So hari ahad lepas kitorang pun pi S.Alam utk beli ikan.Jauh kemain pergi beli ikan mcm kat Sri Gombak ni x de pet shop.heheeh..sebenarnye pet shop ada tp boring gle sbb kedai kecik n choices x banyak..
Life is ready to teach when you are willing to learn. And the more you learn from what life offers, the better life becomes..
Taken from Facebook..
Sharing is caring..x salah untuk mencuba.Insyaallah dengan izin ALLAH swt semua yang dilakukan akan dimakbulkan...Hanya mahu menjadi IBU yang terbaik dunia dan akhirat...insyaallah..Ameen.
Alhamdulillah setakat hari ni kami sekeluarga semuanya sihat walafiat.Syukur sebab kami semua sakit tidak melarat2..Alhamdulillah again..
Semuanya bermula dengan Hayyan yang mengalami ekzema yang agak teruk.Kali ni kali kedua.Pertama kali masa bulan ramadhan yg lepas.Waktu tu ekzema Hayyan tak berapa teruk tapi agak mencabar sbb x pernah kena.Hayyan siap kene ambil darah sbb mula2 doktor syak denggi sbb kebetulan ekzema tu dtg bersama2 demam.Mama pun dh naik risau.satu badan Hayyan jadi gatal2.Sudahlah anak tu kurus jadi semakin kering bila tak sihat.Bila disapu calamine lotion menangis2 sbb katanya panas.Mama yang tukang sapu mmg jadi cuak sgt.Dah tgk menangis2 macam tu terus bg mandi sbb nk bersih calamine lotion yg dekat badan tu.Kali ni pulak ekzema melarat sampai ke jari2.Lepas tu sbb anak ni suka jari masuk mulut dlm mulut pulak keluar bintik2.Emmm puas di tegur tp tetap dgn habit sama.Sbb tu dlm entry sebelum ni mama cerita ada org syak Hayyan kene HFMD.tapi bukan sebenarnya..
Lepas Hayyan sembuh Abi pulak demam.Orang kuat dalam famili ni mmg jarang sakit.Bila abi sakit mama dh mula risau.Sebab sepanjang hidup bersama ni rasa2 baru 2-3 kali abi demam.Ehh ye ke..baru sekali dua kot.Tapi abi ni bila sakit2 pun masih nk pergi kerja.Buat kesekian kalinya pergi lagi ke klinik.Masa abi pergi klinik mama dh mula rasa sakit tekak n sakit2 bdn tp mama x jumpa doktor pun.Setakat mintak lozenges extra dr doktor.ubt demam boleh share je dgn hubby.Abi pulak masa check bp,darah tinggi pulak dh.Emm mmg x sihat sungguh cik suami masa tu.Esoknya cik suami dpt mc.Itu pun boleh pi opis lagi dgn bwk si Hayyan.
Esoknya mmg dah dijangka mama pulak demam sakit habis badan.Abi plak dh okay sbb dpt antibiotik.Mama mula rasa mcm nk pitam pun ada.Masa tu mmg mama risaukan Hasya sbb dia breastfeed pastu mmg sentiasa melekat dgn mama.Risau takut berjangkit.Esoknya mama mc sbb mama x tahan sgt.Pergi keje pun x berdaya apatah lagi nk masuk kelas.So mc jelah..Lagi sekali rombongan cik kiah ke klinik.
Lepas mama sihat tak lama lepas tu Harraz pulak badan makin panas.Siap berdarah hidung.Banyak kali pulak tu.Tido dalam sejuk pun boleh berdarah hidung.Kesian Harraz...tapi Harraz ni walaupun demam aktifnya mcm biasa."Lompat tinggi sampai ke awan" nyanyi si Harraz.
Dua tiga hari lepas tu teacher Hasya mengadu badan Hasya panas.Mama amik Hasya dekat nursery dgn fever pacth penuh kat dahi.Sudah la dahi Hasya tu kecik aje.Patch pulak saiz toddler.sampai tertutup mata si kecik tu.hehe..Kesian Hasya sbb masa demam dia x baper aktif.Kalo mama x angkat pun dia redha je..diam n tido.X ada nk main2 n jerit macam biasa.
Ahad baru ni mama sakit lagi sekali.Kali ni sakit perut memulas di ikuti ceri beri yang hebat.Bangun pagi mengelupur saki perut yang rasa sakit sangat.Nak duduk pun x buleh.Sakit tu pulak mcm contraction nk bersalin.sakit sekejap pastu okay.Terus ke klinik berdekatan dan terus tanya doktor ada kemungkinan ka mama kene ectopic pregnancy.Sbb pernah tgk biras yg mengelupur sakit perut rupa2nya etopic terus bwk pergi hospital besar n operate.Doctor suggest buat urine test n amik darah sbb takut denggi.Sbb tinggal kat black area mmg kene selalu check darah.FYI,kat umah mama mmg banyak kes denggi..emm apa kes betul lah.Alhamdulillah bila check dua2 tu,dua2 -ve tp mama kene food poisoning rupenya n dr test darah kuman tu mmg sgt tinggi.Patut la perut sakit sgt2.Mana nk ke toilet lagi, nk tahan sakit lagi.huhuh...mmg sengsara lah..
Alhamdulillah skrg mama getting better tp sakit perut ada lagi rasa sikit2 especially bila makan yg heavy skt.So skrg makan pun x mcm biasa.Kurang makan n kurang kuantiti.Rasa mcm losing weight sikit.hehe..
Harap2 sakit2 ni x berulang lagi.Walaupun sedar sakit itu datang dari ALLAH untuk mengingatkan hamba2Nya supaya lebih menghargai kehidupan dan tidak lalai.Tetapi semoga ALLAH swt akan sentiasa memberikan kesihatan yang baik buat kami sekeluarga,memberi limpah kurnia serta keberkatan buat kami sekeluarga...ameen..

Hati sedang bersedih..tapi bukan sebab saya atau siapa2 dlm keluarga tapi sedih mengenangkan ada keluarga yg di uji dengan hebat kerana punya anak istimewa.Sedih sangat sedih...
Kami x kenal rapat sekadar kenal melalui blog.Biasa la blogger mesti akan selalu visit blog2 lain.Terjumpa satu blog yang sangat menyentuh hati.Blog milik Jiey betul2 buat saya sedih.Jiey punya anak yang sangat comel tapi Ian menghadapi masalah dalam tubuh kecilnya.Sesungguhnya ibu bapa Ian ( Rayyan) adalah insan yang sangat tabah...tak dapat dibayangkan kalo saya yang menanggung kesedihan itu...
Satu lagi blog milik YongNoina juga punya anak istimewa,Yasmin Nabilah nama si kecil.Menghidapi Cerebral Palsy & Global Developmental Delay sejak berusia 4 bulan.Nabila juga sebaya Rayyan dan mempunyai senyuman yang sangat manis dan comel..Sedih sebab Rayyan dan Nabila adalah sebaya Harraz..
Blog kepunyaan Ayu ibu kepada arwah Alanna Qish yang "pergi" kerana menanggung derita Gaucher Desease Type II juga membuatkan saya sebak..Bayi comel ini meninggalkan ibu bapa serta abang dalam usia yg sangat muda.Umur tak sampai sepuluh bulan Alanna pergi dalam dakapan ayahnya...
Bila membaca blog2 ni dapat dirasakan penderitaan ibu kepada anak2 ini.Sesungguhnya hanya ALLAH yang tahu hikmah disebalik penderitaan yang ditanggung anak2 comel ni.Sedih melihat bening mata mereka..mengharapkan kesakitan yang ditanggung akan segera pergi...
Sebenarnya banyak blog2 yang seumpama ini.Terasa sangat amat bersyukur dengan apa yang dikurniakan Illahi...Alhamdulillah...Semoga ALLAH mencucuri rahmat buat keluarga2 ini dan semoga mereka tabah menghadapi hari2 mendatang walaupun sesungguhnya berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...tiap kali membaca entry baru saya jadi terkelu..dah tak tau apa nk di komen selain mendoakan yang terbaik untuk anak2 comel ini dari jauh.Semoga anak2 ini cepat sembuh.Tak sabar menantikan entry gembira dari ibu2 ini.Insyaallah..

