat diangkat.kadang2 sampai suara pun x keluar.tp mama suka je dgr Hasya jerit sbb comel sgt.hiihihi..

Bercerita pasal Hasya ni dia sangat suka tgk mama lepas tu dia senyum sorang2.Terutama waktu mama tgh drive.Hasya yang duduk sebelah mama akan pandang mama tak berkelip mata.Tunjuk mainan pun dia buat x tau je.Tu yang mama rasa sangat best dan buat bonding mama n Hasya terasa sgt kuat.Waktu menyusu pun sama.mmg selalunya baby yang menyusu akan pandang mata ibu dia.Itu la kelebihan menyusu ibu,tetapi ibu2 yang x menyusu badan pun ada kelebihannya jugak yang penting kasih sayang ibu tu sentiasa berpanjangan.

Hasya sekarang dah pandai mengiring dan sangat suka hisap jari2 dia.Sebab tu sekarang kadang2 mama x pakaikan Hasya sarung tangan sbb nk bagi dia explore benda di sekeliling dia.Bila tengok Hasya hisap jari nampak cute sangat.hehe..

Ini la rupanya penangan dapat anak perempuan sorang.Macam2 nak dibelek dan diperhatikan.Bukan bermakna masa Hayyan Harraz kecik dulu mama x kisah.Mama sayang semua anak2 mama tapi masa anak2 lelaki mama dh boleh jangka perangai masing2 dan selalunya lebih kurang aje.

Sekarang ni abang2 sgt suka cium2 baby.Hayyan terutamanya sangat boleh diharap jaga adik tp awas kalo tgh tgk Ultraman Cosmos,baby pun dia dh x heran.Harraz mcm biasa sangat penyayang orgnya.Sampai adik naik rimas sebab kene gomol.Kalo tiba2 dgr Hasya nanges mama tau lah yang tu mesti kerja Harraz.

Kat rumah Hasya ada mcm2 nama.Harraz panggil Hasya,Achaa.Yang Hayyan pulak panggil Haisya kadang2 bunyi macam Aisyah pun ada.Mama kadang2 panggil Nuha n kadang2 Hasya.Tapi bila balik rumah opah di Perak,Hasya dipanggil Puteri..;D

Owh..ada orang kata nama Hasya pelik.Pelik ke?? Sentap sekejap bila dgr mcm tu.Tapi mama cool je..yang pasti nama tu jarang dengar tapi bukan pelik.FYI,nama baby maknanya...Puteri Nuha ( kebijaksanaan) Hasya (kesempurnaan) - Puteri yang bijak dan sempurna..Insyaallah...semoga Hasya membesar dengan sempurna sihat tubuh badan serta bijak pandai.Semoga nilai2 murni seorang muslimah yang solehah akan sentiasa mengiringi hidup anak mama ni.Ameenn...

Till then...Jaga diri hiasi peribadi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Baby's 1st Entry..


Salam Ramadhan Buat Semua...walaupun seminggu dah berlalu tp masih tak terlambat nak wish kan.

Kali ni entry pasal baby.First entry untuk baby mestilah nak memperkenalkan baby baru dalam family.The most awaiting birthday gift for mama n abi.Alhamdulillah baby arrived with a very good condition and health..

Announcing our dearly baby girl in da house.. starting from....

Day 1 - 18 June 2010




1 month - 18 July 2010








2 months - 18 August 2010




Puteri Nuha Hasya Bt Fairuz


With a prayers from Mama & Abi,we hope that Hasya will grow as a good daughter & muslimah.Ameen..we love u sooooo much!!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pantang ohhh pantang


Sepanjang dalam pantang ni kalo ikutkan mesti banyak ubat-ubatan yang sepatutnya org dalam pantang makan.Tapi bagi saya cuma makan beberapa jenis ubat jer.Buat masa ni jamu2 dan adik-beradiknya saya x makan lagi.Tapi nanti lepas pantang nk kene makan juga jamu2 ni sebenarnya..

Untuk pengetahuan terutama ibu2 mengandung yang bakal bersalin x lama lagi,saya nk share ubat2 yg saya makan.Terutamanya utk ibu2 yang bakal di c-sect nanti..
Ini adalah benda2  dan ubat2 yang saya guna sepanjang pantang yg x berapa nk pantang ni.Alhamdulillah walaupun saya x kuat berpantang tapi saya kuat makan ubat.Cakap la ubat apa yg bagus ,esok tu mesti saya beli n makan.hehe..bukan beli n simpan okeh.
Jom tengok satu persatu…( saya x kempen yer..Cuma nk share dgn kawan2 sahaja..kalo berminat boleh tanya.Tapi saya x jual sbb saya pun beli kat org lain)

1.Fruity Aloe Gamat Gel.

Saya mula makan ni selepas melahirkan Harraz 2 tahun lepas.Tapi masa tu makan x consistent.Makan separuh botol lepas tu bila rasa sihat terus stop.Last2  gamat gel ni expired mcm tu je..what a waste...huhu…
FYI,gamat gel ni tidak berbau n wangi okeh.Sbbnya gamat gel ni adalah campuran gamat,aloe vera n buah-buahan ( rasberi etc).Saya di galakkan utk minum dgn air.Saya pilih minum gamat gel ni dgn campuran air sirap.Mmg teramat la sedapnya  sbb air sirap tu tetiba rasa mcm air strawberi.hehe..
Alhamdulillah utk pengalaman pantang kali ni saya bersungguh2  consume gamat gel ni dan skrg dh nak habis pun.Mana tidaknya minum hari2 ( sehari 2-3 kali).Minum gamat gel ni pun x de la aturan mcm makan ubt.Sukatan pun x de.So ikut rasa pengguna la nk satu sudu atau lebih.
Dari segi keberkesanannya mmg sgt berkesan sbb dlm masa sepuluh hari tempat jahitan dh nampak comey ( bak kata nurse desa yg dtg check kat rumah) dan saya pun mmg rasa sihat sbb perut dh x sakit.Hari ni nurse dtg lagi dan check tempat jahitan.Katanya mmg dh baik betul sbb perut bahagian jahitan dh lembut n x de merah2 bengkak etc.Suprisingly,nurse tu kata biasa dia check ibu yg c-sect sebelum ni kebanyakkan dr mereka dlm tempoh 20 hari masih x sihat dan tempat jahitan belum lagi baik betul.Ada yang perut masih keras n bengkak.Alhamdulillah saya sihat mungkin sbb makan gamat gel ni…

2.Set mengandung n bersalin Salindah.
 ** Gambar kotak set Salindah ni x amik sbb malas.Sesiapa nk tau lebih pasal Salindah buleh search di Google yer..**
Ini adalah salah satu daripada ubat2 yg terdapat dlm Set Salindah ni.FYI,set Salindah ni adalah ubat homeopati.Makan Salindah ni ada aturannya dan mmg kene disiplin sbb ubt2 dia ikut minggu kandungan.Mmg kene ikut sbb kalo x ikut mmg rugi sbb set ni mahal ye..bagi saya lah..Utk yang ni ubt minum.Bau dia mmg kuat sbb bau herb.Tapi sbb saya suka makan ubat so saya telankan jugak.Ubt ni utk kebaikkan rahim ibu etc..






3. Cotet Emas.
 Yang ni pulak sebenarnya salah satu komponen yg terdapat dlm set bersalin Leesa Formula.Masa bersalin Hayyan dulu beli satu set tp mcm biasa akibat tidak konsisten Cotet Emas ni saya x minum bersungguh2 dan akhirnya terbuang mcm tu je.Tp skrg dh insafffff….saya mahu jaga badan saya sebaik-baiknya…
Tapi kali ni saya x beli satu set sbb dh ada set Salindah.Saya cuma beli Cotet Emas ni je sbb dr apa yg saya baca bahan2 yg terdapat dlm uncang Cotet Emas ni mmg bagus utk  org dlm pantang.Isi kandungan uncang ni ialah Daun Cotet Emas,Tutup Bumi,Teja Lawang dan Limau Purut.Bau air ni yg seakan2  teh  juga wangi sbb ada bau semulajadi  menyerupai rasa kulit kayu manis.
Selalunya satu uncang saya akan guna sampai 3 kali.Tapi kalo nk jimat guna la sampai berapa kali pun.Tapi x payah la nk kedekut..bukan utk org lain pun tp utk diri sendiri jugak. ;P

4.Losyen Pati Halia 

Losyen ni guna selepas mandi.Tujuan utama adalah utk mengempiskan perut.hehe..maklum aje saya tidak bertungku sepanjang pantang so losyen ni mmg membantulah..utk mengecutkan apa yg patut,membuang angin etc.Alhamdulillah terasa badan okay n kalo nk kata kurus tu belum lagi kot.Tapi adalah kurangnya sikit2..



5.Bengkung moden ( utk ibu2 c-sect)



** website yg jual bengkung ni ialah..www.bengkungmoden.com **
Ini  adalah harta yang paling saya sayang dan sangat2 membantu masa dlm pantang ni terutama utk menguruskan badan.Bengkung ni pun dibeli 2 tahun lepas.Lepas bersalinkan Harraz dlm 7-8 bulan camtu saya terjumpa website pasal bengkung ni kat Internet.Terus beli sbb masa pantang langsung x berbengkung.Cuba utk guna bengkung yg panjang berjela tu tp x tahan sakit sbb bengkung jenis panjang kene ikat kuat2.Alhamdulillah bila saya pakai bengkung ni sakit x de dan senang utk dilipat ke atas bila nk buang air etc.Since saya dh insaf masa pantang kali ni,saya pakai bengkung ni siang malam utk memastikan keberkesanannya.hehe..tgk le nanti cemana.Kurus ke x kurus…FYI,bengkung ni buleh pakai masa pergi kerja sbb senang nk pakai n org x kan perasan yg kita tgh pakai bengkung ni.Insyaallah lepas pantang nanti saya masih nk berbengkung…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kisah panik dalam OT..

*situasi sebenar dlm OT.tp ini bukan pic saya ya..org yg dekat kepala patient adalah pakar bius.*

Panik...panik..serius sangat panik masa dlm OT.Mula2 sebelum doctor start bedah ,doctor pakar bius siap testing tahap ke"kebas"an perut kebawah mama.Doctor amik pin n suruh mama bezakan kesakitan dua tempat berbeza.Mula2 doctor tanya sakit x bila dia cucuk pin kat bahu.Dah sah2 dh la sakit kan sbb kat bahagian perut ke atas mmg x kebas.Lepas tu bila dia cucuk kat perut x rasa sakit sgt.Lepas 2-3 kali testing doktor pakar bius tu pun bg green light kat doctor utk start bedah.Tiba2...auwww sakit,sakit!!Terus pakar bius tu suruh doktor stop.Masa tu mama dh rasa cam nak nanges okeh.Lepas tu testing lagi skali sampai mama rasa x sakit langsung.Pastu bila doktor dh start belah terasa macam ada benda lalu2 je kt tempat jahitan yg lama.

Masa tu dalam pukul 6.30 gitu.terasa lama betul doktor nak keluarkan baby mungkin sbb dh 2 kali c-sect so that banyak la mende nk dibukakkan.huhuh...seram pulak bila di ingt2 kan..Kalo org first time c-sect maybe x banyak masalah sbb perut masih suci bersih dr sebarang stitches.So doktor pun x banyak keje.Sbb masa mama lahirkan Hayyan mmg cepat betul bby keluar.Bayangkan masuk OT pukul 5 pagi,Hayyan keluar dr perut mama pukul 5.13 pg.Masa lahirkan Harraz pulak masuk pukul 12 tgh malam,Harraz keluar pukul 12.30 pg.Lewat sket sbb dh kali kedua.Bila time Hasya pulak sampai sejam lebih gitu.haaa...bayangkan je laaaa...

Masa masuk dlm OT mama mengigil2 kesejukkan.Tapi bukan gigil2 sebab takut yaaa...saya cool aje.wlaupun berdebar mama cover baikkk punyer.hehe..Mama siap bgtau kat nurse banyak kali plus bgtau my untie sekali yg mama rasa sangat sejuk n x tahan sgt.Rupanya dlm OT mmg ada disediakan blower utk hilangkan sejuk patient.So bila doktor dh nk start bedah,nurse pun letak blower tu kat atas dada mama.Terasa kurang sejuk n x de la gigil2 bdn.Tp lepas dh settle semua gigil pun dtg balik.hehe.

Satu lagi kes panik,bila bb dh keluar doktor x tunjuk pun baby kat mama seperti sebelum ni.Selalunya doktor akan tunjuk gender baby utk mak baby tgk sendiri anak tu boy ke girl ke.tp masa mama aritu x de pulak.Mama pun tau2 je dh dgr baby nangis tp heran kenapa x tunjuk pun baby kat mama.Dalam hati dh mula pikir bukan2.Takut ada something wrong dgn baby.Masa tu dgr nurse sebut2 berat baby 2.6 kg berulang2 kali.Dlm hati mama berkata..alahai keciknya baby..bb cemana la??boy ke??girl ke??issskkk runsing dh masa tu..

Tak lama lepas tu dtg sorang doktor perempuan cina.Mama rasa dia ialah paed yg sama2 tggu dlm OT.FYI,dalam OT ramai org okeh.Macam ada jamuan pulak.haha...Ye la doctor bedah ada 2,pakar bius 1,scrub nurse ada la 2-3 org,paed lagi n entah sapa2 lagi tah.Meriah sungguh OT masa tu.Ye la kan..mama la kot kes pertama OT utk hari tu.Tu pasal la meriah.hihihi....

Owwh cerita doktor cina perempuan tu..dia dtg kat mama n cakap.."Puan,baby puan kene bawak ke labor room  utk monitor yaa.." mama pun dh panik,"kenapa doktor?" ,she reply,baby nampak biru sikit tp takpe..otherwise HE will be okay." Mama dlm hati..haaa HE??baby boy ker??Ya ALLAH kesiannya baby aku...baju2 semua warna pink." masa tu mama dh macam x keruan n berdoa je mungkin doktor tu salah cakap.Bukan nk kata mama terkejut sbb x nak baby boy.Mama redha kalo dapat baby boy lagi.Masa tu mmg x pikir dah boy ke girl ke..asalkan selamat sudah la.

X lama lepas tu nurse datang kat mama sambil pegang baby kecik comel.Kata nurse.."Puan,kita nk tunjuk baby yee..."lepas tu nurse suakan muka bb kat mama n mama pun cium gomol2 mcm x pernah cium baby sampai nurse tu pun tergelak.Mama tanya nurse,baby saya boy ke gurl??Jawab nurse,haa nk tunjuk la ni.Uisshhh berdebar dh masa tu..bila nurse bukak kain yg balut bb nampak la gender bb yg sebenar..nurse pun suruh mama sebut jantina bb yg mama nampak.Alhamdulillah..its a girl..Sah2 dh doktor cina tu salah sebut.hehe...lepas tu mama senyum jee sampai la doktor dh habis jahit etc...Alhamdulillah lega betul rasanya bila dh lepas berjuang dlm OT..Syukur semuanya selamat...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Alhamdulillah...I'm a mother of lil cute baby princess now..

Alhamdulillah syukur ke hadrat ALLAH swt..mama diberi peluang kali ke 3 untuk mengandung dan melahirkan anak.Dan yang paling bermakna mama mendapat baby girl kali ni.alhamdulillah again...

Bersyukur sangat2 sebab mungkin lepas ni mama dah x boleh mengandung lagi sebab dh 3 kali melalui c-section.risiko tinggi n paling penting mama rasa takut sgt nk go thru sakit c-sect buat kesekian kalinya...

Sakit bersalin kali ni mmg terasa sungguh walaupun dh 2 kali caesarean.Konon2 kali ni mama rasa dh bole cope ngan sakit bersalin ikut tingkap ni.tapi rupa2nya sangkaan meleset.sakitnya ALLAH saja la yang tau.huhu...beza betul dgn 2 previous experience.Mama dapat pain killer sampai 3 jenis itu pun x memadai sbb masih terasa sakit.nk bangun dr katil pun terpaksa berpaut kepala katil n macam2 benda kat sebelah2 katil.Masa cik suami ada sekali ok la tp bila sorang2 nk ke toilet rasa macam nk menangis pun ada.Tapi takpe la..mama redha..dah itu rezeki ketentuan yang ALLAH bagi..

Kisah bersalin ni kalo ikutkan mama akan bersalin 22hb june,tp terawal pulak sbb dah ditakdirkan Baby Hasya dilahirkan pada 18hb.Masa hari jumaat tu mama dh rasa mcm x baper nk lalu makan.Sebab mengenangkan my gynea aka my untie akan bercuti sabtu ahad ke PD.risau sbb takut kalo sakit during weekend tu alamatnya untie mmg x ada kt hospital.Macam2 pikir dlm kepala.petang tu dlm pukul 3 lebih mama lepak2 dlm bilik.lunch pun x makan.punya la dok memikir kononnya sampai x selera nk makan.tetiba perut rasa sakit.sakit manja2 je pun.x de la contraction teruk sgt.Terus sms untie.kebetulan untie on call hari tu so untie suggest terus ke labor room hosp selayang utk check up.Sempat lagi untie suruh jangan makan apa2.Mama balas,"ok..lagipun nadia x makan lepas breakfast pg td".Lepas tu sms abi bgtau yg untie suruh ke hosp.Hati dh mula berdebar2 tp masih buleh relaks n lepak2 lagi.

Abi sampai umah pukul 5 lebih,mama yg dh siap semua dh mula rasa sedih n a bit takut.H&H masa tu tgh tido.Hati mula berlagu sayu...cium anak2 dengan mata berkaca.Masa tu mok aboh mmg ada kt umah.Standby utk jaga anak2 kalo bersalin awal.Dengan syahdu salam mok aboh mintak didoakan semoga selamat semuanya..masa tu dh mula menangis.Masuk kereta pun mata masih bersisa dgn air mata lagi...

Keluar dr kawasan perumahan tetiba terdengar satu bunyi yang x sedap dgn kereta.Lain macam betul bunyinya.Kami suami isteri dh x sedap hati.Sudahlah perut terasa ada contraction,kereta pulak buat hal.Sampai dekat simpang nk menghala ke Selayang tiba2 kereta mati tengah jalan.Nasib baik masa tu kereta x banyak.Pelan2 cik suami start kereta nk berenti ke tepi.Nasib baik masa tu adik mama ada kat area kl.Kebetulan dia baru je kuar dr umah mama menghala ke kl.kelam kabut suruh dia patah balik utk fetch kami.Sementara menunggu adik datang,cik suami dgn bertawakkal bawak kereta pelan2 ke bengkel dekat2 situ.Alhamdulillah nasib baik x jadi apa2.

Mamat mekanik tu terkejut bila suami kata yg kami nk ke hospital sbb isteri bersalin.Tgkkan muka dia lagi cuak dr suami.haha..nk tergelak pun ada.Mama yg dlm kereta ni mmg dh saspen dh.Berdoa aje supaya adik cepat sampai.Sampai je adik terus la kami ke hospital.Sampai kat labor room nampak lenggang je..ehh heran pulak sbb selalunya labor room hosp selayang ni mmg asik penuh aje.Misi2 (misi aka nurse-terbawa2 slang trg kat sini haha) pun dok bersembang aje.Okay la tu kan.Bila mama masuk baru la misi2 tu nampak sibuk.hehe...

Bila buat ctg misi kata x dak contraction pun.Mungkin masa tu mama dh cool down so contraction pun dh hilang.haha..agak malu disitu.Jalan pun x bukak lagi.So kalo ikutkan boleh je disuruh balik tp disebabkan mama anak sedara gynea yg on call hari tu so di hold sekejap utk my untie dtg check.Bila dh check segala my untie tanya nk bersalin hari tu tak sbb OT tengah kosong masa tu.Kiranya OT tu nadia lah yang punya.waaahh terkejut la pulak.Rasa mcm ready x ready jer.mama reply,"nanti nk solat asar n bincang dgn cik suami dulu."

Bincang2 dlm 2-3 minit kami decide utk bersalin terus hari tu.Dgn reason nanti kalo balik umah,mggu depan tu nak kene dtg balik n go thru procedure yg sama dilalui hari tu.So x mo buang masa kite bersalin je la.huhu..mama dh mula rasa nk nanges tp ditahan2 sbb segan dgn misi2 kat situ.Bila bgtau untie yg kami confirm nk bersalin hari tu jugak,mula la nampak misi2 sibuk buat preparation.Maklum aje nk masuk OT banyak benda nk kene buat.Surat tandatangan,makan ubat,masuk tiub,buang2 apa yg patut,tukar baju OT etc.Masa tu terasa macam x percaya.Bila tanya nurse pukul berapa nk pergi OT,nurse jawab,sekarang la.Waaaaa rasa nk nanges gedebak gebeduk dlm hati.Lepas tu pulak OT pun dh call panggil utk masuk ke OT sekarang tu jugak.Masa tu kelibat cik suami dh tak nampak.Mana dia pergi pun x tau.Nasib baik dh salam apa semua.cuma x sempat nk mintak ampun aje.

Masuk dlm bilik OT terasa sejuk yg teramat sangat.Mengigil2 mcm dlm peti sejuk.FYI,dlm OT x leh pakai baju.Pakai baju OT pun x leh ikat n kene biar loose.Baju pun nanti kene singkap sampai atas utk memudahkan proses pembedahan.Masuk dewan bedah dlm pukul 6.30  ptg camtu.baby keluar pukul 7.41 mlm.Haa lama kan..mama pulak sedar masa tu terasa lama yang amat sangat.Berdoa x berhenti semoga dipermudahkan segalannya.Alhamdulillah selamat semuanya.Keluar dr OT dlm pukul 8.30 mlm pastu kene stay kat kawasan recovery about 30 mins.Misi nk monitor BP etc.Masuk wad pukul 9 mlm.masa tu baru la nampak muka suami tercinta.Suami dtg sambil tersenyum n memberikan kiss di pipi....

to be continued...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Alhamdulillah its already 36 weeks of pregnancy...

**ini bukan perut saya okeh**

Alhamdulillah..skrg dh masuk 9 bulan.at any time boleh bersalin.Insyaallah lagi 2 minggu akan bersalin baby ke-3.Semoga semuanya berjalan lancar dan selamat.ameen...

21hb ni akan masuk wad di Hospital Selayang.Keesoknya masuk OT untuk deliver.Semoga dipermudahkan lah ya ALLAH..Walaupun dah ada dua pengalaman c-sect sebelum ni tp perasaan takut tu tetap ada.Sbb kali ni planning c-sect.Sebelum2 ni semuanya emergency ceaser.Bila dh plan tu paham2 je la.Mmg kene prepare both mental n physical.Esok dah start cuti.Mama mmg dh x larat sgt dh nk jalan.Contraction pun dh mula terasa.

Dua hari lepas terasa sakit masa kat opis.Kwn opis dh panik sekejap especially our two n only guys in da office.hehehe...sorang drpd dorang pun tgh menunggu hari nk dpt baby no 3.sorang lagi x pernah dpt baby lagi.So yang terlebih cuak adalah yg no 2 tu.hehe..

Tapi masa tu contraction ala2 manje walaupun sakit.Bila dh sakit tu mula la call cik suami utk inform dia supaya standby.tp kebetulan cik suami adalah sgt sibuk.dan lepas tu pun sakit pun hilang.baby tau abi dia sibuk so dia hold dulu la kot.

FYI,mama mmg x leh bersalin normal.Plus dh 2 kali ceaser so adalah mmg x boleh nk normal sbb takut rupture dan sebagainya.Kebarangkalian utk beranak ramai mmg la x de.Setakat 4 tu insyaallah..tp apa2 pun Doc kene tgk jahitan yg sebelum ni.Kalo cantik boleh lagi kot sorang lagi.tp kalo x ,alamatnya anak 3 je lah.Apa2 pun x kisah lah yang penting selamat bersalin both mama and baby.ameen..ameen..ameen...ya rabbal alamin..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS